CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2340|Reply: 0

SISTEM HAWA DINGIN (AIR-COND)

[Copy link]
Post time 8-10-2015 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 8-10-2015 11:43 AM

Sistem pendingin hawa kereta (air-cond) berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui  cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin hawa kereta berfungsi.
                                
            Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan air-cond.                                                        

1. Angin panas atau air-cond tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas air-cond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masuh tidak sejuk, biar air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi air-cond masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service air-cond sekaligus.
                                    
            2. Air-cond tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon di service. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan air-cond kita  secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya air-cond lebih lama 'on'.
                                    
            3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off'  air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.
                                    
            4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.
            
            5. Angin air-cond berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kerta anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di service hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.
                                    
            6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'.
            
            7. Corong keluar angin air-cond berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin air-cond akan panas.
                                    
www.familiazam.com
            Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan air-cond diservice  setiap tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat air-cond anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.
                                                    Sumber :  MSN Groups JOHOR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.747836 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list