View: 6462|Reply: 44
|
Misteri: Ketulan Busuk Keluar Dari Wanita Sukar Hamil Selepas Diruqyah
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Siapa yang tidak terkejut apabila mendapati ketulan besar yang berbau busuk selama ini 'hinggap' di dalam rahim akhirnya keluar selepas membuat rawatan ruqyah.
Itulah yang dialami oleh seorang pesakit wanita yang dikatakan sangat sukar hamil meskipun telah mencuba selama 5 tahun.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar perubatan Islam bernama Zaihan Johari itu, ternyata membuatkan ramai netizen yang terkejut dan dalam masa yang sama berminat untuk mencuba rawatan berbentuk alternatif ini.
Kata Zaihan, wanita itu telah berubat secara moden di hospital, namun tiada apa-apa penyakit yang dapat dikesan di dalam badannya.
Tak mahu mengalah dan berputus asa, pesakit tetap mencuba perawatan alternatif berbentuk ruqyah dan juga rawatan Islam.
"Dengan izin Allah 'benda' ini berjaya dikeluarkan dan pesakit terus lega dari rasa kesakitan di rahimnya dan pihak doktor terus membatalkan proses pembedahan untuk membuang rahimnya.."
Dalam pada itu Zaihan berkata gara-gara perkongsian berkenaan, dia mendapat lebih 2,000 kiriman pesanan di peti suratnya di facebook.
Kesimpulan daripada kisah ini, buat pasangan yang cuba untuk hamil jangan sesekali berputus asa, selain perubatan moden, anda masih boleh mencuba rawatan secara Islam dan juga ruqyah.
Semoga usaha anda untuk menambah zuriat mendapat keberkatan dari-Nya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak kata xbetul , tp yg xbetulnya ialah perawat
dgn songkok hitam diatas kepala , yg paling sesuai ada dlm otaknya ialah sel-sel pemutar alam ,kaki tipu |
|
|
|
|
|
|
|
Errrrrr.. serius? |
|
|
|
|
|
|
|
So benda tu kuar cmne, celah v ke or muntah mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sy.percaya sbb pernah lihat dgn mata sndiri |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku x salah mencuba perubatan alternatif selagi dah menyalahi agama. Yang penting kita dah usaha. Lepas itu keta serah pada Allah. He knows best. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata doktor x jumpa penyakit apa
Dah tu npe doktor nk buang rahim die
Mesti la doktor ada detect something dlm rahim die smpi depa decide nk buang rahim die
Klu rahim die sihat lepas cek up segala tp masih xleh preggy, gila ke doktor tu nk buang rahim dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols bukan against rawatan islam...
Tp kadang tu promosi tu melampau2 |
|
|
|
|
|
|
|
bukan cyst ke apa nama tu? mohon doc2 cari ulas
akak tak cakap akak tak percaya perubatan islam ye |
|
|
|
|
|
|
|
Iols kompius part buang rahim, kot ingat org buat kerja takdak sop kaa.. tak buat investigation kaa,dah kata tak dapat kesan apa-apa, simply buat keputusan unuk hysterectomy? Ingt senang nak buat keputusan untuk hysterectomy? Ehemm Dr.Hamid Arshad bwa kluar cyst atau fibroid lebih besat pun takda lh buang rahim |
|
|
|
|
|
|
|
aku ok je dgn perawatan islam, asalkan org tu boleh dipercayai. ada kawan ayah tera bnda mcm ni. mmg baguslah smpai sadara kta yg buat tu dh ok. free je. ada pernah kawan pergi mnta berpuluh ribu, cara rawatan leceh lpas tu tk sembuh2 pun err |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sembuhkan sakit Allah. Kna usaha samada rawatan moden atau islamic. Ilmu Allah sgt luas. Perubatan islam pn pelbagai cara dan kaedah. Klu mahai benor cba cari tmpt lain sbb khuatir niat ngubat sbb nk duit bukn sbb nk bantu org sakit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|