View: 6178|Reply: 24
|
Percaya Tak? Air Garam Boleh Pulihkan Rambut Gugur Dan Kelemumur
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Pelbagai syampu sudah dilaburkan untuk masalah rambut gugur dan berkelumumur ini kan? Bukannya puluh-puluh ringgit malahan sehingga ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk membuat rawatan pulihkan masalah kulit kepala.
Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut daripada kelemumur dan gugur? Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala.
Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wang beribu-riban untuk atasi masalah ini.
Cara-caranya :
1) Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen.
2) Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut anda.
Nota : Jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. InsyaAllah ia berhasil. Mudah kan?
Kenapa mesti guna air garam?
1) Menghilangkan kelemumur
Kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda akan kelihatan lebih segar dan berkilat!
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya! - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ya ke?
boleh la cuba...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau rambut pendek cam mana nak rendam dlm besen? |
|
|
|
|
|
|
|
nti boleh cuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je
tapi hati2 la
boleh je ko ambik skit2 tonyoh kat kulit kepala yg gatal tu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun baru baca pasal info ni minggu lepas.
harap2 boleh ilang
dah le gi yun nam hari tu sampai terjunam
nak buat kelemumur dan rambut yg byk gugur ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 dh try? nk tau berkesan ke x.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mandi laut je lah.air laut kan masin |
|
|
|
|
|
|
|
kawan ak dia pakai shampoo bawang...tak berkesan gak...rambut gugur fktor keturunan katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Rambut i still gugur walau dh mcm2 produk try. Blh la cuba petua ni |
|
|
|
|
|
|
|
info yang menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Nak try lah! Thanks for the tips |
|
|
|
|
|
|
|
i baru jumpa skali, tak jadi sgt
agaknya kena kerap buat kut
ni guna garam halus ke kasar ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|