CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3517|Reply: 0

Ford Ranger T6 Facelift dilancarkan – Harga Bermula RM91,588

[Copy link]
Post time 9-10-2015 07:31 PM | Show all posts |Read mode

Akhirnya, model facelift Ford Ranger T6 yang telah membuat kemunculan sulung di Bangkok Motor Show pada bulan Mac lalu, secara rasminya dilancarkan di Malaysia.

Seperti model terdahulu, T6 dipasang di kilang AutoAlliance Thailand (AAT) yang terletak di Rayong, Thailand.

Enam varian – tiga daripadanya adalah menggunakan enjin 2.2 liter dan selebihnya adalah varian yang dilengkapi dengan enjin 3.2 liter ditawarkan kepada pelanggan. Barisan enam model tersebut bermula dari versi paling rendah; 2.2L XL (manual), diikuti dengan 2.2L XLT (manual & auto), manakala model yang dilengkapi dengan enjin 3.2 liter pula terdiri dari 3.2L XLT (manual & auto) dan diikuti dengan 3.2L Wildtrak yang merupakan pilihan varian yang paling tinggi.

Enjin 3.2L menghasilkan 197 kuasakuda pada 3,000 rpm dan 470 Nm tork pada 1,750 hingga 2,500 rpm dan ianya kini dilengkapi dengan sistem EGR yang meningkatkan kecekapannya. Sementara enjin ZSD-422 2.2 liter empat silinder memiliki kuasa pengeluaran 158 kuasakuda pada 3,200 rpm dan 385 Nm tork pada 1,600 hingga 2,600 rpm.

Transmisi masih kekal menggunakan 6R80 enam kelajuan automatik, dan juga kotak gear manual MT82 dengan enam kelajuan. Ranger ini turut akan dilengkapi dengan stereng berkuasa, iaitu model yang pertama di dalam segmennya.

Tidak banyak yang berubah untuk bahagian luaran model facelift ini berbanding T6 sedia ada. Namun ianya dapat dibezakan dengan ‘muka’ hadapannya yang kini dilengkapi dengan gril berwarna chrome disamping rekaan yang begitu menonjol.

Disamping itu, pikap keluaran syarikat automotif Amerika ini turut menerima lampu hadapan dan bonet dengan rekaan baharu.
Perubahan yang paling ketara ke atas model ini adalah di bahagian dalamannya. Model facelift ini, kini dilengkapi dengan dashboard yang bersegi, kelihatan lebih kemas. Stereng juga kini berwajah baru serta kini model ini dilengkapi dengan paparan sentuh bersaiz 8 inici disamping infotainment SYNC2 (hanya untuk varian 3.2L Wildtrak).

ABS, EBD, kawalan kestabilan elektronik, Isofix, dua beg udara keselamatan, disamping Hill Descent Control, Bantuan Pendakian Bukit, Roll Over Mitigation serta Load Adaptive Control ditawarkan sebagai standad kit keselamatan untuk kesemua varian.
Antara ciri-ciri yang dilengkapi pada setiap varian;

2.2XL
Gril hadapan berwarna hitam
Lampu hadapan jenis halogen (non-auto)
Tempat duduk jenis fabric
Bedliner dan tangga sisi
Tempat duduk hadapan boleh laras (dua pilihan larasan)
Sistem audio – Pemain CD, empat pembesar suara
Stereng jenis urethane (bukan balutan kulit)
Pilihan warna – Cool White (putih), Metropolitan Grey (kelabu), Aluminum Metallic (perak)

2.2 XLT & 3.2 XLT
Lampu hadapan jenis halogen (auto)
Wiper hujan (auto)
Stereng balutan kulit
Tempat duduk pemandu dengan empat pilihan larasan
Sistem audio SYNC dengan enam pembesar suara dan paparan berwarna bersaiz 4.2 inci
Pilihan warna – Cool White (putih), Metropolitan Grey (kelabu), Aluminum Metallic (perak), Aurora Blue – hanya 2.2XLT (biru) dan Black Mica (hitam)

3.2 Wildtrak
Gril dan bamper berwarna kelabu metalik gelap
Sistem infotainment SYNC2 dengan paparan sentuh lapan inci
Soket kuasa 230-volt untuk mengecas gadget
Tempat duduk pemandu dengan lapan pilihan larasan
Kotak konsol dengan penyejukan
Kawalan suhu dual-zone
Kamera undur
Tempat duduk gabungan fabrik (oren) dan kulit
Pilihan warna – Cool White (putih) dan Pride Orange (oren)
Varian yang paling tinggi itu juga dilengkapi dengan kit keselamatan tambahan dan driver assist electronic aid count, disamping dua beg udara dihadapan, sisi serta tingkap, Adaptive Cruise Control, Forward Alert (memberi amaran akan berlaku pelanggaran dan brek diaktifkan), dan juga Amaran Penukaran Lorong serta Bantuan.
Tanda harga (atas jalan tidak termasuk insuran) yang diletakkan untuk setiap varian;
2.2 XL – RM91,588
2.2 XLT (Manual) – RM101,388
2.2 XLT (Auto) – RM108,788
3.2 XLT (Manual) – RM110,888
3.2 XLT (Auto) – RM118,388
3.2 Wildtrak – RM132,188
Model Ford Ranger T6 facelift ni akan boleh didapati dikesemua bilik pameran Ford seluruh Malaysia bermula hari ini.
arenakereta




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.292766 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list