CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3501|Reply: 3

10 Cara Menjadi Lelaki Macho

[Copy link]
Post time 26-11-2015 08:19 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: javi_indy
Lelaki Macho. Tips menjadi lelaki macho ini hanyalah sekadar perkongsian umum.Terpulanglah kepada anda untuk mengambil langkah yang seterusnya.
Untuk lelaki yang pentingkan penampilan perkara ini mungkin sudah menjadi rutin harian mereka untuk diikuti. Jika anda baru tahu, cara ini mungkin agak sukar sedikit untuk dipraktik, tetapi apabila sudah biasa mungkin tiada masalah lagi selepas itu.

Antara tips lelaki macho yang perlu diketahui:
1. Terlepas membasuh wajah punca bintik hitam
Benar! Jika anda tidak membasuh wajah, minyak akan terkumpul pada liang pori sekaligus mengumpul kekotoran sehingga membentuk bintik hitam. Hakikatnya, jika anda terlampau kerap membasuh wajah terutamanya pencuci yang mengandungi bahan penyental, ia akan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk.
Kulit akan kurang kelembapan semulajadi dan akan menjadikan kulit mengalami iritasi.

2. Syampu anti-kelemumur boleh menghapuskan kepingan kelemumur
Ada sesetengah syampu memang berkesan menghapuskan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Tetapi, menggunakan syampu yang sama setiap hari tidak memberi kesan yang ketara untuk masalah ini. Malah, syampu khusus kelemumur lebih banyak kandungan bahan kimia. Rawatan anti-kelemumur setiap hari akan mengeringkan kulit kepala.
Lebih baik mengantikan syampu anda kepada syampu biasa untuk kegunaan rutin tanpa masalah. Tambahan pula, masalah kulit kepala menandakan anda kurang pengambilan vitamin B.

3. Tekanan merupakan punca rambut beruban
Terdapat bukti bahawa tekanan yang mencetuskan radikal bebas yang boleh mempengaruhi pengeluaran atau menggalakkan pelunturan melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut. Oleh itu, ianya akan menggalakkan rambut cepat beruban.


4. Berus gigi setelah makan boleh menguatkan gigi
Bunyi seakan idea yang sangat baik untuk mengelakkan nafas berbau dan mengelak sisa makanan di celah gigi. Secara realiti, memberus sebaik saja makan akan meningkatkan hakisan enamel kerana makanan berasid dan minuman yang kita ambil. Disebabkan itu, doktor mengesyorkan anda menunggu 30 minit atau sejam sebelum boleh memberus gigi.
Kalau malas sangat anda boleh kumur cecair anti-bakteria sebelum tidur bagi mengelakkan “plax”.


5. Lebih banyak krim pencukur lebih baik
Sebenarnya, sedikit lebih baik. Yang penting, cari produk yang mempunyai buih yang berkesan dan ‘mesra’ kulit untuk melindungi lapisan kulit dari tercedera terkena bilah pencukur.

6. Kulit berminyak perlu menggunakan pelembab
Pelembap membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Jika disapu pada kulit yang berminyak, ia akan kelihatan lebih kotor dan lebih berkilau! Sebelum mahu menggunakan pelembap yang berasaskan air ini, adalah penting anda membersihkan wajah terlebih dahulu.

7. Topi punca kepala botak
Ianya benar jika anda menggunakan topi 24 jam yang boleh memberi rasa kurang selesa dan menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Hakikatnya, botak adalah disebabkan oleh faktor genetik yang mungkin datangnya dari ayah, ibu atau datuk anda.
Genetik tetap genetik, melainkan anda seorang saja yang botak di dalam ahli keluarga, ia mungkin punca kegagalan anda menjaga rambut.

8. Mencukur dari bawah ke atas boleh elak kecederaan
Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini.

9. Makan coklat punca kulit berjerawat
Punca pertumbuhan jerawat tidak ada kena mengena dengan makanan ringan seperti coklat. Semuanya adalah disebabkan oleh faktor perubahan hormon tumbesaran. Maka, jangan takut untuk mengambil coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat anda.

10. Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat
Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana takut menjadi seperti ‘orang gua’, hakikatnya anda tetap menjadi ‘orang gua’ kerana tidak mencukur!
Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan  pertumbuhan yang semakin banyak. Sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik anda.



http://www.wom.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 08:40 PM | Show all posts
mcm tips utk budak2 sekolah je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:01 PM | Show all posts
Tip yang biasa jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 12:31 PM | Show all posts
ok la tt share sbb ramai je lelaki x reti jaga penampilan.

bila lalu sebelah, mcm bau ikan, longkang. semua ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.556152 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list