View: 9727|Reply: 66
|
Ini Sisi Gelap Yang Orang Lain Tak Nampak Di Putrajaya - Netizen
[Copy link]
|
|
Bila ada orang kata mereka tinggal di Putrajaya, kedengaran macam gah sahaja, kan? Realitinya, hanya penduduknya sahaja yang mengetahuinya.
Bagaimanapun, aduan seorang penduduk di sebuah perumahan di bandar berkenaan baru-baru ini menjadi tular kerana mendedahkan 'sisi gelap' Putrajaya yang tidak semenggah namanya.
Cukai Pintu RM924 sahaja?
Lif berkali rosak, terpaksa menapak ke aras 17 dengan anak kecil.
Jangan ditanya soal kebersihan di kawasan itu!
Mohd Redzuan Abd Rahim mendakwa, itulah sisi gelap yang tak pernah disebut dalam mana-mana akhbar.
"Ingat kerja dengan kerajaan dan tinggal di Putrajaya, hidup boleh jadi senang-lenang?" tulisnya.
Aduan lelaki itu menerima pelabaga reaksi dan respon daripada netizen. Rata-rata bersimpati dengan nasib Redzuan dan menggesanya untuk membuat aduan ke pihak yang berkenaan.
"Sebagai pengguna, buat aduan ke PPIM jika ada agensi kerajaan tak nak membantu atau nak tunggu riuh baru nak bantu.
"Inilah nasib penduduk Putrajaya. Dari pihak pemaju pula, mereka cakap staf kerajaan ni tak sedar diri, beli rumah murah tapi nak kualiti kondo," komen netizen.
Penat juga nak mendaki tangga hingga ke tingkat 17 bersama anak-anak yang masih kecil. Setiap tempat yang gah itu pasti tersembuyi kisah buruknya, tak begitu? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sama je la attitude org malaysia kt mana2 pun..nape highlight putrajaya je |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai pintu dengan caj penyelenggaraan dua benda yg berbeza. masalah lif dan kebersihan kawasan perumahan (utk unit srata) adalah 100% dibawah tanggungjawab property manager. cukai pintu adalah utk maintenance kawasan luar, contoh lampu jalan, perparitan, rumput luar premis, pokok. yg ni kdg2 org salah anggap...dah meeting rumah selalu skip, ada yg tak byr maintenance pastu bila jd mcm ni dok menyalahkan PBT. |
|
|
|
|
|
|
|
260..ok la klu ddk kondo. |
|
|
|
|
|
|
|
serius wey maintenance 260 sebulan??? |
|
|
|
|
|
|
|
JMB dia jenama hyundai ke? akak suka kia gt baru dik, berdesup laju kalah myvi
JMB tempat akak dah level ahlong , pakai specs duduk kerusi malas , tak bayar kena tahan kt pintu pak guard parking tepi clamping tayar sampai bayar. alhamdulillah ada budi bicara bayar ansuran.
berkat bertahun tahun displin bayar ada tembok baru, playground baru, pokok buah buahan semua ada kecuali durian , manggis. pokok serai pun ada yg tanam. meriah rasa kt kampung sangat.
by the way JMB akak bukan hyundai
|
|
|
|
|
|
|
|
itu belum masuk gangguan paranormal lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah hampir2 terbeli umah tingkat 13 dek disebabkan susah nau nk cari rumah mampu milik area Pj tu. Nak menangis jugek la bila hubby da tunjuk tanda2 setujuk kt ejen & tuan umah tu. Try pujuk suh bersabar cari yg better skit hagham dilayan. Mujur hubby tergerak nk call JMB situ risik2 pe yg patut. Naaa..rupanya blok tu lifnya asyikk la rosak. Mmg la ade 1 lif kecemasan tp x dapek nak bayangkan subuh gelap kuar rumah tekan lif tgk2 nan hado..balik penat2 tekan lif nan hado..eeii seram memikir |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan dah lupa kisah troli bergerak sampai ke kawasan perumahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal giler cost maintanance..hurmm |
|
|
|
|
|
|
|
aks_berhad: Cukai pintu dengan caj penyelenggaraan dua benda yg berbeza. masalah lif dan kebersihan kawasan perumahan (utk unit srata) adalah 100% dibawah tanggun ...
Maintanance fee 260 ringgit tp hasilnya lif ttp rosak dan takde cleaner sapu sampah? X berbaloi langsung |
|
|
|
|
|
|
|
gamba org tidur atas kerusi tu kes apa |
|
|
|
|
|
|
|
Beta akan buat aduan terus kpd Tg Adnan MP Putrajaya. Musim nk dekat PRU mesti laju |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi... dekat TV bukan main lagi ko kata dkt Shah Alam (nak tuding dkt kerajaan negerinya) tak berkesan, tak bertanggungjawab dgn ayat-ayat menghina. Siap temu ramah lagi... Tup-tup, kawasan sendiri pun sama. Dua-dua jenis kerajaan dkt negara kita ni, sama je perangai... indah khabar dari rupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahainyaaa mentenance. Tmpt aku sebulan rm50 je. Tu pon ramai tak byr. Lif rosak sebelah sana biar jelah xbaiki. Minggu ni baru je syabas potong paip utama. Hambikk sume blok xde air. Gegar group masing2 dok maki.
Padanla... |
|
|
|
|
|
|
|
Duit habis bayar neelofa ke? Saya pun dah beli katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
SP Setia ni time projek baru nak naik mmg gah...lps dh serah pd penduduk jd la hauk...sykt apek kesayangan terbaru pemerintah melayu..dulu2 ytl, berjaya dh hbs serah..sekrg sp setia pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 17-11-2017 05:23 PM
gamba org tidur atas kerusi tu kes apa
Tu kebetulan hari dia nak pndah barang masuk rmh baru drp rmh lama, semua lif rosak serentak. So terpaksa lah tido dan jaga barang sementara nk tnggu lif elok. 4 hari juga la dia tidur dgn brg dia sbb tnggu lif elok. Kesian weyh |
|
|
|
|
|
|
| |
|