View: 7264|Reply: 37
|
“Semoga Umrah Dapat Hilangkan Trauma Mereka”
[Copy link]
|
|
image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... 13&crop=1&/
Vida (kiri) diberi penerangan oleh Mohd Zahid (kanan) mengenai kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah ketika pertemuan dengan pelajar tahfiz tersebut pada 21 September lalu. fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Sekumpulan 15 pelajar dan tiga guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Keramat Ujung, Kuala Lumpur akan berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan umrah 18 Oktober ini, tajaan jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman.
Atas peluang yang diberikan itu, pihak pengurusan pusat tahfiz tersebut turut mempertimbangkan melakukan ibadah umrah untuk 21 pelajar dan dua guru yang maut dalam kebakaran pada 14 September lalu.
Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood menyifatkan ia sebagai satu langkah terbaik untuk semua pelajar dan mangsa yang syahid dalam tragedi kebakaran tersebut.
"Apa jua bentuk kebajikan yang diterima memang kita hargai apatah lagi cadangan untuk lakukan umrah, sekali untuk arwah.
"Itu satu cadangan yang bagus. Bagi kita tiada masalah kerana ia tidak menyusahkan. Kita akan bincang mengenainya," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada masa sama, Mohd Zahid turut berterima kasih kepada Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida di atas sumbangan berbentuk pakej umrah kepada 25 pelajar dan guru pusat tahfiz yang terselamat dalam kebakaran bulan lalu.
"Terima kasih kepada Datuk (Seri) Vida. Sekurang-kurangnya kesemua mangsa boleh menghilangkan trauma dan saya juga anggap ini satu anugerah kepada pelajar yang dipanggil oleh Allah untuk menunaikan umrah," katanya.
Vida ketika dihubungi mStar Online berkata beliau terpaksa berlepas awal iaitu petang Sabtu tanpa ditemani dua anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan.
"Mereka patut pergi tapi ada masalah visa. Amat sedih juga tapi saya anggap mungkin ada hikmah di sebalik ketiadaan mereka," katanya.
Menurut pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu, rombongan tersebut terpaksa dilakukan secara berasingan kerana masalah visa membabitkan pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan.
"Sepatutnya saya pergi 12 Oktober tapi ditunda ke hari ini (Sabtu). Jadi saya pergi lebih awal dan akan menyambut ketibaan mereka di Jeddah pada Rabu depan," katanya.
Beliau berkata sekumpulan 15 pelajar dan tiga guru antara kumpulan pertama yang akan menunaikan umrah memandangkan beberapa pelajar yang cedera masih menjalani rawatan dan tidak dapat ikut serta.
"Tarikh perjalanan untuk kumpulan kedua belum ditetapkan kerana masih ada yang cedera dan belum pulih sepenuh. InsyaAllah mungkin tahun depan," katanya.
Jelas Vida, selain menunaikan umrah, pelajar dan guru terbabit juga akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah untuk mengimbau perjuangan Rasulullah SAW.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmni bru jutawan bukan takut kucing dodi |
|
|
|
|
|
|
|
cmni bru jutawan bukan takut kucing dodi |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 15-10-2017 07:38 PM
cmni bru jutawan bukan takut kucing dodi
lama x nampak kaka??
syukur alhamdulillah tok vida, mesti tok vida paham perasaan anak2 tahfiz tu. . |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Allah murahkn lagi rezeki tok Vida..
Dia pun ada anak yg jd aruah sbb kebakaran...
Dia mesti lebih faham..
Sayang ..sayang..sayangg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga makin murah rezeki tok vida
Muahhh kt tokvida |
|
|
|
|
|
|
|
Iols kagum n respect dgn tok vida nie.. tak pernah kedekut
Semoga tok vida murah rezeki n dpt terus berkongsi r3zeki dgn yg memerlukan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. suka gila baca berita ni. . |
|
|
|
|
|
|
|
tenqiu acik vida
moga bertambah rezeki acik vida |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur Alhamdulillah. Semoga melimpah ruah rezeki DSV and mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Maybe DSV boleh banyakkan sponsorship yg mcm ni instead of showbiz yg byk buat DSV makan hati and terpalit kontroversi. Byk lg marketing channels lain yg boleh DSV explore selain sponsor showbiz. Selamat menunaikan umrah |
|
|
|
|
|
|
|
wah..bgus nyaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
semoga murah rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rezeki tok vida akan dimurahkan lagi dan melimpah ruah..supaya dapat dikongsikan bersama2 dengan lebih ramai lagi. salute to tok vida... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Sekali sekala baca cerita macamni kan bagus. Taklah asyik nak berendam dengan duit, tayang kunci kereta 6,7 buah, pakai jam tangan 2 utas sekaligus. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah, semoga DSV dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah lagi lps ni... |
|
|
|
|
|
|
|
arwah anak dia pun mati sbb kebakaran kan? mesti dia teringat kat anak dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
Haah. Anak dia pun xsilap aku mati sbb kebakaran tahfiz. Masa tu dia belum femes mcm skrg lg. Kesian jugak masa tu. 2 org sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Perbanyakkan memberi sedekah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Pahala dilipat gandakan, Tiap kali masuk masjid, jangan tak letak lansung dalam tabung masjid walaupun sedikit. nampak orang miskin,orang susah, tolong dia...
KELEBIHAN BERSEDEKAH
Syaitan sering menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan sehingga mereka berasa takut untuk bersedekah (Ayat 268: Al-Baqarah). Manusia pula, apabila diberi segunung emas, ia inginkan segunung emas lagi (Hadis). Mereka lebih melihat kepentingan dunia, tetapi tidak bersedia dengan tanaman akhirat. Terdapat manusia terlalu kedekut tanpa menyedari bahawa segala-galanya datang daripada Allah SWT (Katakan: Semuanya datang daripada Allah). Mereka dikuasai perasaan kedekut sehingga melupakan erti persaudaraan sesama manusia. Maka, kertas ini akan membincangkan kelebihan bersedekah untuk menerbitkan semangat suka bersedekah di kalangan kita.
1- Kelebihan bersedekah
1.1- Amal digandakan sehingga 700 kali ganda
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)
Ia merupakan satu bukti bahawa Allah SWT berkuasa menggandakan amal kebaikan kita kepada 700 kali ganda. Ini juga dijelaskan dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a:
“Apabila seseorang masuk Islam, kemudian Islamnya menjadi baik, nescaya Allah SWT menghapus segala kejahatannya. Sesudah itu setiap kebaikan dibalas 10 hingga 700 ganda. Sedangkan kejahatan dibalas hanya setimpal dengan kejahatan itu, kecuali pula kalau Allah SWT memaafkannya”.
(Riwayat Al-Bukhari)
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain: Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan Yang Meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah: 245)
“Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan selain itu ia akan memperoleh pahala yang besar”. (Al-Hadid: 11)
Manakala hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a
”Barangsiapa yang bersedekah dengan tamar hasil daripada usahanya yang bersih dan sememangnya Allah hanya menerima hasil yang baik sahaja dan sesungguhnya Allah menerima dengan tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara-Nya untuk yang seperti kamu memelihara seekor binatang ternak, sampai membesar seperti bukit”. (Riwayat Al-Bukhari)
1.2- Bersedekah amalan mulia
Nabi s.a.w. pernah menjelaskan kemuliaan orang yang bersedekah melalui satu hadisnya yang masyhur.
“Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari)
Malah, dalam hadis yang lain, nabi s.a.w. menyatakan sedekah mampu memadamkan kejahatan yang dilakukan.
“Puasa itu perisai, dan sedekah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api”
Telah disebut dalam satu kisah seseorang yang hampir dimasukkan ke dalam neraka Namun kemudiannya terselamat kerana beliau pernah bersedekah. Malah, seorang perempuan yang kudung kembali bertangan gara-gara sikapnya yang suka bersedekah. Kisah lain pula menunjukkan seorang anak terselamat daripada serangan harimau kerana ibunya merupakan seorang yang bermurah hati untuk bersedekah. Kita juga boleh merujuk sikap murah hati Ali dan isteri beliau Fátimah yang terkandung dalam surah Al-Insan.
1.3- Rezeki dimurahkan Allah SWT
Apabila kita merujuk kepada makna zakat daripada sudut bahasa sekalipun, ia membawa makna ‘Bertambah’. Orang yang pemurah biasanya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana Allah SWT redha dengan sikap pemurahnya itu. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurayrah r.a. yang telah dimuatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahihnya, nabi s.a.w. ada bersabda:
“Tidaklah berpagi-pagi seorang hamba melainkan akan turunlah dua orang malaikat yang turun dan berkata: Ya Allah, Engkau berilah kepada yang memberi dan Engkau halanglah kepada yang kedekut”.
Firman Allah SWT: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (Al-Talaq:2-3)
|
|
|
|
|
|
|
|
kaya sgt dia ni, smpai xtaw nk buat apa dh duit tu...
dan alhamdulillah ade spend untuk kebajikan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
semoga bertambah murah rezeki
|
|
|
|
|
|
|
| |
|