|
Kalau disebut soal kasih sayang terhadap anak, pastinya nama ibu yang disebut-sebut. Kita semua tahu kasih ibu sampai ke syurga. Tapi, jarang yang ingin menyentuh tentang kasih ayah sedangkan ayah juga tak kurang kasihnya.
Begitulah dalamnya kasih seorang ayah, Christopher Schultz, 31 tahun, terhadap anaknya yang berusia 3 tahun apabila sanggup mengorbankan nyawa demi anak tercinta.
Kredit foto: GoFund
Insiden ini berlaku pada hari Sabtu, di mana Christopher membawa anaknya, Ashton ke tasik Detroit, Minesota untuk aktiviti memancing, sejurus sebelum Hari Bapa.
Mereka ketika itu sedang berdiri di jambatan, asyik melihat ikan di dalam tasik. Namun, malang tidak berbau. Anaknya tiba-tiba jatuh ke dalam tasik itu menyebabkan Christopher terus terjun untuk menyelamatkan Ashton tanpa berfikir panjang.
Christopher sempat menarik anaknya dan memegang serta mengangkatnya sedikit tinggi dari permukaan air untuk menyelamatkannya. Namu, Christopher tidak dapat bertahan lama lalu tenggelam masuk ke dalam air, tetapi orang awam sempat menarik anaknya ke atas.
Menurut saksi kejadian, itulah kali terakhir mereka melihat Christopher dan dia tidak lagi timbul ke permukaan air. Pihak polis hanya menemui mayat Christopher 40 minit setelah menggunakan khidmat juruselam.
Christopher diisytiharkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Dia meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Chesie, dan 4 orang anak, di mana anak mereka yang paling bongsu baru berusia 1 tahun.
Kredit foto: GoFund
Menurut Chesie, suaminya adalah seorang hero dan sekalipun jika ia bukan anaknya, Christopher pasti akan tetap menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Chesie bersyukur anaknya masih ada sebagai tanda kenangan mereka.
Tindakan Christopher itu dipuji oleh sahabat terdekat dan keluarga kerana tak semua orang memiliki keberanian dan hati yang mulia sebegitu.
Benarlah kasih ayah ke hujung nyawa. Semoga Chesie sekeluarga tabah meneruskan kehidupan. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|