CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 1

8 AKTIVITI PALING ‘FUN’ BOLEH ANDA LAKUKAN DENGAN SI DIA Malisa Aina MALI...

[Copy link]
Post time 4-3-2016 07:02 PM | Show all posts |Read mode
8 AKTIVITI PALING ‘FUN’ BOLEH ANDA LAKUKAN DENGAN SI DIA MALISA AINA · FEBRUARY 26, 2016


Foto - Arkib Wanista
Untuk merapatkan hubungan, kedua-duanya perlulah saling memahami, komitmen adalah sangat penting untuk setiap pasangan yang bercinta.
Walau sesibuk mana pun anda, cuba luangkan masa untuk si dia agar dia tahu yang anda sentiasa ada di dalam hatinya.
Ini antara idea aktiviti yang boleh dilakukan bersama:
1. Tonton Filem – Agak cliché tetapi ini adalah idea yang paling ringkas jika anda sudah lama tidak bertemu dengan si dia. Tonton filem di rumah menggunakan servis sambungan Internet 11GB 4G apabila anda mendaftar dengan Pakej Pascabayar Yes Super. Untuk pengetahuan anda, Pakej Pascabayar Yes Super 88 dengan Huddle XS Bundle menawarkan ruang simpanan data sebesar 11GB, pada kadar kelajuan 20Mbps.
Foto – Arkib Wanista
2. Makan di Tempat Yang Menarik – Aturkan satu makan malam istimewa di restoran yang anda dan si dia tidak pernah cuba sebelum ini. Mungkin di sebuah restoran eksklusif yang masih baru? Cari rangkaian pilihan restoran yang terbaik melalui aplikasi Trip Advisor pada telefon pintar anda kerana ianya lebih memudahkan, malah anda berpeluang membaca ulasan daripada pelanggan terdahulu sebelum pergi ke sana.
Foto – Arkib Wanista
3. Pergi ke Konsert/Festival – Di Malaysia, boleh dikatakan setiap minggu ada saja karnival yang berlangsung, antaranya festival muzik, persembahan seni dan kebudayaan dan banyak lagi! Anda boleh mencari maklumat di internet atau media sosial sebelum membawa pasangan anda pergi berhibur. Malah, ketika menghadiri acara tersebut, bolehlah anda memuat naik rakaman video mahupun selfie yang menunjukkan kehebatan suasana yang berlangsung.
Foto – Arkib Wanista
4. Berkelah – Berikut adalah cara yang baik untuk menghabiskan hari yang tenang dengan kekasih/suami/pasangan anda. Rancangkan satu perkelahan di hujung minggu. Kalau bukan di pantai, anda boleh sahaja pergi ke Putrajaya ataupun di mana-mana lokasi yang menawarkan pemandangan yang indah. Kongsi imej makanan yang anda nikmati bersama ketika berkelah di Instagram atau memuat naik rakaman video secara langsung (live update) di akaun media sosial anda yang lain.
5. Panggilan Video – Anda dan si dia menghadapi hubungan jarak jauh? Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkomunikasi dan melihat wajahnya secara terus. Anda masih boleh membuat panggilan video melalui Skype ataupun FaceTime dengan yang tersayang pada bila-bila masa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 07:28 PM | Show all posts
mana lagi 3?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.032453 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list