CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7887|Reply: 38

[Tempatan] Pesta kerang identiti unik Kerian

[Copy link]
Post time 4-6-2018 02:09 PM | Show all posts |Read mode


PARIT BUNTAR - Saban tahun tibanya bulan Ramadan, penduduk Kerian akan merayakan satu ‘pesta’ makanan unik yang hanya diadakan di daerah itu sahaja - Pesta Makan Kerang.

Acara pesta makanan unik ini juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia di seluruh negara memandangkan acara tersebut hanya diadakan pada bulan Ramadan dan kebiasaan dimakan pada waktu moreh atau selepas waktu solat tarawih.

Dihidangkan bersama kuah kacang, hidangan kerang rebus atau bakar disulami beraneka jenis siput sudah menjadi identiti unik daerah Kerian setiap kali tiba bulan Ramadan.

Lebih menarik, terdapat puluhan premis hidangan kerang dibuka di seluruh daerah Kerian hanya semata-mata di sepanjang Ramadan, sama ada premis kecil-kecilan di hadapan rumah hingga premis terkemuka.


Sebahagian pengunjung Warung Udang Lipan yang berpuas hati dengan keenakan hidangan kerang rebus disediakan.

Bagaimana popular di Kerian?

Jadi, persoalan yang timbul adalah bagaimana ‘fenomena’ popular aktiviti makan kerang rebus atau bakar boleh setiap kali bulan Ramadan boleh wujud hanya di Kerian?

Seorang pembekal kerang tempatan, Agus Salim Mustaffa,48, berkata, lebih 30 tahun dahulu, daerah Kerian terkenal sebagai pusat penternakan dan pendaratan kerang di kawasan utara semenanjung tanah air.

Menurutnya, pelbagai aneka kerang dan siput sangat mudah ditemui di perairan Kuala Kurau, Kuala Gula, Selinsing, Tanjung Piandang dan Kuala Bagan Tiang, di sini dan golongan nelayan mampu memungut hasil banyak pada bila-bila masa.

“Setiap kali tiba bulan Ramadan, masyarakat kampung zaman dahulu memerlukan satu aktiviti untuk berkumpul dan melepak bersama-sama rakan-rakan atau ahli keluarga secara santai selepas aktiviti moreh dan solat tarawih di surau atau masjid.

“Jadi, pada waktu itu, pelbagai aneka kerang dan siput amat mudah didapati di sini, maka kebanyakan mereka pun mengadakan aktiviti santai memakan kerang sambil berkumpul bersama rakan-rakan, sama ada di masjid atau pekarangan rumah.

“Dari situ, tercetusnya idea berniaga kerang dan siput rebus lalu menjadi ‘trending’ dalam kalangan orang kampung untuk beroleh pendapatan tambahan sepanjang Ramadan,” katanya.


Azman menunjukkan aneka siput dan kerang terdapat premisnya Warung Udang Lipan, Parit Haji Wahab.

Tekad martabat

Bagi pemilik premis Warung Udang Lipan, Azman Ibrahim,56, berkata, pengalaman sebagai antara pelopor utama premis hidangan kerang di Kerian sejak lebih 15 tahun lalu memberi idea kepadanya untuk mencipta kelainan dan nafas baharu dalam menu disediakan.

Menurutnya, di premisnya , pengunjung bukan setakat boleh menikmati hidangan kerang atau siput disajikan secara rebus atau bakar.

Malah, Azman menegaskan pengenalan menu unik terbaharu dipanggil ‘Kerang Tepanyaki’ dan ‘Sotong Tepanyaki’ menyebabkan premisnya diserbu pengunjung dan pelanggan setia setiap malam sepanjang bulan Ramadan.

“Diilhamkan menerusi hidangan ala ‘shellout’, inisiatif menu istimewa itu menggabungkan beraneka jenis siput dan kerang dengan sos tepanyaki yang dihasilkan mengikut resepi istimewa ciptaan saya.

“Selain itu, tarikan istimewa lain pelanggan ke premis saya adalah disebabkan kelazatan kuah kacang resepi temurun keluarga yang disajikan bersama hidangan kerang atau siput sebagai pencicah.

“Tekstur kuah kacang dihasilkan amat lembut, penuh rasa kacang dan sedikit pedas, malah ianya mendapat pengiktirafan Malaysia Guinness Book of Record pada tahun 2007 sebagai kuah kacang paling berkualiti,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di premisnya di sini.

450kg kerang, siput sehari

Sementara itu, Pengurus Warung Udang Lipan, Amzar Azman,29, berkata, pengunjung yang hadir berpeluang mencuba beraneka jenis siput dan kerang yang dihidangkan melalui pelbagai cara masakan.

Menurutnya, setakat ini sejumlah lapan jenis siput dan kerang boleh didapati di premisnya seperti kerang liar, kerang bulu, siput sudu, siput gerudi, siput gerumit, siput unam, siput kepah dan paling istimewa siput tiram.

“Memandangkan Warung Udang Lipan dikenali sebagai salah satu premis pengasas asal menjual hidangan kerang dan siput, premis kami sentiasa diserbu tidak kurang 1,000 pengunjung setiap hari.

“Setiap hari juga kami memerlukan sekurang-kurangnya 300 kilogram kerang dan 150 kilogram beraneka jenis siput setiap hari bagi memenuhi keperluan pelanggan yang hadir bermula jam 7 malam hingga 2 pagi.

“Kami agak bernasib baik tidak mengalami masalah keputusan bekalan kerana kami juga merupakan pembekal kerang dan siput di seluruh negara,” katanya.

Amzar berkata, selain penyediaan kuah kacang berkualiti dan tidak kedekut, pihaknya turut mendedahkan rahsia teknik membakar kerang atau siput dengan menggunakan dapur arang berasaskan batu-bata.

Udang lipan turut gamit selera

Menurutnya, teknik membakar kerang menggunakan dapur batu-bata itu dapat membantu meningkatkan kualiti rasa hidangan disajikan kepada pelanggan di samping lebih pantas masak.

“Meskipun hidangan disediakan merangkumi pelbagai menu unik dan bertaraf hotel, harga ditawarkan di Warung Udang Lipan amat berpatutan, bermula dari harga RM15 hingga RM60 sekilogram bergantung menu hidangan.

“Selain itu, pengunjung Warung Udang Lipan berpeluang merasai pelbagai jenis hidangan berasaskan udang lipan yang sememangnya menjadi ‘trademark’ premis kami.

“Kelazatan hidangan premis kami dijamin, malahan terdapat sebuah keluarga yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata kepingin menikmati hidangan Kerang Tepanyaki,”katanya.

Cadang kerajaan negeri promosi

Dalam pada itu, Mohd Fadzil Schinta Mada,45, dari Kampung Makam, Pulau Pinang mendedahkan tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke Warung Udang Lipan untuk menikmati hidangan kerang dan pelbagai siput bersama rakan sejak sepuluh tahun lalu.

“Kuah kacangnya cukup istimewa, di samping hidangan udang lipan sungguh menyelerakan serta layanan mesra daripada pemilik premis yang sentiasa memberi perhatian kepada kehendak pelanggan.

“Saya cadang aktiviti makan kerang Ramadan ini wajar dimartabatkan kerajaan negeri Perak menjadi salah satu acara rasmi untuk dimasukkan dalam kalendar ekopelancongan daerah Kerian setiap tahun,” katanya.

Gesa kajian terperinci

Sementara itu, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perikanan, Abdul Yunus Jamhari menyambut baik cadangan ‘pesta’ makan kerang dimartabatkan kerajaan negeri untuk dijadikan salah satu acara tarikan ekopelancongan utama di Kerian.

Menurutnya, ‘pesta’ unik itu sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat Kerian sejak 20 tahun dan kini mula merebak diikuti penduduk dari negeri berhampiran.

“Cuma, pada masa hadapan, kita kena pastikan bekalan kerang dan siput untuk keperluan peniaga mencukupi memandangkan industri penternakan kerang di Kerian semakin nazak.

“Ketika ini, kebanyakan stok bekalan kerang terpaksa diambil dari luar daerah dan senario ini menyebabkan harga kerang semakin meningkat saban tahun.

“Saya akan minta Jabatan Perikanan buat kajian terperinci bagi mengembalikan kegemilangan perairan daerah Kerian sebagai salah satu pusat penternakan kerang utama di Malaysia seperti dahulu,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 02:14 PM | Show all posts
Macam neh lah mak nak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:19 PM | Show all posts
Harap kerang-kerangan tu dibasuh dengan bersih dan dimasak dengan sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:23 PM | Show all posts
Alamak. Meleleh ayaq liuq nih....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:27 PM | Show all posts
sedapnya kerang rebus cicah cili kicap @Syd  
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:33 PM | Show all posts
kerang bakar dan kerang rebus ade tak beza rasanya?
kedua2 klu cicah sambal / kuah pun tetap rase sedap gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2018 02:35 PM | Show all posts
syokk ooo lepas tarawikh p cicah kerang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:49 PM | Show all posts
sedapnya kerang..
dapat kerang bulu memang puas la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tryla cicah kuah kacang....mmg sedaaap...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerang bakaq cicah kuah kacang.. sedap.. klu bakaq.. kering sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:41 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 02:49 PM
sedapnya kerang..
dapat kerang bulu memang puas la..

kerang bulu tu cane?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapnyehhh...
Baru je buat kerabu kerang ala thai weekend haritu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:48 PM | Show all posts

kerang bulu besar-besar..puas la makan..

kat kulit ada bulu..





Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:53 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 03:48 PM
kerang bulu besar-besar..puas la makan..

kat kulit ada bulu..

oh kerang ni..mmg sedap..iols mmg gila kerang... suka gila kerang rebus/bakar cicah sos nyum nyummm
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:04 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 4-6-2018 03:53 PM
oh kerang ni..mmg sedap..iols mmg gila kerang... suka gila kerang rebus/bakar cicah sos nyum nyumm ...

buat terliur je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 4-6-2018 02:33 PM
kerang bakar dan kerang rebus ade tak beza rasanya?
kedua2 klu cicah sambal / kuah pun tetap rase  ...

Saya lagi suka rebus sebab lebih juicy. Kerang bakar ni kalau terlebih lama atas api akan kering kecut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 04:31 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 03:48 PM
kerang bulu besar-besar..puas la makan..

kat kulit ada bulu..

Uiiii.. Besarnya kerang. Selalu nampak yang kecil2 di pasar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:32 PM | Show all posts
insulin replied at 4-6-2018 04:31 PM
Uiiii.. Besarnya kerang. Selalu nampak yang kecil2 di pasar.

kerang bulu ni species besar kot..
kalau buat rendang, nampak la sebiji sebiji isi kerang..

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat daerak Krian nenda ni mmg dah jadi tradisi setiap bulan puasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:56 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 04:32 PM
kerang bulu ni species besar kot..
kalau buat rendang, nampak la sebiji sebiji isi kerang..

Kalau tengok kat gambar tu, memang besar. Penuh tapak tangan dia.

So far, saya x pernah lagi tengok kerang ni dengan mata kepala. Hopefully ada peluang untuk merasa kerang ni...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.086192 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list