CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9625|Reply: 11

Cubaan Skodeng Dan Rakam Video Dalam Tandas, Lelaki Gatal Menyamar Suara Wanita

[Copy link]
Post time 19-4-2019 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berdepan pengalaman yang mengejutkan apabila tiba-tiba melihat kamera muncul dari bawah kubikel di sebelahnya ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Paka, Terengganu pada Selasa lalu.







Kredit foto: Facebook





Dalam perkongsian di Facebooknya, wanita itu berkata beliau sedang menggunakan sebuah tandas di stesen itu apabila tiba-tiba mendengar tong sampah sanitari di sebelah kubikelnya dialihkan.


Seketika kemudian, beliau terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang memegang kamera dari bawah dan cuba merakamnya.





Kredit foto: Facebook





Menyedari keadaan itu, beliau terus keluar dan memberitahu teman lelakinya yang melaporkan kepada kakitangan stesen minyak tersebut. Bersama dengan kakitangan itu, mereka mengetuk ruangan tandas berkunci tersebut memintanya keluar tetapi terkejut apabila suara wanita pula yang menjawab.





Kredit foto: Facebook





Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, mereka terus mendesak supaya pengguna tandas itu keluar sehinggalah seorang lelaki membuka pintu. Suspek kemudian ditangkap beberapa kakitangan dan orang awam di situ, tetapi menafikan cubaan mengintai dan merakam video.


Penipuannya bagaimanapun terbongkar apabila pemeriksaan mendapati telefon bimbitnya penuh dengan gambar dan video wanita dalam tandas yang diambil secara sembunyi. Lelaki yang bertutur dalam loghat Kelantan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa.





Kredit foto: Facebook



Kredit foto: Facebook





Pembaca terutamanya golongan wanita meluahkan rasa terkejut dan geram dengan perbuatan lelaki itu.


"Orang nak berak pun tak senang, apa yang seronok sangat tengok orang meneran," kata seorang wanita.





Kredit foto: Facebook





Beberapa orang lagi di antara mereka meluahkan rasa takut untuk ke tandas seorang diri. "Kini nak ke tandas awam pun terpaksa minta untuk diteman," kata mereka.


Tidak kurang ada pengguna tandas awam yang mengkritik stesen minyak kerana hanya membuka satu ruangan tandas dan mengunci sebahagiannya menyebabkan ada lelaki menggunakan alasan tandas berkunci untuk masuk ruangan wanita.





Kredit foto: Facebook





Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam terutama golongan wanita. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila hantar ke hospital untuk pemeriksaan mental.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 10:49 AM | Show all posts
Gila, orang nak meneran pun dia bernafsu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:19 AM | Show all posts
sicko             
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:51 AM | Show all posts
Dasar mental baguslah dah ditularkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 04:39 PM | Show all posts
baca tajuk je iols dah siap-siapan menanti yach utk komen yg tanya bam jat masuk tandas mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2019 04:43 PM | Show all posts
kurang ajar btl..nsb baik tertangkap cpt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dreamdaddy replied at 19-4-2019 04:39 PM
baca tajuk je iols dah siap-siapan menanti yach utk komen yg tanya bam jat masuk tandas mana

Asal isu tandas pasti nama dia naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg hukuman yg berat, baru takde orang nak buat  dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik2 fetish orang skrg ni {:question
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 11:11 AM | Show all posts
x faham, sedap ke tgk org kencing n berak???
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 01:48 PM | Show all posts
sejenis penyakit jiwa ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 2364 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7270 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30619 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 3131 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 26958 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 2.611835 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list