CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 1

8 Tip Berjalan dengan Kasut Tumit Tinggi Tanpa Rasa Sakit

[Copy link]
Post time 20-8-2015 08:23 PM | Show all posts |Read mode

Anda tidak biasa dan tidak yakin berjalan dengan kasut tumit tinggi? Jangan khuatir. Anda kini mampu berjalan dengan selesa ala model dengan kasut tumit tinggi berpandukan tip-tip seperti di bawah:
1. Lekatkan pita pelekat
Lekatkan jari kaki ketiga dan keempat bersama-sama sebelum anda memakai kasut tumit tinggi. Menggunakan pita perubatan melegakan tekanan pada saraf antara jari kaki ketiga dan keempat, sekaligus mencegah sakit pada kaki anda.

2. Gosokkan lilin
Anda boleh menyelamatkan diri dari blister dengan menggosok lilin di tepi kasut anda. Lilin tersebut akan melembutkan kulit yang melecet.

3. Beli kasut tumit tinggi pada waktu petang
Kaki anda mungkin akan sakit dan bengkak kerana aktiviti berjalan yang anda lakukan sepanjang hari. Jika kasut berasa selesa pada masa tersebut dalam hari ini, maka ia adalah sesuai untuk anda.

4. Pilih saiz yang betul
Anda harus memilih saiz kasut yang tepat untuk anda atau anda tidak akan pernah berjalan dengan selesa. Walau bagaimanapun, jika anda telah membeli sepasang kasut yang agak kecil, lihat Tip No. 8.


5. Pilih kasut tumit tebal
Elakkan kasut tumit nipis seperti stilettos, ia menyebabkan kaki anda bergoyang-goyang di sekeliling apabila anda berjalan. Bagi memudahkan keseimbangan badan dan mengelakkan sakit kaki, pilihlah kasut bertumit tebal.

6. Gunakan gel kasut
Melabur dalam gel untuk membantu jika anda mengalami sakit pada bahagian depan kaki anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh membeli pad silicone metatarsal yang mudah didapati di farmasi dan kedai-kedai kasut.


7. Sediakan plaster luka
Anda disarankan agar membawa alatan bantuan seperti plaster luka sekiranya berlaku kecederaan ringan ke atas kaki anda.

8. Regangkan dengan ais
Jika kasut tumit tinggi anda adalah sedikit ketat untuk kaki anda, jangan bimbang. Anda boleh menggunakan ais untuk meregangkan kasut kulit yang anda rasakan tidak betul-betul muat.
wanista


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 10:38 AM | Show all posts
thanks for sharing...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 1.236511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list