Gadis berusia 15 tahun maut terjatuh dari ketinggian 90 kaki selepas cuba bergaya di atas bumbung sebuah pangsapuri untuk merakam gambar berlatarbelakangkan matahari terbenam.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Moscow, Rusia.
Kredit foto: Mirror/EAST2WEST NEWS
Mirror melaporkan, Ekaterina Chernova meminta bantuan rakannya untuk merakam gambarnya ketika berdiri di atas bumbung bangunan sembilan tingkat itu, namun hilang keseimbangan sebelum terjatuh.
Kredit foto: Mirror/EAST2WEST NEWS
Difahamkan, polis sedang menyiasat mengapa pintu ke bumbung blok pangsapuri itu dibiarkan terbuka.
Ekaterina dikatakan meninggal dunia serta-merta, sekali gus menjadikan dia gadis keenam dilaporkan terbunuh atau parah di Rusia ketika cuba berswafoto.
Kredit foto: Mirror/EAST2WEST NEWS
Dalam satu kejadian di Tyumen pada bulan lalu, Milena Popova, 15, dilaporkan terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 100 kaki ketika cuba mengambil swafoto sempena ulang tahunnya. - CARI |