View: 5236|Reply: 1
|
[Edisi Kimia]
Kenapa Mengantuk Selepas Makan? Sains ada jawapannya.
[Copy link]
|
|
Ramai yang mengalami masalah mengantuk selepas makan. Keadaan ini lebih menyukarkan bagi mereka yang memandu untuk jarak perjalanan yang jauh. Tahukah anda mengapa keadaan ini berlaku?
Kebiasaannya keadaan mengantuk ini muncul selepas menikmati makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan lain-lain. karbohidrat ini ditukarkan menjadi glukosa sebagai sumber tenaga dalam badan. Glukosa ini akan memasuki sel-sel yang memerlukan tenaga. Untuk memasuki sel, glukosa memerlukan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas yang dinamakan insulin. Hormon insulin ini pula meransang pengeluaran asid amino (komponen yang menyusun protein) yang kemudiannya diubah menjadi triptofan. Triptofan ini diubah menjadi sebatian serotonin dan melatonin.
Kedua sebatian ini yang juga dikenali sebagai sebatian neurotransmitter (sebatian yang mempengaruhi kerja otak) yang akan menyebabkan rasa mengantuk.
[url=http://www.majalahsains.com/sedap-atau-sihat-pilihan-di-tangan-anda/][/url]
Pendapat lain pula menyatakan, rasa mengantuk selepas makan akibat dari aliran darah yang meningkat ke dalam sistem saluran pencernaan. Semakin banyak makanan yang memasuki sistem pencernaan, semakin banyak darah dialirkan ke situ. Maka aliran darah ke otak menjadi berkurangan. Kekurangan aliran darah di otak ini yang menyebabkan rasa mengantuk. Ini pendapat kedua.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan rasa mengantuk selepas makan, makanlah secara sederhana. Tidak berlebihan dan terlalu kenyang.
Sumber – Wikipedia
|
|
|
|
|
|
|
|
Aww this happens to me everyday..well almost |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|