View: 12450|Reply: 61
|
Puak Sentinel Utara - Terpencil Di Dunia, Masih Primitif Dan Penuh Misteri
[Copy link]
|
|
Pulau Sentinel Utara
Pulau Sentinel Utara. Pulau yang sangat cantik, pasirnya memutih dan lautnya membiru. Dilitupi pula pokok - pokok yang merimbun hijau. Dari kejauhan,pulau ini tidak jauh bezanya dengan kepulauan yang lazimnya. Ia seperti tidak berpenghuni, tetapi awas jangan tertipu dengan luaran.
Siapa sangka pulau telah dihuni satu puak yang sangat menggerunkan serta tidak terdedah dengan ketamadunan manusia sejak 60,000 tahun lamanya.
Pulau Sentinel Utara ini terletak dalam gugusan Kepulauan Andaman, berhampiran dengan Teluk Bengal. Pulau ini menjadi kediaman puak Sentinel, dipercayai antara terakhir di dunia yang tidak pernah di sentuh oleh peradaban manusia moden. Ia kekal terasing dan enggan menerima ketamadunan manusia.
Sifat ini ditunjukkan oleh puak ini terhadap layanan mana - mana manusia asing yang cuba mewujudkan interaksi sosial dengan mereka. Mereka bukan saja tidak menerima orang luar, malah telah menghalakan anak panah yang diukir dari batu sambil menunjukkan reaksi marah jika ada yang cuba menghampiri pulau ini. Seperti yang dirakamkan dalam foto di bawah.
Puak ini dipercayai ahli antropologi, susur galur keturunan manusia yang bermigrasi keluar dari Afrika sejak ribuan tahun dahulu. Semasa dalam migrasi,mereka telah terdampar di kepulauan dan telah membina kehidupan di sini bermula 60,000 dahulu. Sejak itu,mereka kekal terasing dari ketamadunan manusia.
Pada satu malam, 2 Ogos 1981, kapal kargo yang berpangkalan di Hong Kong, MV Primrose telah sesat belayar ke perairan yang sukar dan cetek di Teluk Bengal. Kapal MV Primrose ini telah tersekat di kawasan cetek berbatu karang berhampiran dengan Pulau Sentinel tetapi tidak berisiko untuk tenggelam. Kapten kapal ini, Robert Fore telah melancarkan satu panggilan kecemasan untuk meminta bantuan dengan operator syarikat kapal di Hong Kong. Kapten dan semua krew kapal bertahan di atas kapal sementara menanti bantuan.
Kapal karga MV Primrose yang tersekat pada tahun 1981
Pagi berikutnya, salah seorang krew kapal terpandang pulau yang hanya terletak beberatus ela dari kapal itu. Ia kelihatan tidak berpenghuni dan tidak wujud sebarang aktiviti yang mencurigakan. Hanya pasir pantai yang memutih dan dilatari hutan yang misteri. Kapten Robert Fore yang berpengalaman luas, merasakan sesuatu yang mencurigakan di pulau itu. Beliau mengarahkan semua krew kapal kekal berada di atas kapal dan ditegah keras untuk turun ke pulau itu.
Beberapa hari kemudian,krew kapal menyedari ada sekumpulan manusia yang berkulit gelap muncul dari hutan misteri itu. Tanpa seurat benang dan hanya bersenjatakan primitif seperti anak panah dan peralatan yang diperbuat batu,mereka cuba menghalau kapal itu dari pantai pulau itu. Panik dengan kehadiran manusia primitif itu,kapten kapal melakukan panggilan kecemasan,kali ini dengan nada yang mendesak,berkata;
" Wild men! Estimate more than 50,carrying various homemade weapons. They are making two or three wooden boats. Worrying they will board us at sunset"
Semua krew kapal bernasib baik,situasi di perairan yang memisahkan antara kapal itu dan pantai, agak sukar bagi puak - puak itu menghampiri kapal itu. Namun begitu,setiap krew kapal tetap berwaspada dengan dibekali kapak, pistol suar dan batang paip digunakan jika perlu. Seminggu kemudian,semua krew kapal telah diselamatkan oleh helikopter Tentera Laut India.
Foto Carian internet
Tetapi tidak semua bernasib baik. Pada tahun 2006, dua orang nelayan India telah dibunuh ketika bot mereka tidak sengaja menghampiri pesisiran pulau. Mereka melabuhkan sauh diperairan Pulau Sentinel, malang bagi mereka, sauh tersebut gagal berfungsi. Bot tersebut terhanyut hingga menghampiri pantai. Nelayan tersebut tidur terlalu lena,tidak menyedari apa yang berlaku. Akhirnya mereka diserang dan dibunuh oleh puak - puak tersebut.
Kerajaan India melalui pasukan pengawal pantainya, telah menghantar helikopter ke pulau tersebut untuk mengambil mayat - mayat nelayan itu. Tetapi mereka telah diserang dengan anak -anak panah menyebabkan pasukan pengawal pantai itu berpatah balik tanpa mayat - mayat nelayan itu. Kerajaan India memutuskan untuk tidak mendakwa puak itu tetapi telah memutuskan semua usaha untuk mewujudkan interaksi sosial dengan puak Pulau Sentinel dihentikan serta merta. Malah Pulau Sentinel telah menjadi tempat larangan untuk dilawati oleh pelawat.
Kini, Pulau Sentinel Utara kekal terasing dari kehidupan peradaban manusia. Para ahli antropologi berpendapat,prinsip mereka yang enggan menerima kehadiran orang luar wajar dihormati. Jika tidak,seluruh kehidupan puak tersebut terancam kerana mereka tidak mempunyai imuniti daya kekal tahan penyakit. Kepada rakyat Malaysia,berhati - hati dengan Pulau Sentinel ini kerana kedudukannya begitu hampir dengan Laut Andaman yang jarak sebenarnya tidak begitu jauh dari Semenanjung Malaysia. Usah tertipu dengan keindahan luaran, kerana ia sebenarnya tersembunyi kekejaman dek puak yang ingin kekal dalam hidup primitif. - CARI
sumber : Youtube- channel Geobrother,Google satelite,Robert Fore picture.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca pasal pulau ni dulu. depa memang tak terima orang luar. |
|
|
|
|
|
|
|
terbayang orang Pulu-Pulu dalam Upin Ipin...ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas info. baru tahu ni |
|
|
|
|
|
|
|
sama2. tgk kat youtube psl puak ni. bila tgk rupanya wujud lagi org peninggalan zmn batu. ada ahli antropologi India dtg dekat kat pulau ni. puak2 ni berbogel lelaki perempuan. diorg bg buah kelapa tanda persahabatan. tu kali pertama dan terakhir,diorang agak friendly. lepas tu dah xde dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh besar island tu. Hantor pedatang asing ke sana. |
|
|
|
|
|
|
|
buat satey..
|
|
|
|
|
|
|
|
sentinel tu teringat cita transformers pulak |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak tengok rumah dorg.. skrg kan dah ada drone.. xde sapa ke terpikir nak p jenguk2 pakai drone.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali ada liputan pasal tribe ni siap ada documentary mengenainya. Di Amazon pun ada katanya tribe2 yang masih belum dikenali. |
|
|
|
|
|
|
|
ada,tapi x seganas sentinelese ni. dari jauh pun,klu nampak ada kelibat sampan ke,kapal ke diorang terus hala anak panah. klu ada yg tersesat sampai kat pantai,dibunuhnya mcm ada 2 org nelayan india tu. memang nomad dan liar puak2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
atap diperbuat daun2 kayu,betul2 natural
|
|
|
|
|
|
|
|
tak plak dorg ni pupus sebab tsunami 2004 dulu kan?
apapun biar la dorg kat sana..x pyh la nak kacau..ntah2 dorg ni pun x bleh survive ngan wabak penyakit manusia moden zaman skrg nih..isolated dah ribuan tahun gitu |
|
|
|
|
|
|
|
tak pupus. kerajaan India ada jugak hantar helikopter buat tinjauan ke pulau sentinel ni lepas tsunami. rupanya diorang selamat sebab 3 hari sebelum tsunami puak ni sempat selamatkan diri ke kaw pulau yang berbukit. mcm mana diorang tau berlaku tsunami,kekal misteri
|
|
|
|
|
|
|
|
dorg mesti ada shaman yg powerfull..
|
|
|
|
|
|
|
|
zennaya replied at 10-10-2018 09:21 AM
buat satey..
Hahahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
penah baca gak ada pulau yg dihuni org asli yg tidak menerima kehadiran org luar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by siape_aku at 11-10-2018 03:35 PM
bile sebut kepulauan Andaman, terus segar pasal Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Mursyid.... tempat2 yg dinyatakan tu mmg wujud dan menjadikan Laksamana Sunan "hidup",...
dan cerita tentang puak yg cannibal kat pulau terasing mcm ni pon ade..... bile kapal Laksmana Sunan hampir kehabisan stok air tawar
|
|
|
|
|
|
|
|
yep. maybe Ramlee Awang Mursyid amik kisah ni,lalu digarapnya dlm cite Sunan. baca jugak part yg Sunan hampir nak kena makan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
xde plak puak ni berjalan dengan 4 kaki tangan mcm berruk? |
|
|
|
|
|
|
| |
|