View: 1620|Reply: 0
|
Berat Naik Selepas Kahwin? Amal Tip Ini
[Copy link]
|
|

Pertambahan berat badan yang cukup drastik memang menjadi masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang sudah menikah. Menerusi Boldsky.com, berat badan meningkat ini disebabkan oleh perubahan hormon yang terjadi selapas berkahwin.
Tapi yang kononnya gemuk sebab bahagia berumah tangga bersama orang dicintai itu hanya untuk sedapkan hati sendiri ya, hakikatnya cara pemakanan anda secara berlebihan adalah jawapan sebenar.
Jika kaum wanita bermasalah dengan berat badan dan berniat mahu dapatkan berat badan ideal, beberapa tip ini sangat sesuai untuk anda. Jom semak!
1. Elak nasi Nasi adalah salah satu makanan yang mempengaruhi naik berat badan terutama jika anda langsung tidak bersenam. Cuba elak ambil nasi jika mampu, lebihkan lauk dan buah sebagai pengganti nasi.
2. Tukar menu Atau anda boleh tukar dengan makan beras merah, kentang rebus, dan roti gandum agar berat badan boleh dikontrol dengan baik.
3. Utamakan menu omega Perkayakan sajian makanan yang kaya adengan omega 3 seperti salmon, tuna, kacang, minyak zaitun, dan banyak lagi. Makanan-makanan ini akan membantu menurunkan berat badan anda dan juga menjaga kesehatan tubuh.
4. Ketepikan makanan ringan Elak makanan ringan. Ini akan meningkatkan level gula darah dan juga menurunkan tingkat metabolisme. Makanan ini juga mengandung 'lemak jahat' yang menaikkan berat badan.
5. Kurangkan kopi Minum terlalu banyak kopi boleh membuat penyerapan nutrisi terganggu. Ini juga akan mempengaruhi hormon tubuh anda.
6. Makan pagi Jangan pernah abaikan sarapan pagi. Pilihlah makanan yang kaya nutrisi seperti telur, jus buah, oatmeal, susu.
7.Menu tambah darah Anda juga boleh mula ambil makanan yang kaya zat besi seperti bayam dan daging merah. Ini akan membantu serapan nutrisi terutama sedang period.
Sangat senang, bukan? Tiada sebab anda nak biarkan lemak terus melekat di badan selepas berkahwin. Bukan jaga badan semata nak cantik di mata orang tetapi demi kesihatan untuk elak penyakit datang bergolek!
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|