|
UALA LUMPUR: Tiga artis veteran Mimi Loma, Fauziah Nawi dan Abu Bakar Juah hari ini menerima bantuan melalui program Ziarah Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Sumbangan berbentuk wang dan barangan keperluan itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di kediaman tiga artis terbabit, di sini.
Turut hadir, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Ahli Lembaga FINAS, Datuk Seri Eizlan Yusof.
Saifuddin menyerahkan sumbangan kepada pelakon veteran, Mimi Loma ketika melawat kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini. Foto IG FINAS
Saifuddin menyerahkan sumbangan kepada pelakon veteran, Mimi Loma ketika melawat kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini. Foto IG FINAS
Sumbangan itu diberi tanda keprihatinan kerajaan terhadap artis veteran dan penggiat seni yang kurang bernasib baik.
Saifuddin berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM200,000 yang diserahkan kepada beberapa persatuan seni untuk diagihkan kepada artis terbabit.
"Program Ziarah Kasih ini adalah fasa kedua projek amal membantu golongan ini. Selain sudah berusia, artis atau penggiat seni terbabit kurang sihat dan sebagainya," katanya.
Abu Bakar menerima sumbangan daripada Saifuddin sambil diperhatikan Ahmad Idham (tengah). Foto IG FINAS
Abu Bakar menerima sumbangan daripada Saifuddin sambil diperhatikan Ahmad Idham (tengah). Foto IG FINAS
Selain menyampaikan bantuan dan bertanya khabar, Saifuddin turut mengambil peluang mendengar luahan mereka terutama perkara berkaitan industri seni.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|