View: 1321|Reply: 0
|
NAZA World Auto-Mania Jana RM60 Juta Jualan
[Copy link]
|
|
Pameran World Auto-Mania selama tiga hari di NAZA World Automall, Petaling Jaya, baru-baru ini telah menjana jualan sebanyak lebih kurang RM60 juta kepada NAZA World.Acara itu, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Okt, mempamerkan pelbagai kenderaan di bawah NAZA World Group of Companies,” kata NAZA World dalam satu kenyataan Jumaat.
Model baharu seperti Chevrolet Colorado Sport dan Chevrolet Cruze Sport Sonic turut dipamerkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif Naza World Group, Datuk Wira SM Faisal berkata idea penganjuran NAZA World Auto-Mania dibuat khusus bagi memudahkan pelanggan, terutama dalam cabaran kewangan hari ini.
“Hakikatnya kedatangan pengunjung beramai-ramai walaupun jerebu menjadi inspirasi kepada kami untuk terus menganjurkan NAZA World Auto-Mania,” katanya.
Dua belas jenama automotif dipamerkan, termasuk Ferrari, Maserati, Brabus dan Chevrolet.
Jenama motosikal terkemuka seperti Harley-Davidson, Indian Motorcycle, Victory Motorcycle, Ducati, Aprilia dan Vespa, serta NAZA Bikes juga ditunjukkan pada majlis itu.
Promosi istimewa juga ditawarkan kepada pengunjung pada majlis itu.
– BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|