Edited by kymano at 13-10-2015 02:41 PM
Jika anda seorang pencinta alam semulajadi dan mahukan percutian menarik, Sarova Salt Lick Game Lodge di Kenya merupakan antara pilihan yang boleh anda pilih. Safari yang menyediakan servis dan penginapan unik pasti akan memberikan anda pengalaman indah.
Sarova Salt Lick terletak di santuari persendirian di kakibukit Taita Hills. Tempat seluas 28,000 ekar ini bersempadan dengan Tsavo West National Park. Pusat konservasi hidupan liar ini terletak kira-kira enam jam perjalanan dari bandar Nairobi dan tiga jam perjalanan dari Mombasa.
Sarova Salt Lick Game Lodge bukanlah seperti hotel kontemporari di bandar-bandar besar. Apabila sampai di rumah penginapan yang terletak di tengah-tengah rimba ini, pasti anda akan terasa seperti berada dalam filem klasik dan kembali ke zaman 1980-an.
Kesemuanya dibina di atas tiang tinggi di kawasan padang ragut dan sumber air untuk haiwan liar. Ia dibina berkonsepkan mesra alam supaya tidak mengganggu habitat haiwan di kawasan tersebut. Salah satu pemandangan yang mengujakan apabila anda dapat melihat kelibat haiwan liar mencari makanan dan minum di depan mata anda sendiri.
Terdapat 96 buah bilik berbentuk bujur lengkap berperabot dan kemudahan mandian air sejuk panas serta tandas. Anda juga boleh memilih bilik yang betul-betul berada di atas sumber air untuk melihat haiwan-haiwan liar tersebut minum secara berkumpulan.
Haiwan-haiwan yang sentiasa datang dan berlegar di situ pasti menjadikan percutian anda di SarovaSalt Lick Game Lodge sentiasa diingati. Selain pemandangan yang menarik ditempat tersebut, anda juga mempunyai akses yang mudah untuk ke destinasi menarik lain di Kenya.
|