CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5070|Reply: 35

Mohon Nasihat Atas Kelemahan Diri

[Copy link]
Post time 22-2-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum
Terima kasih sudi baca
Ketika saya tulis post ini, sudah pasti yang membaca akan rasa geram, bengang dengan saya. Kerana saya sedar, kesilapan ini atas kelemahan saya.Masaalah ini tidaklah sebesar mana tetapi boleh menjadi besar dan kritikal jika tidak dirawat. Mohon nasihat dan komen yang positif, kerana saya benar2 ingin berubah ke arah lebih baik demi perhubungan saya dan dia.


Begini, saya seorang pelajar 25 tahun, dan bf saya juga sebaya. Dua2 student.

Kami baru sahaja bercinta, hampir setengah tahun.. Ye baru lagi, dan ini kali pertama saya bercinta. Dia , tak silap kali ke 2.

Saya sebelum bercinta, adalah seorang gadis yang tak berapa peduli , tak kisah , tak berapa keperempuanan. Contohnya, saya lupa nak balas wasap org, saya terlupa hari jadi sahabat baik saya sejak form2, saya tak berminat bercinta, jarang fikir tentang cinta. Bagi saya , study makan tidur, beribadah of course lah InsyaAllah. Boleh dikatakan, saya jenis tak kisah. Tak fikir apa2. Rakan saya yang sudah berkahwin, pernah mengatakan saya ada sedikit menyerupai suami beliau (dari segi sikap seorang lelaki), bukan tomboi, tetapi jenis tak peduli.




Suatu hari, Allah beri saya kudrat berdoa, mengenai jodoh. (Sebelum ni berdoa juga, tetapi malam itu seingat saya bersungguh2 dlm berdoa).

Beberapa hari selepas itu, saya mengenali bf saya. Alhamdulillah, selepas berkawan, kemudian entah bagaimana saya setuju menjadi gf nya. Saya tak ingat bagaimana. Yang penting saya tanyakan niatnya dahulu, jelas nak berkahwin, Alhamdulillah .. Sekarang hampir setengah tahun kami bersama.





Sebelum ini,saya pernah bekerja , ada beberapa lelaki yang berminat namun entah, mungkin Allah jauhkan dari saya. Kawan2 juga banyak kenen2 kan , namun saya tidak mahu. Kali ini, entah mengapa, saya terima dia, dan dia juga terima saya. Harap doa dari semua supaya kami bersama, hingga hujung nyawa, berdua



Ceritanya bermula begini,
Saya selepas bercinta, menjadi terbalik dengan saya sebelum bercinta. Saya terlebih sensitif, saya terlebih emotional, segala2 nya over.. saya tak boleh kawal. Sumpah saya cuba, tapi mungkin saya ni lembek, lemah, tak kuat.


Saya cuba berubah.. saya amat2 cuba, tapi selalu kalah dengan diri sendiri.

Contoh emotional saya, saya tak boleh kalau die tertidur tak wish gud night, saya tak boleh dia bluetick kan saya, saya tak boleh die onn facebook dalam masa sama , ignore wasap saya, saya tak boleh baca sikit pun kisah silam die dengan ex dia. Saya nak die wsp setiap balik kelas
(Mesti ramai maki saya kan?  Kau tak de hak pun nak kongkong dia)
Saya tak kongkong sebab saya percaya dia, cuma saya rasa diabaikan kalau dia ignore saya (ye lagi sekali, bodohkan saya, small matter macam ni tak boleh handle,tak layak nak kahwen kan)


Kawan2 saya terperanjat dengan perubahan saya, saya sendiri tak sangka, saya seteruk ini.
Saya terbalik dengan saya yang dulu. Yang xfikir apa2, study ,makan,tido,movie.


Kami tak pernah bergaduh sebab isu lain, selalu sebab saya gagal kawl emosi.

Masa mula2 kapel, saya marah2 dia, saya terus serang kalau tak puas hati, merajuk(1hari paling lama) , sekarang, saya belajar untuk hormat dia, tapi masih lagi saya sukar kawal emosi.


Setiap kali gaduh, saya tak boleh buat apa2 kerja. Tidur pun tak boleh. Saya takut sangat efek pelajaran, dan dah memang effect pun, dimana saya akan menangis lamaaa, kemudian makan ubat(ada kesan mengantuk) dan barulah saya dapat tidur. Kalau tak, saya akan menangis.
Ye bodohkan, tak ada isu pun nak diperbersarkan, setakat bluetick, jeles dengan ex(die sendiri tak pernah ungkit, saya yang stalk kemudian sakit hati sendiri), dia tertido xwish gudnight, balik kelas tak wsp..


Dah macam2 kawan saya tarbiah supaya saya kawal emosi. Tapi bila sekali ada benda yang tak kena, saya lost, saya merajuk dgn dia.

Dia macam mana pula? Dia sangat2 baik, penyabar, tahan dgn sikap saya .. cuma ada 2@3 kali tu dia bagi ayat berbisa sikit(lembut cuma tajam) insof la sekejap. Lepas tu buat balik. Dalam 7 hari, 4@5 hari msti saya akan kecik hati dengan dia.


Bila ada perkara buat saya kecik hati, sentap,
Saya cuba kawal, saya buat kerja lain, fb,movie baca Quran,
Tapi jarang yang jadi. End up saya merajuk jugak. Sumpah saya cuba kawal, tapi tak boleh.
Kadang2 dia boleh relax buat kerja, padahal saya yang merajuk ni, tak boleh buat apa2. Layan sedih,fikir bukan2.


Saya faham lelaki mmg sifatnya begitu. Bukan multitask, xsuka pengang hp sentiasa, kdg2 lupa.. Ye saya mengerti, tapi saya still kecik hati.

Saya sangat2 kasihan dengan dia. Kami bgaduh, saya minta maaf, kemudian saya ulang lagi. Saya sangat2 sayangkan dia, saya takut dengan perangai saya ni, akan buat die penat. Saya mintak pndangan kawan2. Ramai bagi nasihat. Saya berubah sedikit, tapi still susah nak kwal emosi.



Saya tahu ramai yang akan cakap, saya ni tak matured, queen control,bodoh, tak bersyukur.(saya sangat2 bersyukur dia menjadi bf saya, setiap kali saya solat, insyaAllah, saya akan ucap syukur sbb saya pilih dia)

Tujuan saya, nak mintak pendapat, kalau boleh positiflah. Sebab saya nk berubah. Jadi memahami. Dan jadi lebih baik.
Saya faham saya tiada hak kepada dia lagi, saya faham itu. Sebab itu lah tread ini saya tulis supaya saya dapat apliksikan apa y saya faham. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau rapat tak dgn parents dan keluarga kau yg lain? Atau kau sejenis mmg tak boleh diabaikan oleh orang tersayang?

Bagi aku kau tgh phase "mintak perhatian" sekarang sbb baru first time bercinta kan. Kau ada masalah self esteem mungkin? Tak cantik? Gemuk?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah bf ko terlalu hensem smpi ko jadi gitu???...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru bf bukan suami belum akad kemahen konsep syukur ko

Solutionnya kawen ajelah baru ko tahu langit tinggi rendah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Please dig your past..any negative situation yg pernah berlaku dlm hidup ko sblm ko jumpa bf ko..mesti ada punca knp ko jd drama queen dan over sensitive
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 22-2-2017 12:26 AM
Baru bf bukan suami belum akad kemahen konsep syukur ko

Solutionnya kawen ajelah baru ko tahu  ...

Hahahaha..adeh lawak plk komen ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tiramisuu replied at 22-2-2017 12:50 AM
Hahahaha..adeh lawak plk komen ni

Mengada sangat. Syukur bagai belum akad jadi suami lagi, acah gf solehah ke. Salah konsep tu dik, walhal terang2 couple tu haram lain la kalau korang dah tunang ada fasa mengenal dalam islam. Belum jadi bini lagi tak payah acah solehah dosa juga dapat.

Solution kedua break off je hilang mainan emosi turun naik tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau budak budak lagi dik, cemburu da ada dalam diri kamu. Kamu kena pentingkan diri sendiri n family dulu br pentingkan org len. Get a life la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Find a hobby. Guys will be guys, hobby bikers etc dan masa atas moto celah mana nak reply wasap weh.

Sibukkan diri la...
Kalau selalu msg, ape y specialnya relationship u?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:36 AM | Show all posts
mungkin sbb first time bercinta so tt mcm jakun sikit.. mcm dahagakan perhatian dn kasih sayang. maybe lama2 u akan jadi lebih chill..

tapi agak over la expectation pada bf tu.... balik kelas kena msg.. nak tido wajib wish goodnight... sikit2 nak marajuk. keep this up lama2 ur bf akan jadi bosan dgn u.

tak penat ke nak emo sorang2 macam tu? jgn terlalu sibuk nk bercinta... lepas tu kena tinggal n pelajaran pun tunggang langgang. last sekali dua2 pun tak dapat. never forget apa tujuan utama u pergi belajar situ.

tt mcm sgt insecure. cuba fikir balik ada tak apa2 yg bf u buat yg buat u jadi x sedap hati?

selagi belum kawin always guard your heart sis. nak sayang pun berpada2. sayang diri sendiri dulu. tak tentu lagi di masa hadapan u akan kawin dgn dia. entah2 jodoh u org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Waalaikumussalam.

Tu le namanya proses belajar bercinta. Ko ni masih di tahap bbnu . Umur ko 35 sekalipun tak menjamin ko akan matang dlm percintaan.

Apa2 pun, berbalik pada ko jugak. Mcm mana ko define konsep kahwin & syukur? Itu akan memandu cara ko berhubungan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:23 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-2-2017 02:39 AM

wow , penangan cinta ye?
dah developed emotional attachment
and u know yups...wanita ni tak payah sentuh physical sentuh emosi dia  dah cukup

i think u kena recheck  your thought lah

you rasa marah marah , emotionally labile, semua ni sebab you are insecure...- at the back of your mind, u would be thinking that he has neglected you ke, etc etc , like lupa hari jadi pun u may be akan sensitif?  dia tak wish good nite pun  dah terasa

ni like memang emotionally u are dependant ni....

so ubatnya

mudah tapi payah sebab ia perlukan penstrukturan pemikiran dan jiwa dan penghayatan tahap emosi nak bagi u rasa secure, ini mudah kita lihat experince org yg terdekat kita harungi ujian yg lebih hebat dari cabaran / isu kita.kita akan terfikir tersedar sendiri buat apelah aku merungut camni ? sedangkan ...si polan pun lebih ...

u know what - couple ke , atau apa apa yg u alami experience with him  ni belum tentu ada jaminan selagi AKAD belum terlafaz.

so, as ladies, the  best way is to develop  penghayatan kebergantungan sepenuhnya  pada Allah , regardless siapa kita .
dan ini mcam buat you rasa whatever happened pun dont worry, apa apa situasi pun segenting mana , se stress mana pun situasi  akan ada  perasaan , suara kecil hati yg anda it is okay , you are doing well , going to be fine , relax...relax...Allah ade ni...He knows ...He understands
u know - developed sense of dependency to Allah only to him. how - beribada t, cetuskan awareness tentang apa yg You dah diberikan nikmat dengan kuasa-Nya, zikir , syukur ....ingatkan diri you yg apa apa pun Allah ade...Allah tu bukan asing pun, Dia sangat memahami ...kalau rindu si dia - just said this  to yourself : why aku boleh rindu manusia tapi ....why aku bergantung pada dia to make me HAPPY sedangkan nikmat Allah itu ...so cetuskan awareness...yg akan sebabkan u terus  langsung syukur  aware and sabar ...i mean ni semua nak developed  your sense of security - yg pucanya - Allah sahaja. U need ALLAh ...and ALLAH likes that. But Allah is FREE of ALL wants...He does not need us pun cuma jiwa kita hamba ...as hamba  kalau bukan hamba kepada allah , manusia akan hamba kepada pukauan  dunia ni  dlm  pelbagai bentuk dan ini kekadang punca insecurity ...ini pun i akui diuji...yups ini dunia u know..dunia yg memukau...

so bagus dah tang baca quran tu ...bagus dah tang solat tu
cuma  banyakkan solat malam dan kurangkan dating hehehe if you can help it  , banyakkan puasa.
waktu nak tido , just doa dalam keadaan hati yg paling tulus ikhlas , sampai u rasa air mata mengalir ...and teh you asked for Allah 's help untuk just direzekikan perasaan cinta itu sekadar mana ia baik pada you, mohon Allah safe guard you, wuduk selalu ke...

u know...sebab benda benda ni yg kena istiqamah then ...kekuatan itu hadir ...bit by bit , istiqamah - tang baca quran tu bagus tapi see al baqarah ayata 152...nice...
i wish you well.

u are okay and you will get better insya Allah with strong sense of security , self security  kalau kebergantungan you setelah semua usaha  , tawakkal effort you letakkan  dah  dan harapan you hanya ALLAh, yakinlah Dia sebaik baik TEMAN. ambik cerita wanita zaman rasulullah saw diuji macam mana, atau wanita yg kuat hati  etc macam mana depa tangani denga kematangan segala konflik emosi - salah satu i baca novel - jung chang ke, etc etc dengan baca profile macam ni kita akan sedar yg adalagi tahak  getir emosi yg lebih hebat dialam oleh org ni semua tapi depa lebih matang dan apalah nak dibandingkan dengan konflik emosi aku ini....tapi tengoklah jugak u know...wajaran sesuatu emotional outburst tu...kalau dia lakukan benda tak baik kat you , u berhak marah and yes marahlah...if not macam benda remeh bagi i ...like wish u  thsi and that lupa birthday ( well i lupa birthday my sisters pun depa pun kekadang lupa birthday depa sendiri hahahaahaha sibuk , kekadang my parent pun lupa birthday depa sebab ntah i fikir benda tu remeh  dan adakah wishing birthday ke  se penting sepenting doa pada ibu bapa you lafazkan setiap solat - tu lebih kekal? so itulah bab wishing ni  i ...i tak sensitif bebenda lagu ni ...tapi kalau tak solat ni  memang i sensitif  ...yups )

sseriously...DIA menguji tapi tak pernah meninggalkan hamba-Nya selagi mana hamba-Nya pegang teguh keyakinan itu. sebab? Dia kan Ar Rahman Ar Rahim  & Al Kamal....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:52 AM | Show all posts
Kalau aku bf kau, aku akan cari kawan perempuan pulak, sebagai bestfriend, untuk lebih memahami sikap gf aku ni sesambil kurangkan kesan negatif yang aku terima hari2 dari gf sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Apai90 at 22-2-2017 07:51 AM

Saya rasa awak jadi macam ni probably sebab this is ur 1st time bercinta.. Based on what awak cerita,  saya rasa awak betul2 sayangkan BF awak but maybe awak feel a little bit insecure betul tak?  I guess mesti ur BF ada rupa jugak ni sebab usually bercinta dengan org yg berupa ni memang partners tend to act like u did..

Bukanlah salah untuk awak rasa semua tu sebab itu tandanya awak memang sayang dia tapi  maybe awak kena toned down skit all those feelings.. Awak cakap awak percaya BF awak kan so biar dia yakin yang awak betul2 percayakan dia..  Tak semestinya setiap masa dia kena update dekat awak apa dia buat, kena reply message awak.. U guys still students  kan,  so normal la for ur BF busy dengan kawan2 dia.. If awak keep merajuk or terasa hati for small matters macam tu lama2 BF awak pun fed up.. Give him some space, jangan mengongkong sangat..Awak maybe rasa awak tak mengongkong dia tapi awak tak sedar itu la tanda2 nak control sebenarnya and sometimes benda2 macam ni la kami lelaki rasa rimas

Awak still student,  fokus pada study dulu.  Don't let benda2 macam ni affect ur studies..  If awak yakin dia jodoh terbaik dikirim tuhan untuk awak,  berdoalah semoga jodoh awak dengan dia panjang..  Yakin jika dia memang ditakdirkan untuk awak,  pasti jadi milik awak jugak.  But if u kongkong  bagai nak rak sekali pun if Tuhan dah tulis dia bukan untuk awak,  dia tetap bukan milik awak..  Ok?  Doa yg baik2 je..  Semoga berjaya berubah ke arah yg lebih positif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 08:13 AM | Show all posts
keyword dia "1st time bercinta" jadi boleh dikategorikan adik ni ibarat tengah melalui apa yang di panggil cinta monyet.

simptom dia spt yang adik story tu lah. ok dik stratight to the point. sbb akhir zaman ni byk yg terjerumus kan. maklumlah dah sayang..

ok adik nak camna lepas ni? nak further study? kerja terus? atau tak kisah nak kawin dalam masa sambil belajar? kalau option adik nak further study atau nak bina kerjaya dulu, lupakan terus BF tu jauhkan diri ya. kalau sayang dia dan taknak tanggung dosa berterusan, cakap depan2 ngan BF tu nak ke jadikan awak ni isteri dia, kalau dia betul2 nak suruh dia jumpa family adik.

jangan dok keluar kehulu kehilir layan perasaan tu semua buang masa dik dan dosa pulak tu.

so fikir2kan lah ya. saya jenis malas taip panjang2 tapi try ikut atas tu dulu. kang kalau lebih2 nanti adik stress hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 08:33 AM | Show all posts
baik ko jgn over sangat silap hari bulan bf ko angkat kaki bosan dengan peel ko...  sakit taw putus cinta 1st time lagi2 cinta mati...

biasa2 sudah... sikit2 nak ngada tu okey je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk tt bawak2lah ubah perangai. Sbb ni baru bf belum pun jadik laki lg.. Sbb Laki mmg x suka 24 jam ppuan nk kawal dia..smua bnda dia buat kena bagi report dulu..smpai nk tdo pun kena wish slamat mlm bagai kalau x merajuk..
Dia nk ada masa jugak utk diri dia sndiri, utk family, utk kawan2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 08:46 AM | Show all posts
setuju dengan semua yang cakap ni syndrom 1st time bercinta...

dik..awk sebelum ni tak pernah rasa disayangi..magnet lelaki dan perempuan ni lain..walau awk disayangi oleh rakan-rakan perempuan..tai TAK SAMA jika ia dari lelaki

nasihat akak dik...habiskan belajar dulu..awk pun dah ckp sampai dah effect pada study..
habiskan belajar sebab tu yang penting..kerja dulu..masa..keadaan sekeliling akan mematangkan lagi awk..insyaallah awak akan jumpa yang lagi baik...

tapi..kalau masih nak teruskan hubungan ni...kawal emosi..sayang ni perlu berpada-pada..lagipun dia belum jadi suami awak lagi yang awak perlu cinta sepenuh mati

orang yang dah kawin pun perlu ada sedikit keraguan pada pasangan..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:39 AM | Show all posts
kalau putus nanti jangan acah-acah nak terjun bangunan ye..
terjun je tanpa ragu-ragu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:42 PM | Show all posts
alah biasalah tu dik. baru pertama kali bercinta. baru rasa nk memiliki dan dimiliki. jgn kuat merajuk sgt sat lg dia boring pastu tinggalkn kau. kalau kau x kawal kang bukan cinta namanya tp jadik obsessed....carik life lain selain kapel ngan dia. beraktivitilah sikit. jgn anggap dia mcm bebudak sesikit nk kena report dia buat ape...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.855718 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list