CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 0

Lelaki Berjambang.Lelaki Paling Seksi!

[Copy link]
Post time 26-11-2015 08:25 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki Berjambang.Ternyata lelaki berjambang punya aura tersendiri!
Kini sudah menjadi “trend”,  di mana ramai lelaki  yang menyimpan jambang kerana ianya dikatakan menjadi lambang lelaki perkasa. Bukan itu sahaja, ada juga yang beranggapan lelaki berjambang ini lebih seksi! Di samping itu, ramai juga wanita yang mengemari lelaki berjambang. Pastinya lelaki berjambang yang  kemas dan sesuai dengan penampilan menarik perhatian ramai wanita.
Jambang juga mempunyai gaya yang tersendiri . Ada juga individu sukakan warna jambang mereka dengan warna perang di dagu mereka. Jika anda beragama Islam, sila pastikan jika anda hendak mewarnakan jambang atau janggut, anda wajib menggunakan pewarna yang diyakini halal.
Selain itu juga, pastikan anda membeli bahan pewarna yang mudah untuk dibersihkan dan juga berkualiti. Hal ini kerana bagi mengelakkan kesan reaksi bahan kimia terhadap sensitif pada  kulit wajah .

TIPS UNTUK LELAKI BERJAMBANG
Tips kali ini sesuai untuk lelaki yang mempunyai jambang. Tips ini mampu menjadikan penampilan anda nampak agi nampak kemas dan menarik. Tumbuhnya jambang kadang-kadang petanda ekspresi bebas anda,namun ia juga memerlukan komitmen. Untuk mendapatkan jambang yang  kemas, bersih dan sihat, ada beberapa panduan yang perlu anda titik beratkan.

3 Tips Ringkas Lelaki Berjambang:
1. Potongan
Tunggu untuk beberapa bulan jika anda menginginkan bentuk jambang kesukaan.Membentuk dan mengemas jambang terlalu awal merupakan satu kesilapan.Biarkan ia tumbuh dengan ‘liar’ supaya menjadi lebih mudah untuk anda mengemas mengikut potongan kegemaran.


2. Syampu
Ramai antara anda jarang membasuh jambang meskipun sedang bersyampu. Elakkan membasuh jambang menggunakan sabun mandi. Penggunaan perapi membantu mengelakkan jambang menjadi kasar.

3. Trim
Walaupun anda mahu membiarkan jambang anda panjang, sebaiknya trim setiap dua bulan untuk mengelakkan jambang bercabang seperti rambut. Kemudian, rajin-rajinlah sikat ya supaya nampak kemas.

Jangan biarkan jambang anda serabut dan anda tidak menjaga kebersihan dalam menguruskan jambang anda. Ini kerana jika anda tidak menguruskan jambang anda secara kemas kemungkinan besar akan menganggu penampilan anda apabila berhadapan di khalayak ramai.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.113294 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list