CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3466|Reply: 21

COVID-19: Wanita berjalan lebih 4 jam pulang ke Singapura untuk uruskan suami

[Copy link]
Post time 30-3-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Kecekalan hati seorang isteri yang sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kastam Johor Bahru memasuki negara jiran, Singapura mendapat perhatian netizen.

Wanita tersebut mengambil keputusan pulang ke Singapura untuk menguruskan suaminya yang berusia 80 tahun dan kurang sihat selepas dua minggu berada di rumah anak lelakinya di Johor Bahru.

Wanita tersebut berjalan selama 4 jam bermula dari pukul 5 petang di Kastam Johor Bahru dan sampai di Boon Lay di Singapura kira-kira pukul 9.30 malam.

Anak lelaki wanita tersebut, Herman Sudil memberitahu ibunya datang ke Johor Bahru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantunya menguruskan anak-anak.

Herman berkata dia terpaksa meminta bantuan ibunya kerana terpaksa menguruskan isteri yang baru menjalani pembedahan di Hospital.

"Sebagai seorang anak bila saya melihat gambar ibu saya, saya rasa terharu kerana seorang ibu sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa mengorbankan masa rehatnya.

"Biarpun mereka penat sekalipun tetapi untuk untuk keluarga mereka sanggup berbuat apa sahaja.

"Saya yakin dengan viralnya gambar mak saya yang berjalan di causeway itu, bukan hanya mak saya tetapi seluruh wanita sanggup berkorban demi keluarga.

"Nasihat saya kepada anak-anak lelaki, abang-abang dan suami, hargailah bidadari syurga bernama wanita," katanya kepada Astro AWANI.

Beberapa keping gambar wanita tersebut yang berhenti rehat di bahu jalan kerana kepenatan mula tular sejak Ahad.

Menurut Herman, gambar tersebut diambil oleh anak saudaranya yang menemani ibunya pulang ke Singapura pada petang Ahad.

Sejak kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki republik tersebut melainkan warganegara Singapura yang mahu pulang ke negara tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Oic..tergamaknya anak biarkan mak umur camtu berjalan sensorg dari 5-9 pm..
Kesiannya tgk makcik tu..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:36 PM | Show all posts
kalau tanggang masih hidup confirm kena sumpah jadi bubble tea
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sampai hati anak dia
Tak guna punya anak, jangan dok bangga sangat la boleh viral
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia pun org susah kut? Yes..mak aku pun akan buat mcm ni demi family..omg
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
grab dan teksi x leh msk singapore ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa dah sampai spore (lepas imi) tak naik bas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pekerja dari malaysia yg jalan kaki kat causeway tu kalau jem... dari kastam jb sampai kastam spore.... tapi ni dah tua kesian... penat... bas pun xda sebab pkp kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Huuuu... Sedihnya tengok makcik tu heret bag. Teringat mak i
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 30-3-2020 04:45 PM
Ya Allah sampai hati anak dia
Tak guna punya anak, jangan dok bangga sangat la boleh viral

Aku percaya anak dia pun tak sampai hati tapi keadaan memaksa.... Anaknya nak kena jaga isteri baru lps operate, nak jaga anak2 lagi... Baca tak cerita kenapa makcik ni ada kar JB?

Satu lg mungkin anak dia kalau balik Singapore antar maknya, dah tak boleh masuk Msia utk urus anak2 dan isteri br lps operate pulak...

Fahamkan masalah orang.. Lagipun makcik tu bukan keseorangan, ada cucu temankan cum tukang amik gambar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:28 PM | Show all posts
RMO , itu pasal makcik ni tak naik grab atau teksi atau bas
spore tak bagi
so nak tak nak kena jalan kaki
huhu  , kesian kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia siap ada vid lg kata hargailah wanita...aku x rasa dia org susah..
Kalo yer pun..panggil laa pembantu uruskan anak2 ko
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 07:27 PM | Show all posts
Sesungguhnya beliau seorang wanita yang hebat semoga keluarganya hargai pengorbanan yang telah dia lakukan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 30-3-2020 04:45 PM
Ya Allah sampai hati anak dia
Tak guna punya anak, jangan dok bangga sangat la boleh viral

Apa ko ni... anak dia pun x sampai hati... transport semua tutup. Kalau balik spore dah kena jalan kaki balik malaysia semula..dah 1 kerja... nak wat camna
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike  besarnya pengorbanan seorang ibu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri baru lepas pembedahan maksudnya isteri di ward ke atau dah di rumah? Kalau iols,apa pun alasannya tak lah iols tergamak nak biarkan mak dgn cucu berjalan kaki macam tu. Iols rela terkontang-kanting sorang2. Kalau bininya masih di ward, nurse ada. Kalau bininya dah balik rumah, bininya most probably kena berehat atas katil kan so cuma uruskan nak lap2 badan, bagi makan, bagi ubat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
indon dah jadi malaysian and singaporian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 31-3-2020 10:21 AM
Isteri baru lepas pembedahan maksudnya isteri di ward ke atau dah di rumah? Kalau iols,apa pun alasa ...

fahami keadaan si suami nak ke sana ke mari urus anak2 dan isteri. mmg kt hospital ada nurse bistu takkan xnk lawat langsung sbb nk jaga anak2?. ayyo klu iols pon merajuk suami xnk jenguk sakit2 cmtu. anak2 saudara mara lain blh tlg tengok2kan sementara kt spital..lagi pon budak2 tak boleh naik wad.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 31-3-2020 03:29 AM
fahami keadaan si suami nak ke sana ke mari urus anak2 dan isteri. mmg kt hospital ada nurse bistu ...

Lain orang lain penerimaannya kot. Sepupu iols beranak sorang2 kat hospital, takde suami di sisi sebab kerja & lepas tu suaminya balik kejap aje then balik semula kerja luar negara. Sheols okay tabah. Iols pulak yg kesian. Tapi ye lah kadang2 mak ni memang insist sanggup nak tolong,tapi anak2 lah kena fikirkan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkisahlah knape tp kesian makcik tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.275647 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list