PETALING JAYA – Rakyat meluahkan rasa kecewa susulan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok.
Tinjauan Kosmo! di laman sosial Twitter juga mendapati perkataan ‘Monday or Tuesday’ turut menjadi sohor kini berikutan kenyataan Muhyiddin yang menjangkakan pengumuman bantuan akan diumumkan pada Isnin atau Selasa nanti.
Seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama @khafif_ berkata, penyambungan PKP ini membebankan rakyat terutama sekali bagi yang bergantung dengan gaji harian.
Kesian dekat orang yang bergantung gaji harian, dapat pula yang bekerja sektor ‘non essential’. Tak boleh kerja, tak boleh rentas daerah. Gerai-gerai tepi jalan juga semakin bertambah, merisaukan,” katanya.
Seorang lagi bernama @SafwanRamadhan pula menggesa kilang-kilang ditutup segera sekiranya mahu mencapai kadar kes kurang 4,000.
“Macam mana kes nak kurang kalau kebanyakan kes dari kluster tempat kerja, kluster kilang? Susah sangat nak fikir, yang sengsara tetap rakyat juga,” katanya.
Kenyataan itu turut disokong @EzanKysran yang berpendapat, PKP pertama yang dilaksanakan tahun lalu berkesan kerana ketika itu semua kilang ditutup
Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.
Beliau berkata, PKP 3.0 akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN. – K! ONLINE.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Rabu ni aku kena masuk ofis kejap, risau betul memikirkan berselisih dgn orang lain sepanjang perjalanan dlm lrt dan juga staf lain kat ofis. Walaupun aku akan kat ofis sekejap aje tapi terdedah pada sape2 yg mungkin pembawa. Klu ofis bukak mcm biasa nanti perasaan aku mcm frontliner, hari2 terdedah dan kemungkinan dihinggap virus ni.
Post time 28-6-2021 06:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
JunkMail replied at 27-6-2021 10:37 PM
Pening aku dengan netizen ni... Sebelum pkp dulu bising suruh pkp nak turunkan kes katanya. Dah PKP ...
Semua tak kena. Susah.
Dah jangka akan lama tpi tolonglah buat secara efisien sikit. Ni dah caca marba sopnya, jalan tetap sesak, kilang buka, gerai tepi jalan penuh tiap petang. Celah mana pkp pun tak tahu.
Post time 28-6-2021 06:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
isu moratorium, uztad2 bank diam membisu. sepatutnya uztad2 bank ni desak bank bagik motarium. dlaam al quran ada dh ayat 280 surah al baqarah suh bgk pelepasan kejap utk org yg berhutang. tpi uztad2 bank buat2 x nmpak ayat ni . bab untung bank segala hadis, ayat quran dikeluarkan.
Post time 28-6-2021 07:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku ok lah WFH, sambil boleh masak utk anak2... ni semenjak PKP, PKPP, PKPB segala jadah since last year semua hobi aku dah buat utk reduce stress, ini skrg nk tanam2 orkid/ anggerik hutan....lps tu nk berkebun sayur tanam cili..
Post time 28-6-2021 07:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kecewa sbb kilang tak pulak tutup.
kecewa sbb org awam ramai lg tk vaksin.
tp takut pulak kot jd mcm indon yg mencanak2 naik.
mungkin nk bg tempoh sampai raya haji kot..
tp raya haji ada 3 minggu lg.
tau rakyat kita ni. raya punya psl, dua minggu sebelum dah curi2 balik kampung..