CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 7

Beri Sedikit Kebebasan Untuk Si Dia

[Copy link]
Post time 19-1-2016 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, janganlah terlalu mengongkong pasangan anda.


Ia tidak baik untuk perhubungan anda dan boleh menyebabkan ikatan makin kurang erat berbanding dulu. Ini kerana pasangan berasa tertekan, tak selesa dan lama-lama boleh jadi menyampah.


Lebih-lebih lagi mereka yang belum berkahwin. Berilah kebebasan sedikit kepada pasangan anda. Jangan nak 'control' itu dan ini sangat!


Ini akibatnya jika anda terlalu mengongkong pasangan:





Gambar hiasan.




1. Hilangnya rasa percaya


Seharusnya memberi sokongan terhadap keinginan si dia. Tapi anda pula berlagak seperti ketua yang nak 'control' semua perkara. Jangan terkejut selepas ini dia semakin bijak menipu anda.






2. Berlaku pertengkaran sia-sia


Pertengkaran memang perkara biasa dalam perhubungan. Namun, sia-sia sahaja jika anda mula bertengkar tentang perkara ini. Buat penat, habis tenaga dan semua merajuk selepas itu.





Gambar hiasan.




3. Hubungan makin hambar


Perasaan tertekan dengan pasangan akhirnya menyebabkan hubungan makin renggang. Selepas itu, boleh mendorong kepada perpisahan.


Oleh itu, berikan kepercayaan anda dan berilah pasangan anda bebas. Jangan terlalu cemburu, mengawal dan mengongkong! - CARI Infonet





Gambar hiasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak pepatah orang futeh

if you truly love someone let them be let them free gituuuuuu

lebih kurang gitulah, makcik dah tua tak berapa nak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 09:17 PM | Show all posts
something sgt gambar hiasan ke-3 utk point no.3 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 09:50 AM | Show all posts
dah hambar br nak bg space...alamat mmg lagi renggang la noks
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:11 AM | Show all posts
betul tu...klu jodoh kita adalah dia,sembunyi bawah bantal pun bertemu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dh jodoh... klu tak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2016 05:35 AM | Show all posts
actually it goes back to security dan sejaauh matang dan soleh pasangan tu

bagi pasangan yg soleh / solehah mature and sensible wise semua

u know  yg tahu  Allah tu sapa - i think masing masing akan automatisnya tahu

a) sempadan mana nak tolerate dan jaga batasan pergaulan

b) kat mana nak bagi kelonggaran


c)  kat mana batas  hormat


kalau tahu semua ni - suami tak payah nak kawal semua juah sekali nak dominan tak tentu hala atau dalam conversation buat macam : i malas nak argue, i tak minat - u know typical lelaki melayu yg diasuh untuk tengok wanita ni docile , yes  lelaki macam  ni baik ubah perangai sebab , u dont need to be like this if you can see a lady tu tahu agama , dan tahu walak ( ketaatan dan batas hormat ) dan  yg sekufu lah

sebb turn off betul lelaki melayu even yg berusia pun kalau perangai macam ni such a big turn offs

u know rimas , the truth

yg  soleh, intelligent and   - they know how to guide without even being seen to be ' dominant'....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:20 AM | Show all posts
Beri kebebasan sedikit tu mesti melibatkan kepercayaan,Kalau psgn kurang
Kepercayaan mmg Susah masing2 nak bg kebebasan cth Dlm berkerjaya,hobi dll.

Dr awal perkenalan sbenarnya,aku percaya sbgai pasangan yang sentiasa support each other
Kita xboleh mengongkong psgn.sebagaimana kita Perlu ruang,mcm tu gak psgn kita.
Mcm aku banyak activities dengan lelaki,tp Suami xpernah Halang kebebasan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.255173 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list