CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 2

Politik Dalam Islam

[Copy link]
Post time 3-3-2016 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Politik Dalam Islam - Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin


https://www.youtube.com/watch?v=jLayBuF-OnY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 04:29 PM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 23-4-2018 04:46 PM

Satu perkongsian yang sangat bermanfaat. Thanks TT.

Saya nak keluarkan beberapa perkara penting dalam video kat atas;

1. Sistem khalifah, negara bangsa & negara sekular
Bagaimana pemilihan pemimpin dalam Islam sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah. Pemilihan pemimpin bukan sekadar seorang itu alim dalam agama semata-mata tetapi juga berdasarkan kepada kecekapan/pengetahuan seseorang itu di dalam sesuatu bidang berkenaan.

Agama & politik adalah saling memerlukan. Tapi yang terjadi didunia sekarang adalah apabila orang politik mempergunakan orang agama untuk kepentingan kepentingan tertentu. Oleh itu, jika diusulkan sesebuah nas atau hadith hendaklah kita kaji secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk percaya atau tidak, boleh jadi perkara dalam nas/hadith itu tidak merangkumi atau ada kaitan dengan perkara-perkara lain yang sengaja tidak diperjelaskan.  

2. Politik taksub, kerjasama dengan bukan Islam & politik kebencian
Yang kian berleluasa dunia masa kini. Seolah kita lebih terdorong kepada isu akidah dan untuk menjatuhkan parti/individu tertentu, walhal sepatutnya mengutamakan isu untuk mengurus negara.

3. Memahami hadith taat kepada pemerintah
Kita boleh menegur pemerintah secara terang-terangan. Tetapi berdasarkan fakta yang pasti dan berkepentingan politik, bukan soal peribadi.

4. Soal hudud & negara Islam
Rasulullah melaksanakan hudud setelah negara Islam pada ketika itu  hampir sempurna asasnya, rakyat yang adil & amanah. Kita sekarang bukan menolak hudud, tapi menangguhkan sementara berusaha memantapkan perkara asas.

5. Politik kotor?
Memang hakikat kuasa mampu mengubah seseorang. Tapi bukan bermakna kita perlu tarik diri dan berserah semata-mata. Sebaiknya pilihlah diantara pemimpin itu yang paling kurang kelemahannya & yang paling berpengetahuan dalam bidang itu.


P/s: Di musim PRU ini saya harap sahabat-sahabat & diri saya sendiri dapat menjauhkan diri dari fitnah-fitnah yang belum pasti kesahihannya (tak kiralah parti mana sekalipun). Kalau tak pasti, kita diamkan je. Apa yang saya buat, saya tak mengiya atau menidakkan isu-isu yang timbul sebaliknya saya kenal pasti siapa calon tempat saya, kenali & kaji kebolehan/pengalaman/kepakaran & keperibadian masing-masing. Kalau kenal orang yang rapat dengan calon tu lagi bagus. Tak pun tanya orang kampung/masyarakat di kawasan itu. Nanti masa hari mengundi,  insyaAllah akan dipermudahkan untuk buat pilihan yang betul.




Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 12:21 AM | Show all posts
Dari FB Dr Khalifd Muammar

PRU: agenda Islam atau agenda sekular?

Dalam memilih pemimpin pastikan anda memilih pemimpin yang membawa agenda Islam, kerana agenda Islam adalah agenda kebenaran dan keadilan. Atau sekurang-kurangnya tidak memilih orang yang memusuhi agenda Islam, kerana ia boleh dianggap satu pengkhianatan. Anda tidak akan dapat menghapuskan korupsi hanya dengan melalui demokrasi dan pilihanraya. Kerosakan moral, kezaliman, kewujudan pemimpin-pemimpin palsu dan kehilangan adab hanya dapat dihapuskan melalui perubahan yang mendalam dan menyeluruh dari segi rohani, aqli dan jasadi.

Jadilah pengundi yang matang dan bijaksana. Jangan mudah terpengaruh dengan berita dan khabar angin. Jangan memilih berdasarkan emosi dan kebencian, atau sentimen politik kepartian. Demokrasi dan pilihanraya tidak mengubah nasib dan masa depan kita, tetapi akidah, pandangan alam (worldview), dan akhlak yang menentukan kejayaan dan masa depan kita. Jangan korbankan akidah dan akhlak yang kita pelajari seumur hidup demi memperjuangkan hak demokrasi yang dinikmati 5 tahun sekali.


https://www.facebook.com/drkhalif/posts/1896988713654389



Sebenarnya pilihanraya kali ni adalah partialli ideologi pembanguan dan partially isme dan pemikiran , dan bagi sesiap yg amat peka tentang RUU355 dan membaca perkembangan isu issu yg meliabtkan pindaan perlembagaan kes kes  yg membawa impolikasi tertentu
, akan faham bahawa isu  tertentu dan bukans etakat isu menguriuskan negara sahaja ye , yg  sama pentingnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.210038 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list