CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 2

Jernihkan hubungan persaudaraan

[Copy link]
Post time 24-3-2016 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Hubungan sesama manusia adalah perkara yang sangat dituntut dalam agama. Mana-mana agama di dunia menggesa pengamalnya untuk sentiasa berlaku baik dan menjaga hubungan insaniah dengan sesiapa sahaja, termasuklah ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan juga orang yang kita tidak kenali.

Institusi kekeluargaan adalah paling hampir dengan kita semua. Bermula dari kecil, kita dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Dalam proses itu pula kita diceriakan dengan kehadiran adik-beradik yang mempunyai pelbagai karakter diri dan membesar bersama-sama. Dari sini, kehidupan sebuah keluarga mula berkembang dan membentuk personaliti diri sehingga dewasa.

Tak dinafikan dalam hubungan kekeluargaan, ada kalanya berlaku gurau-senda dan ada kalanya juga berlaku perbalahan antara satu sama lain. Itu adalah sebahagian lumrah untuk membina keakraban dalam hubungan adik-beradik. Namun apa yang tidak baiknya, apabila perbalahan menjadi serius sehingga sampai satu tahap boleh merosakkan institusi kekeluargaan.


Kasih sayang tidak sekata

Hubungan keluarga yang bahagia wujud kerana penuhnya kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak dan juga kasih sayang antara adik-beradik. Daripada kasih sayang pastinya akan melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Kasih sayang umpama magnet yang akan menarik rasa sedar diri antara adik beradik untuk kembali berbaik-baik apabila mereka berkelahi atau berselisih faham.

Jika wujud situasi pilih kasih dalam hubungan kekeluargaan tadi, maka perbandingan tidak baik dan tuding jari mula berlaku. Jika ibu bapa masih tidak menyedarinya pada peringkat awal, situasi ini akan berlarutan dan membawa kepada api-api perbalahan besar walaupun mereka telah dewasa. Kadang-kadang perkara kecil pun akan diperbesarkan, lebih-lebih lagi jika ia perkara besar. Pasti porak-peranda.

Jauh hati

Kesan daripada pilih kasih tadi akan menyebabkan mereka bersikap jauh hati dan tidak mahu mengambil peduli kepada adik-beradik. Lantas mereka akan mula berhubung antara satu sama lain. Masing-masing akan cuba mengelak untuk bertemu. Dan akhirnya hubungan adik-beradik yang akrab dahulu, terus berubah menjadi seperti orang asing walaupun pulang ke rumah ibu bapa.

Perasaan jauh hati tadi telah menjadikan adik tidak bercakap dengan abang, kakak tidak bersapa dengan adik dan sebagainya. Apabila masing-masing telah berkeluarga, keretakan ini akan berterusan kerana masing-masing mula sibuk dengan keluarga sendiri dan dalam masa yang sama masih diheret rasa tidak puas hati dan ego dalam diri.

Bersikap adil dan tegakkan kebenaran

Dalam keluarga kita selalu disuruh beralah. Biasanya dari kecil lagi, apabila abang berbalah dengan si adik, maka abang akan diminta beralah. Padahal ada waktu dan ketikanya adik yang bersalah, tetapi abang tetap juga diminta beralah. Satu aspek ia dilihat betul, tetapi sebenarnya ia perlu diperbetulkan. Ibu bapa jarang mendidik anak-anak mereka perkara yang benar.

Tidak kira tahap senioriti dalam hubungan adik-beradik tadi. Ibu bapa perlu adil dalam menegakkan kebenaran. Jika adik yang bersalah, maka si adiklah yang perlu diperbetulkan. Begitulah juga sebaliknya. Proses ini akan menutup pintu untuk adik-beradik membanding-banding sesama mereka.

Laman sosial jadi perantara

Dengan laman sosial hari ini, perbalahan adik-beradik boleh menjadi lebih parah apabila mereka mula post di laman Facebook. Secara tidak langsung, perbalahan tersebut mula melibatkan orang lain yang sepatutnya tidak dihebohkan. Tambahan pula jika ada komen-komen yang menghasut dan membakar api kemarahan, maka perbalahan tadi akan menjadi besar dan sukar untuk dipadamkan. Tuduh menuduh, maki hamun dan caci-maki berlaku antara adik-beradik dengan status mereka dilihat di laman sosial. Bayangkanlah jika ia menjadi viral pula. Orang lain melihat aib daripada perselisihan faham tersebut dan ahli keluarga yang lain juga turut mendapat malu.


Berilah kemaafan

Perbalahan berlarutan kerana adik-beradik sentiasa ingin membalas apa yang berlaku terhadap mereka. Jika suatu masa adik terasa hati dengan kata-kata si abang, maka dia berniat untuk membalasnya semua. Sampai bila pun perselisihan faham tadi tidak akan berakhir.

Tiada yang dapat memulihkan hubungan sesama manusia tanpa kemaafan. Indahnya Islam, orang yang memberi maaf sering kali disebut dalam al-Quran berbanding orang yang meminta maaf, “...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh ALLAH (atas tanggungan ALLAH dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim”. (QS Asy-Syura [42] : 40)

Tiga syarat penting untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain; Pertama, berterus terang di atas kesalahan yang pernah berlaku. Berterus terang dengan intonasi yang rendah kerana orang yang meminta maaf atau memaafkan perlu letak jauh ego yang ada dalam diri mereka.

Kedua, mula untuk bersangka baik. Jika benar anda memberikan kemaafan kepada seseorang anda tidak lagi boleh melihat mereka dengan pandangan buruk. Allah Taala berfirman, sebagaimana disebutkan dalam akhir Surah An-Nuur [24] ayat 22, “… dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampunimu?”

Ketiga, latih diri untuk melupakan apa yang berlaku. Tiada insan yang sempurna dalam dunia fana ini. Semuanya akan melakukan kesalahan dan belajar daripada kesalahan tersebut. Tetapi jika anda masih ego dan mengungkit-ungkit perkara yang telah berlaku, maka sebenarnya kemaafan tadi tidak berlaku di hati melainkan sekadar maaf di mulut sahaja. Ingatlah bahawa hati yang memaafkan, bukan lisan semata.

USTAZ ASRULNIZAM ABAS
Perunding Motivasi Profesional
Inner Inspiration Training & Consultancy



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teda insan yg sempurna, bha.

Terima kekurangan dan kelebihan seadanya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 02:13 PM | Show all posts
sorry der,sedara aku byk tuba fmily aku .xkn nkmaaf.Sihir de.sihir.Klo ngumpat hina blh lgi.


org skrng kna caci pun x maaf apatah sihir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.180286 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list