|
Ada seorang pemuda yang pemalu, meminati seorang gadis. Dia menulis sepucuk surat untuk meluahkan isi hati. Hanya menanti masa yang sesuai untuk memberikan surat itu.
Suatu hari, pemuda itu nampak gadis itu sedang duduk seorang diri. Surat yang ditulis ada di dalam poket seluarnya. Dia segera menghampiri gadis itu, menyeluk sakunya dan menghulurkan apa yang dicapai tangannya kepada gadis itu. Tanpa menunggu lama, pemuda itu terus berlari kerana malu.
Keesokannya, pemuda itu terserempak dengan gadis itu lagi. Si gadis memanggil pemuda itu. Sambil menghulurkan sekeping wang kertas, dia bertanya kepada pemuda itu, "Hai awak, saya tak faham kenapa semalam awak hulurkan wang kepada saya dan kemudian terus pergi begitu saja?"
#MORAL: Fokuslah bila hendak lakukan sesuatu. Kawal diri, jangan cepat panik. Kalau tidak, jadi macam pemuda di atas. Lain hendak dibuat, lain pula jadinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|