Pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak industri. Ianya bukan sahaja memberi impak negatif terhadap peniaga kecil-kecilan, malahan turut 'meruntuhkan' syarikat-syarikat mega, termasuklah industri perumahan.
Desas-desus menyatakan yang syarikat mega ini, UEM Sunrise meminta pertolongan dari kerajaan agar 'menyelamatkan' mereka daripada terus kerugian.
Tidak hanya itu, portal hartanah turut meramalkan kemungkinan ia akan bergabung dengan sebuah lagi syarikat hartanah yang dalam kata lain 'perlu diselamatkan'.
Hal ini menimbulkan kemarahan warga maya yang bengang dengan permainan orang-orang kaya dan berkuasa itu.
Foto :Twitter
Sementelah dengan harga rumah yang tidak masuk akal dengan situasi ekonomi rakyat Malaysia, nampaknya syarikat hartanah ini lebih rela membiarkan rumah-rumah tersebut tanpa penghuni daripada menjualnya dengan harga lebih rendah. Ianya berlaku di Puncak Alam dan Semenyih.
"So mcam biasalah SA akan bilang 80% 90% unit dah terjual, mereka akan cakap benda yang sama end up menteri reduce kelayakan untuk pemilikan asing dari sejuta ke 600K sebab lambakan perumahan yang gagal dijual."
Semi D berharga RM575 ribu ke 2 juta - Twitter
Bukan sahaja harga rumah yang tidak turun, saham syarikat mega ini juga turun dari RM3.60 seunit kepada 70 sen sahaja menjelaskan betapa industri hartanah berada dalam situasi kritikal. Namun, tiada tindakan drastik dilakukan untuk menurunkan harga rumah pun.
Jadi, betullah rumah tak laku, tapi jurujual kata hampir semua terjual!
Foto : Twitter
Jika terpaksa menyelamatkan sekalipun, perlu ke dengan dana milik kerajaan atau lebih tepat harta rakyat?
Foto : Twitter
Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini. - CARI
|