View: 1338|Reply: 0
|
Apa Yang Ada Dalam Hati Lelaki Ketika Pertemuan Pertama
[Copy link]
|
|
Ketika Bertemu Anda
Pada saat ini, lelaki kebiasaannya tertanya-tanya samada anda anda sanggup menerimanya ataupun tidak. Adakah keterampilan mereka cukup sempurna untuk memetik bunga ditaman.
Ketika Dipertemukan Dengan Bekas Kekasih
Sesungguhnya ini merupakan perkara yang paling tidak digemari oleh kaum lelaki. Mereka tidak mahu dipandang rendah dan takut diperlakukan sebegitu. Oleh itu, wanita haruslah memainkan peranan yang bagus bagi menambat hati kekasih anda ketika itu.
Ketika Bertemu Dengan Orang Tua
Bertemu dengan orang tua pasangan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh sebahagian jejaka. Ketika itu, lelaki hanya fikirkan tanggungjawab yang bakal mereka bawa kelak.
Ketika Bertemu Dengan Saudara Anda
Lelaki yang ego akan cuba berlakon untuk menjadi ramah. Apa yang tidak disenangi tentang saudara anda, mereka akan buang jauh-jauh. Apa yang mereka fikir adalah ingin menjalinkan hubungan baik antara mereka.
Ketika Bertemu Kawan Anda
Kebanyakan lelaki akan menampakan sifat cemburunya ketika bertemu dengan kawan-kawan anda. Mereka seolah-olah berasa tidak selamat dengan pelbagai soalan yang bakal dilontarkan.
-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|