Foto: microsite.astrogempak.com.my
Gegar Vaganza sudah pun melabuhkan tirai Ahad lepas, namun bahang pertandingan itu masih terasa sehingga saat ini.
Ada ramai penonton yang tidak begitu berpuas hati dengan keputusan para juri yang meletakkan, Gmie Screen di tangga terakhir antara enam finalis.
Azharina dinobatkan sebagai juara, Siti Sarah di tangga kedua manakala Ameng dan Intan Sarafina masing-masing di tangga keempat dan kelima.
Menurut laporan Astro Awani, ramai netizen yang berpendapat bahawa Gmie adalah antara peserta yang memberikan persembahan konsisten setiap minggu dan tidak patut diletakkan di tangga keenam.
Menerusi laman media sosial, ramai netizen meluahkan rasa kecewa mereka disebabkan pemilihan tersebut.
Mereka mengatakan yang persembahan terakhir Gmie adalah antara yang terbaik dan layak menduduki tiga tangga teratas.
Tak puas hati macam mana pun keputusan sudah dibuat. Harap semua peminat di luar sana semua berlapang dada menerimanya ya! -CARI
Sumber Foto: IG Gmie Screen
|