View: 11823|Reply: 48
|
Kisah Biji Kopi & Beza Minumannya
[Copy link]
|
|
Doppio, macchiato atau latte, kopi semestinya perkara wajib untuk penggemar kafein. (Gambar Rawpixel)
FMT
Amanda Suriya Ariffin
“Saya masih tak dapat bezakan antara ‘latte’ dan ‘flat white’,” kata seorang peminat matcha berusia 27 tahun sambil tertawa, menanti pesanan minumannya.
“Jangan lupa juga yang taasub kopi,” kata rakannya berusia 29 tahun.
“Ada bezakah antara kopi segera dan kopi lain?” soalnya sambil menghirup Nescafe sejuk yang baru dibeli di kedai runcit.
Mungkin perasaan dan soalan seperti ini sesuatu yang tidak disangka oleh peminat tegar kopi ala ‘bertahap PhD’ namun, ia bukannya benda asing, cuma mungkin ada yang lebih segan untuk bertanya.
Semoga panduan mudah berikut mengenai jenis kopi paling popular boleh mengurangkan rasa stres anda jika ingin memesan minuman ini.
‘Doppio’ memberi kesan dua kali ganda espresso.
Espresso: Pati kopi tanpa susu atau gula. Espresso diolah dengan ‘tekanan’ pancuran air panas ke atas biji kopi yang dikisar halus.
Doppio: Espresso berganda – dua ‘sentuhan’ espresso.
Ristretto: Sejenis espresso yang lebih pekat dan kecil, juga tanpa gula atau susu. Namanya hasil singkatan ‘restricted espresso’.
Americano: Satu ‘sentuhan’ espresso dengan air ditambah untuk mencairkannya. Americano boleh dibuat menggunakan satu, dua atau tiga espresso mengikut cita rasa masing-masing.
Ini juga digelar ‘long black’, gelaran yang mula digunakan ketika Perang Dunia Kedua kerana cara askar Amerika memesan kopi itu di kafe Itali.
‘Caffe latte’ dalam bahasa Itali sebenarnya bermaksud ‘kopi susu.’ (Gambar Rawpixel)
Latte: Espresso di dalam cawan yang ditambah susu panas atau telah distim sehingga penuh. Juga tidak bergula.
Lebih berkrim daripada macchiato atau cappuccino. Namanya dalam bahasa Itali bermaksud ‘kopi susu.’
Sesetengah latte juga dilitupi dengan sedikit buih di atas campuran espresso dan susu, cuma buihnya tidak sebanyak cappuccino.
Selalunya latte boleh ditambahkan perisa vanila, kacang hazel atau rempah ratus.
Flat white: Latte panas tanpa buih susu menjadi kelihatan lebih ‘leper’ (flat) seperti namanya.
Flat white mungkin menggunakan dua kopi atau lebih kuat perisa kopinya berbanding latte. Bagi latte, rasa berkrim lebih kuat.
Di sesetengah negara seseorang boleh memesan “three quarter flat white” iaitu flat white tetapi kurang susu.
Macchiato: Espresso yang susunya kurang daripada latte; macchiato bererti ‘bertanda’ iaitu espresso yang ‘ditandakan’ dengan susu yang distim dan tidak berbuih.
Cappuccino digunakan sebagai kanvas untuk seni menarik. (Gambar Rawpixel)
Cappuccino: Seperti macchiato, ia menggunakan satu espresso yang ditambah susu distim dan diatasnya diselaputi buih susu yang banyak. Serbuk coklat juga mungkin ditabur ke atasnya.
Jika mahu nampak lebih hebat, anda boleh cuba memesan ‘dry cappucino’ iaitu cappucino yang lebih banyak buih susu, atau ‘wet cappucino’ yang lebih banyak ditambah susu.
Kopi drip sama saja seperti kopi yang dituang air panas, yang diasingkan daripada cecair sebelum diminum.
Pour over: Air panas dituang ke atas biji kopi yang diletakkan dalam penapis satu kon khas. Begitu juga dengan kopi drip. Biji kopi diasingkan daripada cecair sebelum diminum.
Affogato: Espresso yang dituangkan ke atas seceduk aiskrim dalam cawan.
Mocha: Latte yang menggunakan kopi lebih pekat dengan perisa coklat pahit.
Biji kopi, cawan dan larangan
Walaupun ini bukanlah senarai lengkap (terdapat juga lungo, cortado, dan breve), tetapi semua di atas adalah campuran kopi popular menggunakan biji kopi yang dipanggang khas.
Biji kopi mungkin jenis Columbian atau Brazilian Arabica atau Robusta yang semuanya dipanggang pada tahap berbeza.
Perbuatan minum kopi di tempat awam di Istanbul dari kurun ke-16 hingga ke-18 mungkin menyebabkan anda dipenggal. (Gambar Pexel)
Sedikit trivia mengenai kopi: pemimpin di sekitar Eropah dan Timur Tengah antara kurun ke-16 hingga kurun ke-18 pernah cuba mengharamkannya.
Di Istanbul, seseorang yang minum kopi di tempat awam boleh dihukum mati kerana pemimpin, tidak kira golongan beragama atau sekular, menganggap minuman itu menggalakkan seseorang berfikiran atau berkelakuan berbahaya seterusnya membawa kepada masalah sosial dan memupuk tindakan berbentuk hasutan.
Kemungkinan besar juga disebabkan itulah kedai kopi sering menjadi lokasi perbualan politik dan bersosial. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takkan biarkan hari aku berlalu tanpa secawan kopi! |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...!
[AceHand SPECTaceLAR]
Banyak betol kopi dan fungsi dia...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
hi Ace.... mesti ko x masuk porem 2-3 hari ni kan? hehe
aku datang ni haa.... PKP punya pasal....
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah kawan saya yg berasal dari felda jengka sekarang menetap di ibukota KL
selalu saya tgk dia post gambo setiap kali dia beli kopi terutamanya di stabak dgn caption " cant live without kopi"
ada sorg kwn dia komen " masa kat kg kau tak penah pun minum kopi, tinggal di KL trus ketagih kopi ek" |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CikYaYaYa at 5-2-2021 01:21 PM
Latte paling bestt bgi iols.. if pegi mana2 y jual kopi msti iols order latte wlaupon bnyk lagi menu lain . btw cold brew to mcm mana lak..? iols mmg xtau sgt term2 psl kopi ni |
|
|
|
|
|
|
|
ayah i beli espresso machine last year with build in grinder. tapi suruh i belajar buat, jimat dari beli kat starbucks. hari2 i menelaah kat group peminat kopi kat facebook.
so far i tau buat latte, macchiato tapi latte art masih failed |
|
|
|
|
|
|
|
coffee powder brand apa yang best ye? yang tak strong sangat, tak mild sangat rasa dia. sedang2 pahit je.? |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa...
[AceHand SPECTaceLAR]
Aku pong sebab PKP lar jugak ni...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa macam penah dapat sms dari ko dulu, promote cari ke mende ntah nya.... eh ke kat fb... ntah ler....
siyes aku lupa....
bilalah nak habis PKP... aku jenuh dah tawaf cite retis bbnu kat gosip..... tak pasal2 tahu kewujudan bebudak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh!
[AceHand SPECTaceLAR]
Ko salah worang ni... Aku mana hada nombo ko... FB pong... Eeee... Seramnya...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lupa dah sape... tp aku x reply pun... aku baca je.... masa tu dah x aktif porem dah, bz ngan kerja dah... siapakah ntah nye.... aku pun lupa.... duk promote aku suh masuk porem.... lebih kurang ar.... x igt weh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
[AceHand SPECTaceLAR]
Boleh jadi @Diablo tu kot... Aku ni baek jer budaknya...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
may be lah.... jap aku pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
[AceHand SPECTaceLAR]
Kaw yer... Ais ikat tepi...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
geng lama kat situ kan?
kaw kaw la.... hehe....
|
|
|
|
|
|
|
|
AceHand replied at 10-2-2021 03:17 AM
[AceHand SPECTaceLAR]
Boleh jadi @Diablo tu kot... Aku ni baek jer budaknya...
Gapodio??
Yumismi ehh |
|
|
|
|
|
|
|
c===8 replied at 5-2-2021 09:45 AM
kisah kawan saya yg berasal dari felda jengka sekarang menetap di ibukota KL
selalu saya tgk dia ...
Xkan la dari umur sekolah rendah n menengah ketagih kopi..
Tp i jenis study mlm mmg minum kopi la.. so umur 14 da minum kopi tp x hari2 mcm sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 13-2-2021 10:35 AM
Xkan la dari umur sekolah rendah n menengah ketagih kopi..
Tp i jenis study mlm mmg minum kopi ...
Masa kat kg tu dia sekolah rendah n menengah.dok kl bila dpt kerja.time tu la start ketagih kopi |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
[AceHand SPECTaceLAR]
Ahli dah hada bertukar...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|