|
Oleh Adib ZA
Ketika makan dalam satu keluarga atau bersama pasangan, adakah anda perasan siapakah yang akan habis makan terlebih dahulu?
Pastinya kaum lelaki makan lebih cepat, bukan? Adakalanya dilihat gelojoh pun ada, bukan begitu? Berbeza dengan wanita yang terpaksa 'control ayu' terutamanya di kedai atau restoran, mereka makan dengan lebih perlahan.
Tunggu dulu, sememangnya ada kajian tentang hal ini yang dijalankan di Semyung University, Korea Selatan. Kajian itu bertujuan mengetahui hubungan antara kemampuan mengunyah dan kaitannya dengan jenis kelamin atau jantina.
Dalam kajian itu, terdapat 48 orang responden yang terdiri 24 orang lelaki dan 24 orang wanita. Pada rahang responden dipasangkan dengan alat elektronik untuk mengawasi kunyahan terhadap 152 gram nasi.
Hasilnya, pengkaji mendapati lelaki makan lebih cepat daripada wanita dan lebih terperincinya, 2 kali lebih cepat! Ini terjadi kerana dua faktor:
1. Lelaki mengunyah lebih laju.
2. Rahang lelaki lebih kuat
(sumber foto: Carian google)
Oleh itu, ternyata bukanlah kerana sikap gelojoh lelaki makan dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, sebagai ahli keluarga atau pasangan, selalu pesan pada mereka agar makan lebih perlahan, ia lebih baik untuk kesihatan.
Juga mengelakkan kejadian tersedak yang boleh membawa kepada kematian. - CARI Infonet
|
|