CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2017|Reply: 8

[Dunia] Cedera di kepala, bedah di kaki. Pakar bedah tersilap

[Copy link]
Post time 26-4-2018 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Cedera di kepala, bedah di kaki
25 April 2018 14


NEW DELHI – Seorang doktor di New Delhi melakukan kesilapan apabila membedah kaki pesakit yang sebenarnya mengalami kecederaan di kepala.

Pembedahan itu menyebabkan pesakit berkenaan tidak boleh berjalan.

Vijendra Tyagi mengalami kemalangan yang menyebabkan dia cedera ringan di kepala dan muka.

Mangsa kemudian ditahan di Pusat Trauma Sushruta yang dikendalikan oleh kerajaan tempatan dan menjalani pembedahan pada 19 April lalu.

Anak pesakitnya, Ankit Tyagi, menyedari bahawa ayahnya Vijendra telah dimasuskkan pin ke dalam kakinya selepas pembedahan.

Beberapa jam selepas pembedahan, prosedur dilakukan semula untuk mengeluarkan pin.

Pakar bedah dilaporkan tersilap prosedur antara Vijendra dengan pesakit lain yang mengalami patah kaki memandangkan mereka berada dalam wad sama.

Memandangkan Vijendra dijadualkan menjalani pembedahan kepala, dia telah dibius sepenuhnya, sedangkan prosedur pembedahan kaki yang dilakukan ke atasnya sepatutnya bius separa.

Disebabkan kesilapan itu, Vijendra tidak dapat berjalan.

Walaupun dia dan keluarganya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pakar bedah yang tidak dikenali itu, doktor tersebut kini dihalang daripada melakukan pembedahan tanpa pengawasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga...
Siannya la.pesakit tu..
Nasib x buat pembedahan tukar poen ka apa
Habis la wei
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:23 AM | Show all posts
Walaupun dia dan keluarganya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pakar bedah yang tidak dikenali itu


Baiknya lahai dia dan keluarganya. Kalau kat sini, dah lama naik turun mahkamah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:25 AM | Show all posts
laaaaa...x pasal2 jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:27 AM | Show all posts
Mujurlah si mangsa hanya tidak dapat berjalan. Kalau hilang kaki, naya sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:43 AM | Show all posts
bukan kt msia lantak pi la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengong.

Patutnya doktor bedah otak dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 01:03 PM | Show all posts
bagus la doktor ni.
yg patah biarkan patah, yg elok ni kita nak jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 12:18 PM | Show all posts
preventive action sangat nampknya ...haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 0 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 304 Replies : 0
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 11046 Replies : 12
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31772 Replies : 24
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
ultra78Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,00
Views : 24568 Replies : 2
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 27220 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44366 Replies : 627
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 19672 Replies : 6
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15700 Replies : 8
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 14633 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:29 AM GMT+8 , Processed in 2.390728 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list