Iols bkn peminat dia.. tapi mana tau ada antara korang yg suka sgt talk Ig org...
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan menyahaktifkan akaun Instagram (IG), tiba-tiba, adik Neelofa, Ameera Khan dilihat kembali berkongsi entri di laman sosial itu, sejak awal bulan lalu.
Pelbagai spekulasi bertebaran mengaitkan ‘kehilangan’ gadis ini termasuk gosip sudah bertemu teman hidup dan menetap di kota London, United Kingdom (UK).
Bertanya kepada empunya diri, Ameera yang aktif semula di bawah nama @littlemisskhan di IG, bagaimanapun enggan bercerita lanjut.
“Seperti saya memilih untuk tidak bercakap ketika menyahaktifkan akaun IG, begitulah persoalan lain.
“Selama tempoh ‘kehilangan’ itu, saya memang tidak mahu orang tahu apa-apa mengenai diri ini.
“Jadi, tiada sebab saya hendak bercakap atau menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Orang luar tak perlu tahu dan campur tangan dalam kehidupan saya.
“Saya tahu apa yang dibuat... Tidak penting orang di luar ambil tahu,” katanya ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri 2020 hasil rekaan Alia Bastamam di sini, petang semalam.
Ameera berkata, dia kini bangkit dengan semangat baharu.
“Saya hanya mahu berehat seketika daripada media sosial dan beri masa berkualiti untuk diri sendiri.
“Saya tenang tanpa perlu orang luar atau pengikut memberi komen atau ambil tahu apa yang dibuat.
“Bukan sebab kes buli siber... Itu keputusan yang dibuat bagi membolehkan saya berehat daripada aktif di media sosial. Saya tidak mahu bangun pagi dan muat naik itu dan ini di IG.
“Sepanjang tempoh itu, banyak masa saya habiskan di gimnasium selain bersama keluarga dan ‘partner’,” katanya enggan bercerita lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi.
Ameera menggunakan masa ‘bebas’ daripada media sosial dengan kegiatan riadah di gimnasium selain berdamping dengan keluarga dan insan tersayang. Foto IG Ameera Khan
|