View: 3029|Reply: 23
|
[Tempatan]
Cemburu buta: Pemandu Grab disangka teman lelaki
[Copy link]
|
|
LELAKI yang juga pemandu Grab kerugian RM3,000 selepas cermin Nissan Almera dipecah sekumpulan lelaki ketika menghantar penumpang perempuan di flat Taman Arbi, Tabuan di Kuching, awal pagi.
Dalam kejadian 3.40 pagi itu, mangsa tiba di kawasan berkenaan untuk menghantar wanita berusia 20-an yang menggunakan perkhidmatannya dari pusat beli belah di bandar ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Fir, 26, berkata, beliau menerima tempahan daripada wanita terbabit menerusi aplikasi Grab beberapa minit sebelum itu untuk dihantar ke flat Taman Arbi.
Menurutnya, sepanjang perjalanan, tiada sebarang perlakuan mencurigakan dilakukan wanita terbabit dan hanya berbual kosong.
"Sebaik tiba di kawasan flat berkenaan, saya lihat lima hingga enam lelaki berusia 20-an sudah berada di sana bersama spanar dan besi memerhatikan kereta saya," katanya kepada Harian Metro.
Fir berkata, seorang daripada mereka dipercayai abang wanita terbabit kemudiannya menghampiri kereta sebelum menghemburkan kata kesat kerana beranggapan Fir adalah teman lelaki penumpang yang dibawanya.
Katanya, lelaki terbabit berang kononnya membawa adiknya sehingga awal pagi sehingga berlaku pertengkaran walaupun sudah dijelas beliau hanya pemandu Grab yang menerima tempahan untuk menghantar wanita itu ke destinasi yang diinginkan.
"Lelaki terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol juga meminta wang sebanyak RM20 daripada saya kononnya sebagai balasan sekiranya mahu dilepaskan keluar dari kawasan berkenaan, namun saya enggan menyebabkan mereka menghentak cermin depan dan sisi menggunakan besi dan spanar berulang kali sehingga pecah dan retak," katanya.
Tambahnya, keadaan semakin tegang menyebabkan dia terus memecut Nissan Almera miliknya keluar dari kawasan berkenaan dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Tabuan Jaya.
Fir berkata, ini adalah kejadian pertamanya diserang sejak menjadi pemandu Grab Oktober lalu demi mencari sesuap nasi sementara menunggu tawaran kerja yang lebih baik.
"Kejadian ini sememangnya tidak diduga kerana hasrat untuk mencari rezeki disalah erti oleh individu lain dan nyaris mengancam nyawa sekiranya saya tidak melarikan diri dari kawasan berkenaan," katanya.
Fir juga mengingatkan rakan pemandu lain supaya lebih berhati-hati sekiranya berdepan dengan individu sedemikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 |
|
|
|
|
|
|
|
Yg betina tu buat apa? Tgk je? Babi sgt tau msyrkt bodoh mcm ni. Serang tanpa usul periksa |
|
|
|
|
|
|
|
ermm.....mcmane dah siap standby geng
3.40 dr pusat beli belah?? n ppuan tu x bole explain lgsung kat abg nya |
|
|
|
|
|
|
|
kasi repot la. pompuan tu patut bayar ganti rugi, menyusahkan org je |
|
|
|
|
|
|
|
abang pun kaki mabuk, mintak rm20 lg kat orang...hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
hmm mesti ada cerita lain ni, takkan la smpai mcm tu sekali kalau tak betul |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal minta rm20 je?nk beli belacan ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
so kalau kes mcm ni, kite buat report kat balai, yg si abang kpd penumpang tu kena tangkap tak sb merosakkan kereta org lain dan kena byr ganti rugi la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah Tau Sapa pelaku dia, saman je sampai kebulur 7 keturunan.
Jgn bagi muka pailang2 bangsat mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. area ni mmg banyak kaki pau...
pompuan yang dia hantar tu pun hmmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi.. Saman jah. Mintak ganti rugi |
|
|
|
|
|
|
|
nasib ko la dpt penumpang sundal borneo |
|
|
|
|
|
|
|
saman jgn tak saman..
biar padan muka dorg..
nak tunjuk gangster sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
perangkap ke apa ni?..
kesian org cari makan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Borneo lagi |
|
|
|
|
|
|
|
saman jah mamat sialan tu.. suh penjarakan jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tu lah nasib kalau kerja hantar orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
kat sana pasaraya bukak smpai 3 pagi?
kt sini NSK ye la 24jam |
|
|
|
|
|
|
|
dah la mabok, menyusahkan orang pula! |
|
|
|
|
|
|
| |
|