CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1610|Reply: 4

Pemandu E-Haling Akan Dibantu Zoey Setiap Bulan

[Copy link]
Post time 22-8-2021 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Terkesan melihat ramai pekerja perkhidmatan e-haling mendaftar untuk mendapatkan sumbangan melalui program Mikaseries Peduli, pelakon dan usahawan Zoey Rahman tekad untuk meneruskan inisiatif itu setiap bulan selepas ini.


Menurut Ketua Pegawai Urusan Mikaseris, Zoey Rahman, slot program berbentuk kemasyarakatan itu yang pertama kali seumpamanya diadakan semalam menerima sambutan seramai 200 orang pemandu e-hailing dari sekitar Lembah Klang.








Katanya, melihat kehadiran ramai golongan itu ia sekali gus meningkatkan semangatnya untuk terus menghulurkan bantuan pada masa depan.

“Semalam 200 pemandu e-hailing hadir untuk terima sumbangan berupa petrol, makanan dan barangan keperluan.

“Sejak program ini dilaporkan media, kami menerima lebih banyak penyertaan, justeru saya tergerak hati untuk menyambung usaha ini lagi secara bulanan.

“Memang ramai mendaftar, tapi bagi menjaga prosedur operasi standard, setiap slot pemberian sumbangan mengehadkan hanya kepada 50 riders saja pada satu-satu masa,” katanya kepada Malaysiakini.








Mikaseris Peduli menyasarkan sumbangan kepada perkhidmatan seperti Foodpanda, Lalamove Grabfood dan seumpamanya.


Program tersebut juga mendapat kerjasama jenama Big Mouth dan Mcdonalds Mutiara Damansara serta Petronas cawangan Taman Segar, Cheras.


Selain itu Zoey turut berterima kasih kepada Zarina Anjoulie kerana sudi turun padang dan memberi sumbangan pada program kali ini.




  



  



Kata Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, sebelum ini banyak sumbangan telah diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan gelandangan.


“Pihak kami berikan banyak sumbangan berbentuk barang keperluan harian.


“Tapi kali ini kami mendekati sasaran berbeza kerana mungkin orang tak terfikir pekerja perkhidmatan e-haling juga memerlukan bantuan di saat perintah kawalan pergerakan ini,” katanya.


Lebih mengujakan, kata Zoey, 36, semangatnya kian bertambah selepas melihat inisiatif dilakukan turut ‘diintai’ beberapa jenama yang berminat ingin menjalin usahasama.


“Insya-Allah selepas ini pihak Adabi dan yang lain akan turut serta dan bekerjasama dengan kami. Terima kasih saya ucapkan,” katanya.


Zoey berkata, bagi mana-mana pemandu e-hailing yang ingin menyertai program tersebut, mereka boleh menyertai telegram MIKASERIESpeduli termasuk untuk mendapatkan maklumat lanjut pendaftaran.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adooiiii sweetnya dua ekor ni. LoLLLL.

Laku eh jualan dia? Siapa beli? Semua ponder2 ni millionaire.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jadik jugakkk dengan anjoo yach
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
8:08 baguslah buat kerja berfaedah
8:09 cepat2 lah kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tapi mikaseries ni jual apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 1919 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 2121 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 8647 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125875 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.533867 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list