CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2096|Reply: 2

8 Kuasa Telur Selain Untuk Memasak

[Copy link]
Post time 19-8-2015 11:01 AM | Show all posts |Read mode

                    Telur boleh jadi sesuatu menu penting dalam diet manusia dari segi imuniti dan kesihatan. Selain sedap dan sajian paling murah, telur boleh dijadikan hiasan rumah dan salah satu produk kecantikan paling berkesan. Buktinya boleh lihat dari info ini...


        1. Kotoran kopi        Begitu berkesan apabila ada kopi tertumpah di atas permaidani mahal, anda boleh gosokkan sebiji kuning telur dipukul ke tempat kotoran dan biarkan selama lima minit. Bilas dengan air suam.


        2. Kilatkan barangan kulit        Barangan kulit kena rajin kilatkan kalau nak nampak lagi mahal. Caranya pukul dua putih telur dan guna span lembut untuk sapu pada kulit. Biarkan putih telur di kawasan kira-kira 3-5 minit dan kemudian lap dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian keringkan barang kulit tadi dan buang segala sisa lebih di atasnya.


        3. Kesan terbakar kulit        Putih telur membantu menyembuhkan luka terbakar tanpa meninggalkan parut. Sapukan putih telur pada kulit yang terjejas dan tengok hasilnya sendiri, cukup berkesan.


        4. Cantikkan kulit muka        Tak perlu habiskan duit semata mendapatkan rawatan spa kerana anda boleh menggunakan telur untuk kecantikkan kulit di rumah.


        Asingkan telur, ambil putih telur untuk sapu di muka. Jika kulit anda jenis berminyak, campurkan putih telur dengan lemon atau madu.


        Jika anda mempunyai kulit biasa, gunakan sebiji telur untuk kulit lebih bersih dan cantik. Tetapi pastikan telur dipukul dan barulah sapu di muka, biarkan selama 30 minit. Bilas untuk mendapatkan wajah yang segar. Adakah anda tahu masker putih telur boleh tutup liang roma yang terbuka di kulit?


        5. Lebatkan kening        Untuk mendapatkan kening yang lebat, guna kuning telur dan celup kapas di dalamnya untuk sapu di kening anda. Selepas 15-20 minit, basuh dengan air sejuk. Khasiat telur memberikan kesan bagus untuk meningkatkan pertumbuhan folikel rambut.


        6. Mengecutkan liang roma muka        Untuk mengatasi masalah ini, masukkan 1 biji putih telur, 1 sudu besar jus lemon, 2 sudu makan oatmeal, dan 1 biji tomato yang dicincang ke dalam pengisar untuk buat pes. Sapu di kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air suam untuk mendapatkan kesan terbaik.


        7. Rambut kaum wanita lebih cantik         Guna 2 biji telur dan asingkan kuning telur daripada putih (meletakkan kuning secara berasingan dalam mangkuk). Masukkan minyak zaitun dan kacau dengan baik. Sapukan perapi ini pada rambut kering anda, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut. Biarkan selama 10 minit dan kemudian syampu rambut anda.


        8. Rawatan kuku        Rendam kuku anda dalam kuning telur. Ini akan membantu anda mendapat manfaat daripada-vitamin B (Biotin), yang sangat bagus untuk kuku, kulit dan rambut. Malah menjadikan kulit tangan anda kelihatan lebih sihat.
               

mingguanwanita


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 09:31 PM | Show all posts
nice info..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:41 AM | Show all posts
Tq for sharing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.769574 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list