CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 0

Bukan Kulit Putih Saja Cantik, Coklat Lagi Orang Nak

[Copy link]
Post time 25-8-2015 11:30 PM | Show all posts |Read mode

                    Ramai yang nak kulit putih sebab rasa orang yang kulit gebu itu lebih cantik. Jika benar pemikiran anda sedemikian, kena cepat sedar yang kulit gelap juga sangat cantik jika tahu bergaya dan menjaga penampilan.


        Tambah pula di Malaysia, punya kulit yang sawo matang dan hitam manis. Jangan risau, anda tak perlu beli pelbagai produk semata nak putih. Tetapi patut berbangga dan menghargai anugerah Ilahi.


        Lain pula wanita yang berkulit putih dari negara barat, rela berusaha dengan banyak cara menjadikan kulit mereka lebih gelap. Ada yang menggunakan lotion tanning dan berjemur berjam-jam di pantai hanya untuk mendapatkan kulit coklat secantik yang anda miliki.

       

        Apabila sedar dengan kenyataan ini, anda pasti lebih berani untuk bergaya. Seperti yang dikongsi sesetengah wanita berikut, notabene memiliki warna kulit yang hampir sama dengan kebanyakan wanita dan lebih gelap. Ini dibuktikan dengan gambar yang dikongsi yang menampilkan kulit cokelat cantik dan eksotis di Twitter dengan hashtag #flexinmycomplexion.

       

        Mungkin ada yang masih menganggap cantik itu berkulit putih. Tetapi, jangan kecewa dan putus asa wanita. Dulu mungkin bolehlah, sekarang trend tampil cantik dengan kulit gelap. Daripada tanggung risiko telan dan pakai produk yang tidak pasti tentang kandungan bahan kimia, lebih baik anda jaga kulit anda daripada masalah lain seperti jerawat dan jeragat. Tunjukkan bahawa anda juga cantik luar biasa dengan anugerah yang dimiliki.

       

        Wanita, jika anda percayakan diri sendiri, cerdas, peramah, punya bakat atau kemampuan yang tidak dimiliki orang lain, siapa yang layak nak kata anda tak cantik? Relax, You're beautiful Ladies!
       
       
        Pssstt: Tengok beberapa artis Malaysia ini, sangat jelita walau berkulit gelap. Lagi bergaya pun ada!
       
       
       

        NABILA HUDA

       
       
       
       
       
        DAYANG NURFAIZAH
       
       
       
        NURUL WAHAB
mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.573301 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list