View: 2167|Reply: 0
|
BMW perkenal model kereta X6 dipasang dalam negara
[Copy link]
|
|
Kumpulan BMW baru-baru ini memperkenalkan model kesembilan BMW X6 yang dipasang dalam negara iaitu xDrive35i M Sport.Model X6 xDrive35i M Sport ini dilaporkan salah satu model terhad dalam keluarga X6.
Antara model CKD (complete knock down) BMW Malaysia yang terdapat di pasaran adalah 120i M Sport, 328i Luxury, 20d Sport, X1 sDrive20i, X3 xDrive20d dan X5 xDrive35i.
BMW telah menjalankan pemasangan model keretanya di Malaysia sejak 11 tahun lalu di Kilang Pemasangan BMW di Kulim Hi-Tech Park, in Kulim, Kedah.
Bercakap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Alan Harris berkata pengenalan X6 yang dipasang dalam negara ini merupakan model kesembilan dalam portfolio kenderaan yang dipasang syarikat itu di Malaysia.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang serta pelaburan BMW di Malaysia,” katanya.
Alan menambah kata minat BMW terhadap pasaran Malaysia turut dibuktikan dengan pembesaran ibu pejabat syarikat di Cyberjaya.
“Pemasangan model CKD di Malaysia adalah sebahagian daripada strategi global kami. Meksipun kami masih belum mengeksport model X6 yang dipasang di Malaysia, potensinya masih ada untuk pasaran Asia Tenggara di samping prospek yang bagus untuk X6 dan X4 bagi pasaran Rusia dan Brazil” jelasnya.
Bagaimanapun, Alan mengaku bahawa pasaran semakin mencabar dengan kemerosotan nilai ringgit mungkin menyukarkan syarikat untuk terus memberi harga runcit yang menarik kepada pelanggan.
Buat masa ini, harga runcit model X6 xDrive35i M Sport adalah RM666,888.
REKA BENTUK MEWAH
Model terkini CKD ini memaparkan rekabentuk yang mengadunkan ciri lasak model BMW X dengan keanggunan model Sports Activity Coupe (SAC).
Dipandang dari depan, yang paling menyerlah adalah ‘kidney grille’ yang lebar memanjang hingga ke lampu utama LED dan lampu kabus LED.
Memandangkan model ini pakej M Sport, SAC juga dilengkapi dengan pakej M Aerodynamic serta ‘Adaptive M Suspension’, dengan ciri seperti rim 20 inci ‘M double spoke light alloy’ dan tayar bercampur (mixed tyres).
Bahagian dalaman pula memaparkan warna istimewa, dengan pilihan kulit Dakota yang eksklusif.
Bahagian kokpit mengandungi peralatan pelbagai fungsi dengan teknologi ‘black-panel’ dengan garisan memanjang dari panel ke pintu, menjadikan ruang kabin tampak mewah dan selesa.
Pakej M Sport juga mengandungi tempat duduk sports yang boleh dilaraskan secara elektrik (electrically adjustable sport seats), roda kemudi berlapik kulit serta penuil (lever) pemilih gear sport.
ENJIN DENGAN KUASA TINGGI PENCAPAIAN DAN KECEKAPAN
Enjin tiga-liter dan enam-silinder yang menggunakan ciri sepenuhnya BMW EfficientDynamics menjamin pencapaian serta kecekapan minyak yang lebih baik untuk kenderaan ini.
Bersama output kuasa yang hebat iaitu 306hp (kuasa kuda) and tork puncak 400Nm (newton meter), X6 yang dipasang di Malaysia ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/h dalam masa hanya 6.4 saat dengan kelajuan tinggi 240 km/sejam.
Steptronic lapan kelajuan transmisi sport untuk kualiti syif gear serta ekonomi bahan bakar dengan rekod putaran penggunaan bahan bakar pada 8.6 liter setiap 100 km dan paras pelepasan karbon dioksida 200 gram setiap satu km.
Untuk aspek roda pula, xDrive dilengkapi dengan sistem pandu semua roda bagi memberikan keselesaan pemanduan dan kestabilan perjalanan.
Ini ditambah dengan pakej ‘Adaptive M Suspension’ yang menyatukan ‘Dynamic Damper Control’ dan ‘pneumatic rear suspension’ dengan penalaan ‘sporty’.
PENYAMBUNGAN PINTAR
Satu sistem bantuan pemanduan yang ada dalam BMW X6 yang dipasang di sini adalah ‘Surround View 360′ yang membolehkan penglihatan sekeliling semasa parkir kereta serta memandu.
Di samping itu, Driving Assistant iaitu sistem yang menggunakan ‘Lane Departure Warning’ dan ‘Padestrian Warning’ untuk memberi amaran kepada pemandu untuk berada di luar had laluan bagi mengurangkan risiko pelanggaran.
Sementara itu, khidmat aplikasi ‘BMW infotainment’ menyediakan asas untuk integrasi telefon pintar termasuk untuk Facebook, Twitter, Spotify dan banyak lagi.
Model X6 xDrive35i M Sport yang dipasang di Malaysia ini didatangkan dalam beberapa warna iaitu alpine white, flamenco red, carbon black, dan space grey, dengan balutan kulit untuk tempat duduk dengan pilihan warna termasuk hitam, Coral Red dan Cognac.
PUSAT PENGEDARAN PRODUK BARU
Dalam perkembangan lain, kumpulan ini juga telah selesai menjalankan majlis pecah tanah untuk Pusat Pengedaran Produk (PDC) yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Senai, Johor.
Gudang yang canggih ini akan memberi sokongan kepada operasi BMW di lebih 22 negara di rantau ini.
PDC yang baru ini akan menggantikan kemudahan yang ada di Zon Perdagangan Bebas Tanjung Pelepas, Johor Baharu.
Bercakap pada majlis itu, Allan berkata Malaysia akan terus menjadi hab strategik dan pasaran pertumbuhan utama untuk Kumpulan BMW di rantau Asia Tenggara.
BMW Group Malaysia menjalankan kegiatan meliputi jualan borong kenderaan BMW, MINI serta BMW Motorrad di Malaysia.
Sumber : AstroAwani
|
|
|
|
|
|
|
| |
|