CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13109|Reply: 10

[Tempatan] Polis minta orang ramai henti aktiviti kutip kerang di Pantai Sura

[Copy link]
Post time 16-1-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Polis minta orang ramai henti aktiviti kutip kerang di Pantai Sura
Oleh Rosli Ilham - Januari 16, 2025 @ 7:30am
[email protected]

Orang ramai mengambil kesempatan mengutip kerang di Pantai Sura. Ribuan kerang yang terdampar di pantai menyebabkan pantai itu dikunjungi ratusan pengunjung yang mengambil peluang mengutip hidupan marin itu sejak pagi kelmarin. - Foto NSTP/GHAZALI KORI

DUNGUN: Polis meminta penduduk supaya menghentikan aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir Pantai Sura, dekat sini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata arahan yang dikeluarkan itu berikutan keadaan ombak besar dan angin kencang yang sedang melanda ketika ini.

Katanya, angin kencang berkelajuan kira-kira 60 kilometer per jam disertai ombak setinggi 4.4 meter meletakkan pesisir pantai di daerah ini dalam kategori berisiko tinggi.

"Perubahan cuaca yang tidak menentu juga boleh mendatangkan risiko kepada orang ramai dan pihak polis mengeluarkan arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

"Kita memandang serius aktiviti ini dan arahan memberhentikan aktiviti mengutip kerang bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Maizura berkata, pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan berharap orang ramai tidak menghampiri kawasan pantai.

"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat individu yang tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan ini," katanya.

Media melaporkan, orang ramai membanjiri Pantai Sura untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai itu sejak petang kelmarin.

Penduduk dari luar daerah ini juga dilaporkan turut sama datang ke pantai terbabit selepas aktiviti mengutip kerang itu tular di media sosial.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2025 07:43 AM | Show all posts
Elak makan kerang terdampar di Pantai Sura - Perikanan

Kerang

DUNGUN - Pantai Sura di sini dikunjungi ratusan penduduk seluruh daerah ini dan kawasan sekitar untuk mengutip ribuan kerang yang terdampar sejak semalam.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat menasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada makan kerang yang dikutip di pantai itu bagi memastikan tiada kandungan toksin yang membahayakan susulan fenomena kerang naik ke pesisir pantai akibat ombak besar melanda di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil sampel kerang tersebut untuk dianalisis di makmal di Kuantan, Pahang bagi memastikan tiada wujudnya biotoksin berbahaya.



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 07:49 AM | Show all posts
kerang kecik2 ni manis


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu sahajalah ada kes meninggal gara2 kerang. Kalau tak lemas di air, lemas di tilam.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya polis bersuara gak
Sbbnya dh beberapa hari dah  duk nampok kat tt memasing wat live tgh kutip kerang ni
Ombak kemain besar, memasing wat tak reti je
Org komen tak bahaya ke wat taktau
Yg paling bahaya hat tukang sauk tu laa sbb dorang yg duk masuk air tu sauk kerang pastu tuang atas pasir pantai tu.

Pelik plak selama ni ummah dungun gak bising pantai dungun tu bahaya eh ujung2 dorang sendiri gak g kutip kerang dikala ombak kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kawasan publik kan. Klau ambil tindakan undang2 ikut akta apa. Lgipun bkn jenayah. Rsenyaa polis x blh kenakan tndakan undang2 kat org yg dtg situ.   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Best nya rezeki percuma, mahal kerang zaman skrg, zaman dulu2 kerang mknn org miskin harga sekilo 1.50
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:39 PM | Show all posts
Weols balik Dungun weeknd depan x sempatlh nk join the hype...

Tp pntai sana scary berani dorg ramai2 bbolok kt ctu...kena tarik dek ombak bru tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 01:08 PM | Show all posts
wahhhh menariknya
macam pesta
berwarna warni

nampak segar kerang2 tu
tak berdaki mcm kerang yg dijual dipasar2
mesti manisss isinya

lama tak makan rendang pedas kerang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:14 PM | Show all posts
sedapnye keranggg
dulu2 (dlm tahun 2000) sekilo seringgit je kerang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jas7512 at 16-1-2025 01:48 PM

Pantai sura ni dah byk kali ambil nyawa org...thn 2014 ada ikan ke kerang byk naik pastu ada nyawa yg melayang...ni naik lg..ntah nyawa siapa lak dia ambil....i yg duk dkt pantai sura pun tak pernah teringin nak ambil sbb tahu ada je yg kn korban...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055681 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list