View: 14884|Reply: 46
|
NOVEL : BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA
[Copy link]
|
|
Novel ini ditulis dalam bahasa yang santai, untuk bacaan sewaktu bersantai, bagi org yg suka bersantai di Forum, dan BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA SESANTAINYA....
MENGISAHKAN KISAH HIDUP SERI DAN YAZID DARI WAKTU ALAM UNIVERSITI SEHINGGA ALAM PEKERJAAN. APAPUN, BIARPUN DI ANTARA MEREKA ADA CINTA YANG PERNAH BERPUTIK TETAPI FAHAMAN YANG BERBEZA MEMISAHKAN MEREKA DARI MEREALISASIKAN IMPIAN YANG PERNAH TERCIPTA DAN MEREKA KINI TERPISAH JAUH.
MASING-MASING KINI MELAYARI HIDUP SENDIRI DENGAN MENYIMPAN 1001 KENANGAN YANG PERNAH TERCIPTA. ADAKAH TAKDIR AKAN MENEMUKAN MEREKA KEMBALI?...
SIRI 1
Kelihatan dari kejauhan anak-anak kecil berlari-lari merentas dan memijak pasir putih di pantai itu sambil bergelak ketawa. Keriangan mereka mengusik rasa seorang perempuan yang sedang merenung jauh kepada lautan membiru yang terbentang luas sejauh mata memandang. Perempuan itu tersenyum dan mengenang kembali kenangan sewaktu kecilnya. Itulah juga kenangan yang terpahat sewaktu dia masih anak-anak lagi.
Ah! cepatnya masa berlalu. Serasa baru sebentar kenangan itu tercipta rupa-rupanya kenangan itu tidak bersempadan masa. Selagi ia dinamakan kenangan, selagi itu ia tetap segar dalam ingatan.
Perempuan itu menghela sebuah keluhan yang berat dan mengerutkan dahinya sendiri. Dia berkata kepada dirinya, mengapa aku terlalu jauh dibawa kenangan sedangkan semua itu adalah kenangan dan hari ini adalah realiti yang harus ditempuhi. Rupanya aku ini terbawa rindu yang tidak bertapak di alam realiti.
Perempuan itu merenung pula ke atas. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Terbentang langit biru dipagari awan putih yang kelihatan sempurna terlukis. Hatinya berdetik, Tuhan tidak kau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Hanya manusia yang buta hati dan rasanya sahaja yang tidak pandai menilai keindahan dan kesempurnaan ini. Maha suci Engkau Ya Tuhan. Dalam keasyikan itu, tidak disedarinya masapun berlalu, ditemani deburan ombak dan angin silir semilir meniup nyiur yang melambai-lambai melagukan irama yang sungguh mendamaikan.
Tatkala langit biru sudah bertukar menjadi lembayung senja nan merah, dan mentaripun sudah semakin hilang dari pandangan mata, perempuan itu bangun sambil mengibas-ngibas kaki kainnya yang terlekat pada pasir-pasir di pantai itu. Dia menuju ke sebuah kereta biru lalu berlalu dengan kereta itu menuju ke satu destinasi.
Itulah Seri, seorang gadis yang pernah bertapak di hati Yazid suatu ketika dulu. Yang pernah bersama-sama sekampus dengan Yazid. Yang pernah mencipta impian dan harapan bersama Yazid untuk melayari kehidupan ini dalam satu ikatan yang abadi. Kasihan Seri dan Yazid, impian dan harapan mereka tidak kesampaian. Bukan kerana kesetiaan antara mereka yang tercalar tetapi masing-masing ada pendirian dan fahaman yang tersendiri. Walaupun kesetiaan, kasih dan sayang itu masih terpahat kukuh tetapi mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah. Alangkah anehnya kisah mereka ini. Ya memang cinta itu boleh dimiliki oleh hati tetapi memiliki hati bukan bererti memiliki orang yang dicintai. Mungkin inilah cinta yang murni dan sejati. Pengorbanan sebuah percintaan atas dasar mereka tidak dapat bersama kerana berlainan fahaman. Mereka bimbang perbezaan itu akan mencalarkan hati masing-masing dan memusnahkan kasih sayang antara mereka.
Yazid kini berada jauh di perantauan. Membawa sekeping hati dan membawa diri jauh dari tanah air tercinta. Tidak ada lagi mawar merah yang akan disimpan untuk Seri dan diciumnya setiap malam mendatang. Tidak ada lagi harapan dan impian semalam, yang tinggal hanya sebuah kenangan silam. Cuma yang ada hanya sehelai sapu tangan yang dihadiahkan oleh Seri di saat akhir pertemuan mereka.
Seri meneruskan sisa-sisa kehidupan yang ada. Mereka harus pasrah pada keputusan yang telah dilakukan bersama dengan penuh rela. Dia kini sudah dimiliki oleh seseorang yang amat mencintai dirinya. Itulah yang dikatakan jodoh, siapa tahu pemuda pendiam dan tampan itu memang menaruh hati padanya. Apa lagi yang harus dilakukan oleh seorang gadis sepertinya selain menerima lamaran ikhlas tersebut dan berjanji kepada diri sendiri untuk berusaha menjadi seorang isteri yang sebaik mungkin. Cuma kadang-kadang tiada siapa yang dapat meneka apa yang ada di dalam hatinya, kerana kenangan itu tetap tinggal sebagai kenangan. Selagi ia bernama kenangan, akan ada rasa rindu yang berbaur dan tidak terjangkau oleh akal, ia adalah bicara hati yang tidak ada sempadannya.
Cuma dari kejauhan ini, Seri sentiasa mendoakan agar Yazid bertemu seseorang yang sama sefahaman dengannya dan lebih baik dan sempurna dari dirinya. Kebahagiaan Yazid adalah kebahagiaan dirinya juga. Biarlah masa memisahkan mereka dan situasi juga turut berubah, namun mereka tahu ada kenangan yang tidak akan luput dari ingatan masing-masing. Suatu ketika nanti, di atas pengorbanan itu akan lahir kasih sayang yang akan berpanjangan dan menjadi kesinambungan walaupun bukan mereka berdua yang melakarkannya.
Sedar-sedar Seri sudah sampai di hadapan sebuah rumah comel di pinggir bandar metropolitan itu. Kelihatan seorang anak kecil bermain-main di luar sambil melambai-lambaikan tangan padanya. Itulah Sofea Nafisah, buah hati Seri yang cukup keletah dan manja. Wajahnya seiras Seri, berkulit putih kuning dan mempunyai senyuman yang cukup manis. Pipinya yang gebu itu selalu membuat orang lain yang memandangnya akan menyapa dan mengusik pipi gebunya itu.
[ Last edited by serihartatie at 1-7-2006 12:32 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SIRI 2
Anak kecil itu terlonjak-lonjak kegembiraan apabila Seri keluar dari pintu keretanya. Ibu, ibu ke mana tadi ? terlontar suara halus dari bibirnya yang mungil itu. Ibu, keluar sekejap tadi, ada hal sikit, sayang dah mandi ke? Seri bertanya kepada anaknya. Pia, dah mandi, nenek yang mandikan. Oh baguslah, good girl, jawab Seri.
Pia anak kecil manja itu, nama penuhnya Sofea Nafisah binti Mohd Aiman. Mohd Aiman, itulah nama suami Seri. Suaminya itu adalah kenalannya sejak dari kecil, kedua-dua ibu bapa mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain kerana ayah Seri dan ayah mertuanya adalah rakan satu tempat kerja. Bagaimanapun, apabila ayah Seri bertukar kerja dan berpindah ke Pahang, mereka tidak lagi berjumpa. Hanya setelah Seri melanjutkan pengajiannya di UKM, mereka sekeluarga kembali berkesempatan bertemu kembali.
Memang sewaktu kecil Seri manja dengan Aiman. Jarak usia mereka berbeza sebanyak empat tahun. Seri menganggap Aiman seperti abangnya. Aiman memang lembut dan pengasih kerana itu Seri cukup senang menghabiskan masanya bersama Aiman ketika itu. Tidak sangka setelah hampir 20 tahun mereka diketemukan kembali. Aiman ketika itu sudah menjawat jawatan sebagai seorang jurutera setelah menamatkan pengajiannya di luar negara. Seri pula masih lagi dalam pengajian peringkat sarjananya di UKM.
Seri memang tidak menyangka Aiman menaruh hati padanya sejak pertemuan itu. Memang Aiman ada mengutus e-mel pada Seri menyatakan kegembiraannya dapat bertemu kembali dengan Seri setelah sekian lama terpisah. Yang Seri tidak lupa kata-kata Aiman di dalam e-melnya itu.
Abang tidak sangka gadis kecil yang comot dulu tu dah membesar menjadi seorang gadis yang cantik dan manis. Apakah boleh abang mengenali dirimu dengan lebih dekat lagi?. Ah, nakal juga si Aiman ni, bisik Seri sendiri setelah membaca e-mel itu. Tetapi bagi Seri e-mel itu tidak bermakna apa-apa kerana hatinya masih tetap pada Yazid. Sengaja Aiman mengusik aku, takkan ler selama-lama ini dia tak ada yang istimewa, biasalah memang dari kecil dulu dia suka mengusik aku, Seri berdialog dengan dirinya.
Apa pun, akhirnya persoalan terjawab juga tatkala keluarga Aiman datang merisik dirinya. Seri hanya pasrah pada takdir yang harus dilaluinya. Lamaran itu tiba setelah dia dan Yazid telah membuat keputusan untuk berpisah. Apa lagi yang harus Seri lakukan selain dari menerima lamaran itu. Itulah pengorbanan di atas sebuah keputusan yang mereka sudah meterai bersama.
[ Last edited by serihartatie at 23-5-2006 04:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SIRI 3
Seri terkejut dari lamunan apabila Pia datang dan duduk di ribaannya. Ibu, malam ini Pia ndak ibu masak ayam masak merah, cepatlah bu, Pia lapar ni. Sambil mengelus lembut rambut anaknya Seri berkata, tunggu ibu mandi dulu yer...dah nak masuk maghrib ni. Lepas solat baru ibu masak ok sayang. Anak itu mengangguk dan pergi mencari neneknya di kamar tamu.
Seri melihat jam tangannya. Hermm...dah hampir 7. 20 malam. Bisiknya lagi. Aiman suaminya pun belum balik lagi. Dia cepat-cepat menukar pakaian dan masuk ke kamar mandi. Terasa segar apabila air menyiram dingin membasahi dirinya, Seri bernyanyi-nyanyi kecil. Teringat dia kepada Yazid, yang suka mengusik dirinya.
Seri, nyanyilah satu lagu untuk aku ni. Suara kau tu merdu dan menusuk kalbu, hehehe...
Ishkk, kau ni Yazid, ingat Seri ni radio ker...asyik suruh Seri menyanyi jer...pi ler balik hostel pasang radio, tak kuasa Seri nak nyanyi untuk kau..bukan dapat apa pun..nak belanja Seri makan roti canai pun kau tak ada duit. Apa ler punya kawan.
Ya, memang Yazid selalu mengusik Seri kerana baginya Seri adalah gadis yang jarang marah dan berhati lembut. Tetapi Yazid tahu, kalau Seri marah sekalipun, dia tidak akan menunjukkan kemarahan itu terang-terang. Dia lebih suka mendiamkan diri dan memujuk hati sendiri sehingga sejuk kembali. Seri memang begitu, tidak suka mengeruhkan suasana kerana itu Yazid akan cukup merasa kehilangan apabila Seri tidak ada di sisinya kerana keceriaan Seri itulah yang mengisi hari-harinya di kampus itu.
Yazid dan Seri ibarat merpati dua sejoli di kampus waktu itu. Walaupun mereka rapat, tetapi antara mereka berdua hanyalah sekadar kawan biasa. Tidak pernah terucap rasa sayang di dalam perhubungan mereka berdua. Namun, begitu tidak ada siapa yang menyangka sedemikian memandangkan rapatnya hubungan mereka itu. Bagi Seri, hubungannya dengan Yazid itu adalah satu jalan untuk dia lari dari gangguan pelajar-pelajar lelaki lain yang selalu mengusik dan cuba memikat hatinya. Seri belum bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan istimewa dengan sesiapapun. Lagipun Seri sudah berazam sejak pertama kali kakinya menjejakkan kaki ke kampus itu, dia tidak akan mencari cinta kerana selagi tujuannya untuk memperoleh sekeping ijazah belum tercapai, hatinya akan ditutup dari mencintai atau dicintai.
Tetapi kehidupan tidak semudah itu di kampus itu. Terlalu banyak ujian dan dugaan yang tiba untuk gadis semanis Seri. Mujur ada Yazid yang memahami masalah yang dihadapinya. Seri percaya pada Yazid kerana Yazid memang jujur dan sentiasa membantu beliau di dalam pelajarannya. Jejaka nakal itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun kadang-kadang kenakalannya mencuit seribu satu rasa di hati Seri.
Teringat Seri tentang satu peristiwa semasa musim konvo. Mereka berdua mewakili fakulti mengambil inisiatif untuk berniaga bunga segar. Tidak disangka sama sekali oleh Seri, sedang dia sibuk menyusun bunga-bunga yang akan dijual itu, Yazid datang menghampirinya dan terus berlutut.
Yazid berkata, Wahai Seri pujaan hatiku, terimalah sekuntum bunga mawar merah ini khas buatmu. Aduh, malunya Seri merah padam mukanya waktu itu. Kawan-kawan yang lain hanya mentertawakan gelagat si Yazid itu. Tetapi Seri cuba menyembunyikan perasaan terharu dan malunya itu, dengan berkata, Eh, bunga-bunga kita tak main ler, kalau betul nak membantu, tolong beli mee goreng kat gerai sana tu, Seri lapar tahu. Bunga ni bukan boleh makan. Seri lihat muka Yazid juga merah padam setelah mendengar jawapannya. Tetapi dek kerana malunya, dia buat tidak kisah sahaja pada reaksi Yazid tersebut. Sejak itu, terdetik satu perasaan yang agak istimewa di hati Seri terhadap Yazid. Entah mengapa hatinya sendiripun tidak mengerti.
Yazid berasal dari negeri jelapang padi. Yazid selalu bercerita dengan Seri mengenai keseronokan beliau sewaktu musim menuai padi dan bermain layang-layang di tengah sawah padi. Seri selalu menjadi pendengar setia pada cerita-cerita Yazid. Yazid tidak mempunyai adik-beradik perempuan, kesemua abangnya lelaki dan beliau anak bongsu dalam keluarganya. Seri selalu mengusiknya, patut ler manja sebab anak bongsu kata Seri kepada Yazid. Seri juga anak tunggal perempuan di dalam keluarganya. Mereka berdua selalu mengusik antara satu sama lain dengan mengejek masing-masing sebagai anak manja.
Teringin sekali Seri melawat kampung di mana Yazid tinggal. Tetapi tidak pernah sekalipun dia menyuarakan hasratnya itu kepada Yazid. Sesekali pernah juga dia melalui negeri Jelapang Padi itu sewaktu mengikut ibu bapanya mengunjungi sanak saudara mereka di utara tanah air. Memang cantik pemandangan sawah padi sewaktu padi sedang masak menguning. Seri asyik sekali dengan pemandangan yang indah itu. Patutlah Yazid selalu teringat pada kampung halamannya, bisik Seri.
Telah hampir 4 tahun, Seri tidak mendengar sebarang berita tentang Yazid. Memang mereka sengaja memutuskan hubungan sejak pertemuan terakhir itu. Seri masih menyimpan sketch book yang dihadiahkan oleh Yazid kepadanya sebagai kenang-kenangan sewaktu pertemuan terakhir itu. Buku itu menyimpan segala kenangan yang telah mereka lakarkan bersama di kampus. Memang Yazid pandai melukis dan Seri mengkagumi bakatnya itu. Itulah kenang-kenangan yang tinggal untuk Seri. Tanpa disedari, ada air mata yang bergenang di kelopak mata Seri. Dia biarkan sahaja air mata itu turun membasahi pipinya. Kabur sekejap pandangannya dek kerana air mata itu.
Ah Yazid, entah di mana kau berada sekarang, entah di pulau mana kau berada, entah hidup entah mati, bahagiakah engkau, deritakah engkau di negara orang. Alangkah pedihnya menanggung rindu pada sesuatu yang dia sendiri tahu tiada jawapannya.
Seakan-akan tergiang-giang ditelinganya bait-bait lagu lama yang begitu indah irama dan liriknya
Sunyi dan sepi...
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau...
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya...
Yang ku nantikan tak kunjung tiba... oh...
Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang...
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...
Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...
Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal...
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan
Tiada terduga...
Yang ini harus terjadi di malam begini
Mungkinkah... Kitakan bersua lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibu, mengapa ibu menangis ?...tersentak Seri dengan pertanyaan itu..eh tak ler Pia, bukan ker ibu sedang hiris bawang ni, pedih tahu mata ibu ni. Pia pergi kat nenek yer..ibu nak masak cepat ni, nanti abah Pia balik sekejap lagi..pi tunggu kat ruang tamu tau...
Tiba-tiba Seri terdengar deringan telefon. Cepat-cepat Seri ke ruang tamu dan mengangkat telefon itu. Terdengar suara suaminya mengucapkan salam dan berkata, Seri, abang balik lambat sikit hari ini, ada masalah dengan mesin kat kilang. Ye ke, oklah, tapi jangan lambat sangat tau, Pia tu kalau nak tidur, mesti nak ada abang, kalau tak meragam nanti, jawab Seri. InsyaAllah, kata suaminya.
Seri kembali ke dapur untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Ermm, malam ni masak simple ajer ler, ayam masak merah dan goreng sawi, oklah tu, bisik hatinya. Terdengar dari jauh, anaknya Pia sedang menyanyi. Sayup-sayup suara halusnya kedengaran menyebut bait-bait nasyid yang dilagukannya itu. BILA mata tidak dapat melihat, jangan anggap sesuatu tidak ada, BILA telinga tidak mendengar suara, jangan anggap suara tidak ada, tersenyum Seri mendengarnya.
Allah Wajib Ada
Bila mata tidak dapat melihat
Jangan anggap sesuatu tidak ada
Bila telinga tidak mendengar suara
Jangan anggap suara tidak ada
Subhanallah (3x) Maha Suci Allah
Bila akal tidak dapat memikirkan
Jangan anggap sesuatu tidak ada
Bila hati tidak terbuka
Hingga tak dapat lihat mawaro-ul madah
Jangan anggap ia tidak ada di luar alam nyata
Subhanallah (3x) Maha Suci Allah
Bila lidah tidak dapat merasa
Atau sentuhan badan tidak terasa
Rasa dalam Ainul-zat
Jangan anggap rasa tidak ada dalam zat
Kerana yang ada tetap ada
Walaupun tidak dapat di buktikan
Oleh alat-alat perasa
Begitulah Allah yang Maha hebat
Allah Maha Hebat menjadikan segalanya
Allah Maha Hebat menciptakan seluruhnya
Subhanallah (3x) Maha Suci Allah
Memang dia selalu memasang nasyid nyanyian Mawaddah Kecil itu apabila membawa Pia menaiki kereta bersamanya. Kadang-kadang dia sendiri yang melagukan nasyid itu sebab melodi nasyid itu memang menarik. Ah, si Pia ni seperti aku juga suka menyanyi, yer lah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bisik Seri.Cuma zaman aku kecil dulu, jarang dapat dengar lagu nasyid, tidak sebanyak zaman ini, Bertuah budak sekarang, dari kecil lagi sudah dibesarkan dengan lagu-lagu kerohanian, getus hatinya. Nasib baik juga aku ni pemalu bab menyanyi secara public ni, kalau tak mungkin juga teringin masuk pertandingan menyanyi, bisik hatinya. Teringat Seri kepada anak saudara perempuannya, Amira, yang suka menyanyi dan aktif masuk pertandingan menyanyi sejak dari sekolah rendah lagi.
Seri teringat kenangan zaman persekolahannya. Dia memang suka melibatkan diri dalam acara perbahasan, syarahan, pantun, dan sebarang acara yang melibatkan pengucapan umum. Harap-harap si Piapun nanti ikut jejak langkah aku juga, bolehlah aku ajar dia nanti. Kalau tak sia-sia pula pengalaman yang pernah aku lalui semasa zaman persekolahan dulu, getus hatinya lagi. Tetapi kalau memang Pia berbakat, tak susah sangat nak diajar, dia dulupun tak ada siapa yang ajarpun, memang mungkin itulah bakat semulajadi yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Seperti bakat melukis juga, seorang pelukis itu memang dilahirkan dengan bakat melukis, jika diberi pensil dan warna, tentu sahaja bakat itu akan terserlah ke atas kertas. Seperti Yazid, aku suka melihat dia melukis, ada seni dalam lakarannya walaupun secara spontan sahaja. Kalau suruh aku melukis, gambar kucingpun jadi anjing, tersenyum Seri mengenangkan dirinya yang memang tidak berbakat melukis itu.
Itulah kebesaran Tuhan, setiap individu dilahirkan dengan bakat yang berlainan, bisik hatinya. Kalau Yazidpun disuruh beri syarahan depan orang ramaipun, mungkin dia tidak dapat melakukan sebaik aku. Mungkin dia akan beri syarahan tanpa intonasi yang tepat dan gaya yang bersesuaian. Ayat mana yang perlu ditekan pengucapannya, ayat mana yang perlu dilembutkan pengucapannya, semua itu perlu seni pengucapan juga. Perlu juga pandai membezakan gaya, kalau syarahan lain kaedahnya, bahas lain kaedahnya, ceramah lain kaedahnya, tak serupa. Seperti sebuah gubahan lagu, pengucapanpun perlukan irama yang tersendiri juga. Barulah indah untuk didengar dan dihayati. Kalau tidak nanti berbunyi seperti lagu rap sahaja, entah di mana keindahannya, Seri berfalsafah sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seri terfikir sejenak. Ah, minggu inipun aku ditugaskan untuk jadi pengacara majlis di satu kursus motivasi anjuran Rufaqa. Ermm...apa persediaan yang perlu aku lakukan ye..getus hatinya.Sediakan diri sahajalah, teks pun tak perlu buat sebab acaranya santai sahaja bukan ada VIP pun yang hadir, setakat peserta kursus sahaja, dia menenangkan hatinya.
Seri memang biasa dijemput menjadi pengacara majlis sama ada di tempat dia bekerja, di tempat dia belajar malah di majlis perkahwinanpun dia pernah dijemput menjadi pengacara majlis. Itu juga sumbangan yang dapat aku berikan sebagai menghargai bakat yang Allah berikan kepada aku. Kita ini sebagai manusia biarlah sentiasa dapat memberi manafaat kepada manusia lain. Dia bermuhasabah diri.
Rasulullah SAWpun pernah bersabda : Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manafaat kepada manusia lain. Dari kitab hadis mana ye, aku kutip hadis ini?..Iskk..lupa pula. Teringat dia pada kawannya Azhan, anak jirannya di kampung. Dia selalu mengingatkan Seri bahawa jangan mudah-mudah sahaja menerima hadis dari mana-mana sumber yang tidak diketahui perawinya. Maklum si Azhan ini kelulusan Al Azhar, cuma yang Seri hairannya, selepas tamat pengajian tak minat pula si Azhan ni jadi ustaz atau pengajar. Dia lebih berminat kerja sebagai polis. Sekarang, orang dah tak panggil si Azhan ni ustaz lagi, tetapi ASP Azhan. Ermm...umur aku dan dia sama, kenapa dia tak kahwin lagi yer..Kesian dah jenuh mak bapanya carikan calun menantu tetapi tak ada lagi yang sangkut. Entah apalah si Azhan ni nak tunggu, umurpun dah semakin meningkat. Bisik hatinya.
Sejak Seri berkawan rapat dengan jemaah rufaqa ini, setiap minggu memang ada sahaja aktiviti yang harus dihadiri beliau. Seri merasa seronok berkawan dengan orang rufaqa sebab mereka ini pandai membawa diri dan pandai berstrategi serta mengikut arus perdana semasa sewaktu berdakwah di tengah masyarakat. Seri teringat di zaman Arqam dahulu, mereka membina perkampungan-perkampungan islam contoh.
Tetapi sekarang di era Rufaqa, perkampungan-perkampungan itu sudah tiada dan sudah dinaiktaraf sebagai bandar-bandar Islam pula. Nampaknya perjuangan Ustaz Ashaari semakin glokal seiring dengan masa, sekarang inipun sudah ada lebih dari 500 projek Rufaqa di seluruh dunia. Seri merasakan sepatutnya masyarakat di Malaysia membuka mata kepada corak perjuangan Ustaz Ashaari atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya di kalangan pengikut dan simpatinya itu. Beliau juga pernah berkesempatan bertemu dengan Abuya dan sempat menghadiri majlis ilmu yang diadakan oleh beliau. Seri berpendapat bahawa kaedah majlis ilmu yang dijalankan oleh Abuya sangat menarik hatinya. Pendekatan yang dibawa oleh beliau sangat unik dan terbuka. Malah tidak salah kalau dia menyatakan bahawa Abuya memberi kuliah setaraf dengan kuliah yang diberikan oleh Profesor di Universiti. Ermm, Prof aku kat U pun tidak dapat mengupas isu yang disampaikan sehalus dan sehikmah Abuya mengupas persoalan, bisik hatinya.
Patutlah ramai di antara jemaah dalam Rufaqa yang tinggi akademiknya kerana mereka sedar bahawa ilmu yang disampaikan oleh Abuya adalah ilmu yang sangat unik dan mempunyai nilai yang tinggi. Bukan di Malaysia ini sahaja, ramai sekarang ini yang berada di luar negara yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah sepertinya juga menjadi simpati dan menyokong perjuangan Abuya.
Malah salahsatu laman web yang dianjurkan oleh Rufaqa iaitu rufaqadaily.com pun adalah hasil sumbangan dari golongan-golongan terpelajar inilah yang mengumpul dan menyusun minda-minda Ustaz Ashaari dan menyebarkannya menerusi internet.
Harap-harap Yazidpun akan terjumpa dengan laman web ini sebab dia tahu sejak dahulu lagi aku memang rapat dengan jemaah ini, harapan Seri menggunung tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdengar di luar rumah hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, sejuk sikit udara malam ini, bisik hati Seri. Sambil meletakkan ayam untuk digoreng di dalam kuali, dia teringat kenangannya dengan Yazid. Ada satu lagu kegemaran Yazid yang masih dia ingat. Sebuah lagu lama yang Seripun tidak tahu siapa penyanyinya. Cuma yang diingatnya adalah tajuk lagu tersebut dan sedikit bait liriknya. Raindrops keep falling on my head.
Raindrops Keep Falling On My Head
But That Doesn't Mean My Eyes Will Soon Be Turning Red
Crying's Not For Me
'Cause I Ain't Gonna Stop The Rain By Complaining
Because I'm Free, Nothin's Bothering Me
Seakan terdengar ditelinganya Yazid menyanyikan lagu itu dan dia turut sekali mengikuti lirik yang dinyanyikan oleh Yazid itu. Seri selalu menegur Yazid, Yazid awak ni kan kalau nyanyi memang sumbang nadanya, lagu yang sedap dah jadi tak sedap. Yazid hanya ketawa mendengar komen Seri. Teringat Seri semasa Yazid sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara dahulu, dia pernah menghantarkan fail audionya yang menyanyikan sebuah lagu Ebiet G. Ade, Elegi Esok Pagi .
Lagu itu memang sedap didengar tetapi entah kenapa apabila Yazid menyanyikannya, Seri mesti terasa geli hati pula mendengarnya. Maafkan Seri, Yazid...Seri bukan sengaja ketawakan Yazid, bisik hatinya. Seri ada bertanya kepada Yazid kenapa korus lagu itu ditinggalkan, Yazid kata padanya, Seri kalau aku sebut korusnya HO, HO, Ho tu, nanti jadi seperti bunyi Santa Claus masa krismas pulak.Tidak tertahan Seri ketawakan Yazid kerana memberi alasan itu. Ada ke patut dia kata cam bunyi Santa Claus sebut HO, HO, HO, rungut Seri.Begitulah Yazid, lembut dan tidak pandai untuk menunjukkan kemarahannya. Sebab itu Seri berani untuk mengeluarkan pendapatnya. Apapun, disebalik perangai kelakar si Yazid ini, Seri tahu dia ini sentimental dan halus perasaannya. Kalau tidak masakan lagu sepuitis ini menjadi minatnya.
Suatu ketika, semasa mereka di dalam perjalanan balik ke asrama, mereka terperangkap di tengah hujan yang turun tiba-tiba. Tanpa payung dan tanpa tempat berteduh mereka terpaksa meredah hujan tersebut. Yazid menawarkannya jaket hitamnya untuk menutup kepala dari ditimpa hujan itu. Tetapi Seri menolak dan menyatakan, Tak yah lah Yazid, biar sama-sama basah, susah sama susah, senang sama senang, itulah maknanya kawan. Apa kata kita anggap hujan ni sebagai hiburan, nyanyi ler Yazid lagu Raindrops keep falling on my head tu...sesuai sangat le time ni, Seri melaungkan pada Yazid dalam hujan yang sudah semakin reda itu. Ah, tersenyum Seri mengingatkan kenangan itu. Kelakar betul, getus hatinya. Mereka seperti anak-anak kecil yang tidak ada masalah, menyanyi-nyanyi di tengah hujan sambil berlari-lari anak menuju ke asrama. Macam filem hindustan pun ada juga, cuma bezanya tak tukar baju ajer, Seri tersenyum sendiri.
Seri memang tidak minat lihat filem hindustan, entah mengapa. Sejak dari kecil lagi, apabila TV di rumahnya ada siaran filem hindustan, mulalah dia berdiri depan skrin TV bagi menghalang orang lain menonton siaran itu. Ah, nakal juga aku ni masa kecil, getus hatinya. Dia cuma tahu ada satu filem hindustan sahaja iaitu Bobby. Itu pun sebab masa di asrama dulu, sewaktu masa senggang menunggu kertas SPM seterusnya, guru asrama sekolahnya memasang filem tersebut.
Ermm..semua filem lama yang diberikan oleh gurunya untuk ditonton mereka. Ishkkk..masa filem Bobby ni di buatpun aku pun tak lahir lagi, rungut Seri. Memang banyak hari juga tertunda kertas terakhir SPM tahun itu disebabkan banjir di seluruh negara. Sebab itu agaknya warden asrama aku tu, pujuk kami dengan tengok video. Ye lah, kami ni sekolah asrama penuh, mana boleh balik ke rumah, kena stay kat hostel juga. Masa tu memang seronok sebab yang tinggal di hostel hanya pelajar yang mengambil SPM, macam-macam aktiviti mengarut yang kami buat. Maklum hostel itu kami yang punya. Sebelum ini kena jaga kelakuan juga dengan adik-adik junior tetapi apabila tinggal kami sahaja, semua dah naik tocang, Seri mengenang kembali zaman manis kenangan di waktu persekolahannya.
Teringat Seri kawan-kawan sekolahnya, kebanyakannya pun dah berkahwin sekarang. Nik, Nani, Bib, Wan, Aza, Sapura, Midah, Su, Moly, ermm, dah lama aku tak hubungi mereka. Elok juga buat reunion semula ni, nanti aku nak ajak si Aini buat reunion kat mana-mana hotel di KL. Mesti seronok, Seri berangan-angan.
Di mana Yazid sekarang ye?, hatinya bertanya. Masihkah kau ingat Yazid kenangan kita bersama seperti aku mengingati engkau di saat ini, bisik hati Seri. Seri teringat surat terakhir yang dihantar Yazid kepadanya setelah beliau berada di luar negara. Itulah berita terakhir yang diterima dari Yazid. Seri masih teringat antara kata-kata Yazid di dalam surat itu.
Seri, sengaja Yazid hantar surat ini dari luar negara ini untuk memberitahu Seri bahawa Yazid sudah tidak ada lagi di Malaysia ini. Jika Seri melihat alamat di mana surat ini diposkan bukanlah bermakna Yazid akan terus tinggal menetap di sini. Yazid akan teruskan perjalanan kembara ini ke destinasi yang seterusnya. Dan Yazid tidak tahu di mana destinasi Yazid sebenarnya. Tentu Seri ingat kita pernah berangan-angan untuk menjelajah dunia melihat kebesaran alam ciptaan Tuhan ini. Itulah yang Yazid lakukan sekarang.
Seri, hidup ini perlu diteruskan. Biar apa pun rintangan dan cabaran yang harus kita tempuh, itulah namanya kehidupan. Seri, jika kau merasa lelah di dalam kehidupan ini, Yazid telah sediakan sebuah rumah dua tingkat di dalam alam maya. Rumah itu adalah milik Seri. Seri mempunyai kuncinya, lawatilah ia bila Seri rasa sepi atau duka dengan masalah realiti kerana hanya di alam maya sahaja, kau dan aku bisa melakarkan bahagia.
Yazid ingin nyatakan sesuatu pada Seri, seandainya Yazid mati dan ditakdir hidup di syurga, insyaallah Yazid akan doakan supaya Seri hidup dengan Yazid. Kita berlainan fahaman, biarlah CINTA yg menghubungkan kita di sana nanti.
Itulah sebahagian dari isi kandungan surat Yazid yang terakhir untuknya. Surat itu amat menyentuh hatinya.
[ Last edited by serihartatie at 20-6-2006 12:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tentu ramai yang tidak faham mengapa mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Ya, orang sering melihat memiliki cinta bererti berusaha memiliki orang yang dicinta. Tetapi bagi Seri dan Yazid, cinta itu adalah lebih suci dan tulus jika disusuli dengan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Mereka merasakan jika diteruskan perhubungan itu, kelak akan berlaku konflik di dalam perhubungan mereka. Fahaman yang berlainan akan menyebabkan mereka terperangkap dalam kekeliruan dan ia juga akan menjejaskan soal hati. Mereka berdua merasakan hal ini akan menyinggung dan menyakiti hati antara satu sama lain. Kerana itu biarlah mereka berkorban perasaan sekarang dari terlanjur di masa hadapan yang akibatnya lebih memedihkan.
Cinta yang tulus tidak akan hilang kerana ia adalah soal hati, soal maknawi. Allah mengajar manusia dengan perasaan CINTA kerana Allah mahu manusia memahami bahawa kerana cinta dan kasih sayang adalah senjata paling berharga dan bernilai dalam kehidupan manusia. Cuma bagaimana kita menggunakan cinta itu, terpulang kepada kekuatan iman dan taqwa manusia itu sendiri. Senjata yang paling berharga itu jika digunakan untuk kebaikan ia akan membuahkan manfaat yang sangat berharga kepada diri seseorang manusia itu.
Teringat Seri rintihan sufi Rabiatul Adawiyah yang cintanya telah mencapai darjat cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia biasa sepertinya. Pengalaman hidupnya yang penuh dengan kesusahan dan pengorbanan kecintaan kepada manusia dan dunia telah menjadikan dirinya mencapai, memahami dan merasai darjat cinta yang agung itu. Memang selalunya jika Tuhan menyayangi seseorang itu, hidupnya akan disusah-susahkan, kerana manusia itu apabila merasa dirinya hamba yang tidak ada daya dan upaya melainkan di atas kehendak Allah jua akan jadi manusia yang kenal dirinya sendiri. Dari rasa kehambaan itu akan terasalah kebesaran dan keagungan Tuhan. Akan hancur luluhlah hatinya merasai betapa rupanya hanya Tuhan tempat cinta Agung dalam kehidupan manusia. Tidak ada lagi cinta yang lebih indah, lebih mengasyikkan, lebih membahagiakan dari menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan robbulalamin. Kerana itulah Rabiatul Adawiyah di dalam rintihan kesufiaannya, hanyut dalam rayuan kasihnya kepada Tuhan.
Seri teringat kata-kata Rabiatul Adawiyah yang sering dituturkannya ketika bermunajat kepada Tuhan,
[quote]
Tuhanku, jika laku ibadahku
hanya untuk menjauhkan diriku daripada api neraka-Mu,
maka kelak bakarlah aku dengan api neraka-Mu,
Jika sembahanku hanya untuk meraih syurga-Mu,
Maka haramkan syurga-Mu bagi diriku,
Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayang-Mu,
Berilah aku kurnia-Mu yang besar,
Kurniakanlah kepadaku agar boleh melihat wajah-Mu,
Wahai Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia.擺/quote]
Terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah comel setingkat di pinggir bandar metropolitan itu. Ermm, Aiman dah balik rupanya, getus hati Seri. Nasib baik lauk pauk dah siap dimasak, bolehlah dihidangkan sementara masih panas ini, bisik Seri lagi.
Malam itu mereka sekeluarga makan bersama-sama. Berselera sekali Sofea makan ayam masak merah yang dimasak Seri.Begitulah kehidupan Seri dan bagi Seri walaupun tugas memasak dan melayan bukanlah satu kewajipan yang utama untuk seorang isteri tetapi dia berpendapat memasak untuk keluarga dengan air tangan sendiri, makan bersama sekeluarga dan melayan di meja makan adalah satu kepuasan baginya sebagai seorang isteri. Cuma kadang-kadang masa sering menghambat situasi memandangkan beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah menyebabkan Seri tidak dapat mewujudkan suasana yang sedemikian setiap waktu.Sebagai suami yang bertimbangrasa, Aiman tidak pernah memaksa Seri menyediakan situasi yang sedemikian bagaimanapun sering juga Seri merasa bersalah kerana tidak mampu melakukan tugas sebagai isteri sesempurna yang mungkin.
Begitulah perjalanan hidup Seri. Antara kerjaya, pelajaran dan rumahtangga, memang memerlukan tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Bagaimanapun, jejak-jejak pengalaman hidupnya banyak mengajar beliau untuk mempunyai kekuatan jiwa menghadapi segala cabaran tersebut. Beliau masih Seri yang ceria dan sering menggembirakan suasana rakan dan taulan. Tetapi siapa yang dapat mentafsirkan hati seseorang, mungkin disebalik keceriaan ada jiwa yang terusik dan merindu pada kenangan-kenangan lalu yang terukir indah di lubuk ingatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi itu Seri ke fakulti untuk berjumpa Profesor yang menjadi penyelia penyelidikan pascasiswazahnya. Tahun ini tahun akhir beliau mengikuti kursus pascasiswazah tersebut. Tahun yang mencabar kerana tahun ini penentu sama ada penyelidikan yang dilakukannya itu boleh diterimapakai atau tidak untuk dijadikan sebagai satu hasil kajian yang mantap bagi beliau memperoleh pengiktirafan di peringkat pengajiannya. Hasil perbincangan dengan Profesornya beliau merasa lega kerana Profesor tersebut menyatakan apa yang dilakukan selama ini di dalam kajiannya menepati dan sesuai dengan kehendak peringkat penyelidikan yang diikutinya dan sekarang merupakan fasa akhir untuk Seri menggulung dan menyimpulkan segala dapatan kajian dan membentangkannya di dalam bentuk prototaip sistem maklumat elektronik sebagai bahan persembahan memperlihatkan MODEL yang akan diusulkan beliau sebagai satu penemuan dan sumbangan baru di dalam dunia akademik dan dunia penyelidikan global.
Ermm, Allah permudahkan perjalanan penyelidikan aku, bisik Seri. Adalah menjadi satu kesumbangan fikirnya jika merasakan diri sendiri yang berbuat sedangkan segala ketentuan dan takdir itu adalah dari Allah SWT juga. Pengalaman aku selama membuat penyelidikan ini sangat berharga, getus Seri.
Bukan pengiktirafan atau sijil yang aku kejar sebenarnya, tetapi aku belajar dan mengkaji dengan niat untuk menghargai anugerah yang Allah berikan kepada dirinya iaitu keupayaan dan kemampuan mempergunakan akal sebagai salah satu tugas hambaAllah di dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah, Seri bermonolog dengan dirinya.
Teringat Seri tentang doa Ustaz Ashaari Muhammad mengenai berlindung dari ilmu yang tidak diamalkan. Doa itu menyedarkan dirinya bahawa menuntut ilmu itu perkara besar dan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri sahaja tetapi ia lebih luas dan besar maknanya kepada diri seseorang sebagai merealisasikan fitrah kejadiannya sebagai hambaAllah.
Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan! ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan
Tuhan! aku memohon kepada-Mu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu bertambah ilmu, bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak
Biarlah usahaku ini selamat menyelamatkan
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan! aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak mengamalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu, bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu, bertambah ibadah dan amalan
Tuhan! Jadikanlah ilmuku mensyafaatkan aku di Akhirat kelak
Bukan melaknatku
Ya Allah! Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orang
Mampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu ini sentiasa memberi manfaat dan syafaat |
|
|
|
|
|
|
|
Sekembalinya dari berjumpa Profesor yang menyelianya Seri singgah di cafe berhampiran tasik yang selalu disinggahi oleh dirinya dan Yazid sewaktu ketika dulu, sewaktu mereka bersama-sama satu kuliah di sana dahulu.
Tasik itu tidak banyak berubah, cuma kelihatan bertambah cantik dengan lanskap yang semakin menarik. Kalau sewaktu pagi seperti itu, dia dan Yazid selalu menikmati teh tarik dan roti canai cicah kari daging kambing. Memang sedap masakan di cafe tersebut, dan rasanya memang tidak pernah berubah sehingga sekarang, bisik hati Seri. Dia kenal sangat dengan perangai Yazid yang sukakan perkara yang rutin, dan satu lagi yang menggelikan hatinya adalah perangai Yazid yang tidak pandai untuk berborak sewaktu makan. Yazid selalu kata, Seri, time Yazid makan, jangan banyak cakap tau, nanti Yazid tak tahu apa rasa makanan Yazid makan.
Seri teringat dia selalu menyanggah kata-kata Yazid itu dan berkata, Apalah kau ni Yazid, one single track minded ler...ishkk...suka Seri ler ndak bercakap ke tak bercakap ke, kalau tak mahu dengar tutup telinga ler. . Kesian Yazid, bisik Seri. Aku ni memang nakal juga sebenarnya, suka mengusik juga..
Kini Seri keseorangan mengutip kembali kenangan-kenangan yang pernah dilakarkannya bersama Yazid suatu ketika dulu. Entah di mana Yazid sekarang agaknya, bisik Seri. Tentu dia tak sangka aku kini masih di sini, di tempat ini, dan mengulang serta mengenangi kembali kenangan bersamanya.
Sedang Seri makan, datang seseorang menyapa dan memberi salam. Seri mendongak dan melihat bahawa yang menyapa beliau ialah seorang kawan yang pernah sekuliahnya. Eh, Mashietah, kau rupanya, apa kau buat di sini, tegur Seri. Aku sekarang semester pertamalah, baru mendaftar untuk kursus sarjana, jawab kawannya. Oh, patutlah baru terjumpa dengan kau, jawab Seri.Kau buat apa kat sini, tanya kawannya. Bukankah dulu kalau tak silap aku kau dah habis buat sarjana, sambung kawannya lagi. Ya, dah habis, sekarang aku buat PhD pula, dah tahun akhirpun, jawab Seri.
Lama Seri tidak berjumpa Mashietah sejak habis pengajiannya di peringkat sarjanamuda dahulu, mereka mengikut haluan masing-masing. Cuma daripada kawan-kawan sahaja mereka mendapat berita tentang perkembangan diri masing-masing. Setahu Seri, Shiitah belum berkahwin lagi, dan kini bekerja dengan jabatan kerajaan sebagai pegawai sistem maklumat di salah sebuah kementerian di PutraJaya. Shietah mengetahui hubungan baiknya dengan Yazid malahan Shiitah dan Yazid berasal dari negeri yang sama.
Seri, ada kau contact Yazid sekarang ni, tanya Shiitah. Tak ada, aku dah lost contact dengan dia sejak 4 tahun dulu, jawab Seri. Setahu aku aku ler Seri, tahun lepas aku dengar Yazid sudah balik ke Malaysia, Shiitah memberitahu Seri. Berderau darah Seri mendengar berita itu, entah mengapa hatinya berdebar-debar mendengar berita itu. Mungkin juga kerana terkejut atau terlalu gembira kerana mengetahui juga berita mengenai Yazid akhirnya.
Betul ke, mana kau tau Shiitah?, tanya Seri sambil cuba menyembunyikan kegementaran yang melanda hatinya. Aku tau ler Seri, aku dan Yazidkan sama daerah, lagipun kampung aku dan kampung dia sebelah menyebelah ajer, jawab Shiitah.
Seri terdiam dan cuba mengatur bicara yang seterusnya supaya tidak ketara sangat pada pandangan Shiitah terhadap responnya mengenai berita tersebut. Apa lagi yang kau tahu Shiitah pasal Yazid, sambung Seri lagi. Eh, beria kau nak tahu pasal Yazid ni apa hal, Shiitah mengusiknya. Tersipu-sipu Seri dan merah padam wajahnya mendengar usikan Shietah itu. La, takkan tak boleh tahu, kitakan kawan tentulah nak tahu pasal kawan, jawab Seri.
Ermm, boleh aku tanya kau satu soalan Seri, sambung Shietah lagi. Apa dia ?, jawab Seri. Dulu kau dan Yazid ada apa-apa ke?, tanya Shietah lagi. Eh, ada apa-apa pulak, aku dan Yazid kawan biasa sahajalah, jawab Seri. Oh cam tu, patutlah, Shietah tersenyum sahaja mendengar pengakuan Seri itu.
Apa maksud kau dengan PATUT tu, Shietah, tanya Seri. Ye, patut ler kau kahwin dengan orang lain bukan dengan Yazid, jawab Shietah. Ke situ pulak kau ni Shietah, Seri cuba membuatkan dirinya ketawa dengan kata-kata kawannya itu.
Seri sebenarnya serbasalah dengan jawapannya itu. Adakah aku menipu Shietah dengan menyatakan aku dan Yazid hanya kawan biasa, Seri bertanya pada dirinya. Tetapi memang benar semasa itu memang aku dan Yazid hanya kawan biasa, Seri memujuk hatinya. Cuma selepas kami berpisah barulah masing-masing sedar bahawa perhubungan mereka lebih dari seorang kawan biasa, getus hati Seri lagi.
Kau tahu Seri, Yazid balik Malaysia sebab emaknya suruh dia balik kerana abang Yazid mahu melangsungkan perkahwinan masa itu.Tetapi sebenarnya emak dia pun sudah membuat perancangan untuk mengahwinkan Yazid dengan tarikh perkahwinan yang sama dengan abangnya itu. Emak Yazid sudah buat pilihan calon isteri untuk Yazid waktu itu, Shietah dengan lajunya berbicara. Tak sampai sebulan Yazid balik, perkahwinan tersebut dilangsungkan, Shietah bersungguh-sungguh bercerita kepada Seri.
Isteri Yazid tu orang kampung aku Seri, sebab itu aku tahu kisahnya. Empat tahun lebih muda dari kita semua, sambung Shietah lagi. Ermm, jadi kau tak tahu ke Seri, Yazid sudah berkahwin dan sekarang balik semula ke Malaysia?, Shietah meminta kepastian.
[ Last edited by serihartatie at 15-6-2006 11:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
mieyamo This user has been deleted
|
apa kesudahannya
maka apa kesudahannya..... adakah ada sambungan...atau setakat ini saja.... |
|
|
|
|
|
|
|
yazid married to shietah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jagung_manis at 19-6-2006 02:12 AM
yazid married to shietah?
hehehe..panjang lagi cerita....harap bersabar...Yazid dah ada honey yg lain...:ting: |
|
|
|
|
|
|
|
Seri teringat Yazid pernah bertanya kepadanya. Seri, kalau kau kahwin nanti, kau suka pilih yang lebih tua dari kau ke, atau yg sebaya atau yg lebih muda, tanya Yazid. Seri hanya ketawa mendengar soalan Yazid yang kelakar dirasakannya itu. Kenapa kau nak tau Yazid, tanya Seri kembali. Saja ndak tahu, mana tahu aku ada peluang, jawab Yazid selamba.
Ermm, Seri suka lelaki yang lebih tua dari Seri, jawab Seri. Kalau sebaya atau lebih muda, ermm, contohnya macam kau le Yazid, Seri kan lebih tua bulan dari kau, walaupun kita lahir tahun yang sama, jadi kau ni tak masuk dalam pilihanlah, sambung Seri lagi sambil tergelak kerana berpeluang mengusik Yazid.
Yazid hanya terdiam. Tetapi Seri masih ingat Yazid pernah bercerita padanya bahawa dia tidak kisah kalau berkahwin dengan perempuan yang lebih tua usia dari dia, malah sebenarnya dia berminat dengan perempuan yang lebih usia dari dirinya. Seri hanya gelak sahaja mendengar pendapat Yazid itu kerana agak pelik pula baginya mendengar pendapat sedemikian lahir dari pandangan dari seorang lelaki.
Sekarang Yazid bertemu jodoh dengan perempuan yang lebih muda darinya pula, bisik hati Seri. Ermm, pilihan emaknya, tentulah orang tua akan pilih yang lebih muda takkan pula pilih yang lebih tua pula, getus hati Seri lagi. Seri mengenangkan dirinya pula. Aku pula kebetulan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia dari usia aku, itupun kebetulan juga, sambungnya lagi. Wah, aku dapat yang 4 tahun lebih tua, Yazid dapat jodoh yang 4 tahun lebih muda, kebetulan juga itu, fikir Seri lagi.
Mungkin pengalaman Yazid mempunyai kakak ipar yang tidak jauh beza dengan umurnya sewaktu beliau masih bersekolah menengah dahulu, menyebabkan dia berminat untuk memilih wanita yang lebih tua dari usianya. Lagipun Yazid ini sebenarnya wataknya lebih matang dari rakan lelaki yang seusia dengannya, fikir Seri lagi. Memang Yazid suka mengusik dan nakal, tetapi sebenarnya dia matang di dalam berfikir, Seri mengulas perwatakan Yazid. Mungkin juga sebab itu aku tertarik kepadanya, fikir Seri lagi.
Namun menurut Yazid, kakak iparnya yang sangat baik dengannya itu sudah meninggal dunia kerana penyakit barah. Yazid memberitahu Seri bahawa dia merasa sangat kehilangan kakak iparnya itu kerana dia sudah menganggap kakaknya sebagai kakak kandung sendiri.Yazid hanya ada seorang kakak angkat yang mempunyai perbezaan umur yang sangat berbeza dengannya sahaja. Seri bersimpati dengan cerita Yazid itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Seri meninggalkan kafe tersebut setelah selesai menghabiskan makanannya. Tujuan Seri seterusnya ialah untuk ke perpustakaan, ada buku yang perlu dicarinya untuk dijadikan sebagai rujukan kepada penulisan tesisnya. Sekarang, masa yang cukup kritikal dan sesuai untuk menulis secara lebih terperinci tesis kajiannya kerana dia perlu mengejar masa yang semakin menghampiri ke penghujung pengajiannya.
Perjalanan ke perpustakaan itu menyebabkan Seri melalui kamsis yang pernah didudukinya dahulu selama empat tahun. Kamsis yang banyak menyimpan sejarah dia dan Yazid. Kamsis itu terletak di atas bukit dan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk sampai ke fakultinya yang berada di bawah bukit tersebut. Namun begitu, fakulti itu sudah berubah tempat dan berpindah ke tapak yang baru sekarang ini.
Memang Allah SWT sudah takdirkan begitu, sejak mula diterima masuk ke universiti itu, memang itulah kamsis yang ditawarkan kepadanya. Memang strategik kamsis itu, berdekatan dengan fakultinya, berdekatan dengan perpustakaan dan berdekatan dengan pusat pentadbiran universiti. Malah kafe kamsis tersebut juga terkenal dengan makanannya yang sedap dan murah.
Teringat Seri tentang seorang penebar roti canai di kafe kamsis tersebut yang selalu memberikan roti canai percuma kepadanya. Terasa gelihati pula mengenangkan hal tersebut. Mungkin dia terpikat dengan senyuman aku kot, getus hati Seri. Yazid selalu mengusik Seri dengan menyatakan Seri sengaja memikat penebar roti canai tersebut kerana mahu mendapat roti canai percuma.
Erm,..tak patut Yazid tuduh aku begitu, akupun malu juga sebenarnya, serbasalah dibuatnya, tetapi apakan daya, bukan senang nak pergi kafe lain, terpaksa juga aku pergi kafe tersebut kerana berada di dalam kamsis. Nasib baiklah penebar roti canai tu, tak lama kat kafe kamsis tersebut, lega rasanya bila dia dah tidak ada, Seri tersenyum mengenangkan peristiwa tersebut. Entah-entah Yazid cemburu kerana aku dapat perhatian istimewa dari abang roti canai tu kot, Seri membuat andaian.
Bagaimanapun, Seri merasa cukup bertuah kerana mampu untuk tinggal di kamsis tersebut sehingga habis pengajiannya. Ermm, mungkin kerana aku ni aktif juga dengan kegiatan kamsis lalu aku dibenarkan berada di kamsis sehingga tamat pengajianku, Seri berkata kepada dirinya.
Sebab itu Seri selalu mengingatkan kepada pelajar-pelajarnya supaya aktif dengan kegiatan kampus atau kamsis jika tidak mahu tinggal di luar kampus. Sebenarnya memang banyak keuntungan jika dapat tinggal di dalam kamsis jika dibandingkan dengan tinggal diluar. Pelbagai masalah perlu dihadapi oleh pelajar yang tinggal di luar kampus seperti masalah kewangan, masalah pengangkutan, masalah pergaulan, masalah persekitaran dan sebagainya. Mungkin ada yang menyatakan tinggal di luar kampus mengajar pelajar tersebut lebih berdikari. Sebenarnya, Seri berpendapat berdikari atau tidak berdikari itu bukan bergantung kepada sama ada pelajar itu tinggal di luar atau di dalam kampus. Berdikari itu pada pendapatnya jika seseorang pelajar itu mampu untuk menguruskan dirinya sebagai seorang pelajar universiti yang cemerlang baik dari segi peribadi, pelajaran, pergaulan dan sebagainya.
Ermm, akupun baik juga dengan pengetua kamsis tersebut, getus hati Seri. Ia sebenarnya berlaku secara kebetulan sahaja kerana Seri mengenali anak saudara kepada pengetua kamsis tersebut. Seri kenal dengan anak saudara pengetua kamsis tersebut sebelum dia memasuki universiti tersebut lagi. Kesian Azmi, aku ni memang tak tahu menghargai perasaan orang, getus hati Seri. Azmi, nama anak saudara pengetua kamsis tersebut dan Seri mengenalinya sewaktu beliau masih belajar di peringkat pra universiti lagi. Sebenarnya memang dia menaruh hati pada aku, cuma aku yang belum terbuka hati untuk menerima sesiapa lagi di waktu itu, bisik hati Seri lagi. Walaupun Azmi bersungguh-sungguh memperkenalkan keluarganya kepada Seri untuk menunjukkan dia serius terhadap hubungannya dengan Seri tetapi Seri terpaksa menolak dengan baik hasrat Azmi itu.
Di kamsis tersebut, Seri juga mengenali seorang pelajar yang bergiat aktif di dalam Rufaqa. Dari situlah dia berjinak-jinak mengikuti perkembangan Rufaqa. Sebenarnya Seri sudah mula membiasakan diri dengan membaca buku-buku yang ditulis oleh pemimpin Rufaqa iaitu Ustaz Ashaari Muhammad semenjak di bangku sekolah lagi. Dari situ dia mengenali dan mengkaji minda-minda dan prinsip-prinsip perjuangan yang dilagangkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad. Walaupun pelbagai kontroversi yang melanda perjuangan dan kepemimpinan Ustaz Ashaari Muhammad, Seri tetap yakin apa yang diperjuangkan beliau adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah dan tidak seperti yang selalu digembar-gemburkan di dalam media massa. Itu yang pentingnya kajian yang berterusan dan melatih akal untuk berfikir secara rasional dan logik, supaya kita mampu mempunyai pendirian sendiri dan tidak bertaklid buta sahaja kepada apa yang orang lain kata. Seri berpendapat, di akhir zaman ini, kemantapan ilmu itu banyak menyumbang kepada keteguhan pendirian dan keyakinan kita terhadap sesuatu fahaman yang diterimapakai.
Bagaimanapun Seri berfikir kita perlu mengakui keterbatasan akal di dalam beragama. Ini kerana akal bukan untuk mencipta perundangan, sistem, ideologi atau cara hidup bagi manusia. Itu semua telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran dan As Sunnah. Allah mengurniakan akal untuk manusia melaksanakan segala suruhan dan hukum hakam yang sudah Allah tetapkan.
[quote]Justeru itu, peranan roh dan hati mesti ditingkatkan. Roh yang lemah mesti dikuatkan. Jiwa yang mati mesti dihidupkan. Hati yang buta mesti dicelikkan. Kalau rohani lemah, akal akan menuntut kebebasan. Akal yang bebas akhirnya akan dipengaruhi oleh nafsu. Gandingan akal dengan nafsu ini ibarat api yang menyemarak di hutan yang kering. Selagi ada hutan, selagi itulah dia akan membakar. Lebih tebal hutan, lebih semarak lagi apinya.
Akal sebenarnya sangat berbahaya kepada manusia terutama kalau ia dilepas berperanan secara bebas tanpa kawalan. Akal yang tidak terkawal akan menafikan perkara ghaib termasuk Akhirat. Malahan di hujungnya nanti, akal akan menafikan Tuhan. Akan digantikannya Akhirat dengan dunia dan Tuhan itu dengan 搉ature |
|
|
|
|
|
|
|
Seri memandu sendirian sepanjang perjalanan balik dari perpustakaan menuju ke rumahnya. Jauh juga sebenarnya, kerana perjalanan antara rumahnya ke universiti memakan masa hampir 1 jam. Bagaimanapun memandangkan dirinya merupakan pelajar pascasiswazah maka Seri tidak perlu berada setiap hari di fakulti. Selalunya beliau menggunakan bilik yang diperuntukan di tempat dia bekerja yang hanya memakan masa 20 minit sahaja dari rumahnya memandangkan bilik tersebut masih boleh digunakan kerana beliau hanya bercuti sambil belajar sahaja. Apa yang disusahkan selagi ada talian internet untuk aku akses maklumat dan melakukan kerja-kerja secara elektronik maka di mana-manapun tidak menjadi halangan, lainlah kalau aku melakukan kajian di dalam makmal sains seperti kawan aku si Norizah tu, patut sangatlah kena datang tiap-tiap hari untuk mengawasi bahan kajiannya, getus hati Seri.
Melihat daun-daun kering di pertengahan jalan yang berterbangan ditiup angin sewaktu tayar kereta melaluinya menimbulkan satu pandangan yang menarik di perasaan Seri. Melihat daun-daun yang berguguran dari pepohonan sambil meliuk lintuk di tiup bayu lembut juga pada Seri sungguh mensyahdukan pandangannya. Melihat rentak dedaunan dan ranting dipohon yang ditiup angin juga sungguh mengasyikkan hatinya. Ermm, semasa kecil dulu aku ada banyak masa untuk bersendirian, mungkin sebab itu aku peka dengan perkara-perkara sedemikian, bisik hati Seri.
Teringat Seri pada kegemarannya dari semenjak kecil berjalan-jalan di pesisiran pantai di waktu petang. Dia suka melihat laut yang luas terbentang seakan tidak ada sempadan dek kerana luasnya. Melihat ombak yang berkilau-kilau kemerah-merahan di sinari cahaya matahari petang, bagaikan melihat jalinan sutera yang terlakar indah di kanvasnya. Ermm, alam banyak mengajar manusia untuk memperhaluskan jiwa, bisik hati Seri. Orang melayu zaman silam halus budi bahasanya dan mempergunakan bahasa alam untuk menjadi perlambangan maksud ucapan mereka. Lihat sahajalah pantun, pepatah, syair dan puisi melayu yang penuh dengan perlambangan-perlambangan bahasa alam. Ermm, aku bertuah kerana dilahirkan sebagai orang melayu, getus hati Seri.
Teringat Seri pada kawan sekelas sewaktu di sekolah menengah yang selalu mengusiknya.Seri, kau ni keturunan Jepah ke?, usik kawannya itu. Apa jepah?, Kau biar betul, Lin, kata Seri pada kawannya. Ye le, Jepah, campuran Jepun dan Pahang jadilah Jepah, jelas kawannya sambil ketawa. Tersenyum Seri mengingatkan usikan kawannya itu. Dia teringat kepada wajah Sofea Nafisah, memang muka anaknya bukan seperti muka melayu yang biasa. Rupa Sofea ni lebih kurang muka aku juga, patutlah kawan aku kata aku keturunan Jepah, Seri mengiakan pandangan kawannya itu.
Malah di dalam buku autograf yang disimpannya sebagai tandamata kenangan dari kawan-kawanpun, kawannya si Lin itu masih mengusiknya dengan menyatakan Seri kalaupun selepas SPM ini kita mungkin tidak akan berjumpa lagi kerana masing-masing sudah mengikut haluan masing-masing tetapi Lin rasa tidak akan melupakan rupa mu yang keturunan Jepah itu. Sempat juga si Lin mengusik aku dalam autograf, Seri tersenyum. Berita terakhir yang didengarnya Lin melanjutkan pelajaran ke UK dan kini juga sudah berkahwin dan tinggal di Negeri Sembilan.
Kenangan memang indah. Biarpun tidak semua kenangan itu manis, malah ada juga yang pahit tetapi ia tetap kenangan yang indah bagi Seri. Semasa kecil aku memang nakal, getus hati Seri. Teriingat dia pada kisahnya yang terjatuh dari tangga dan terus terlanggar dinding batu di rumahnya, mengakibatkan dahinya terluka dan terpaksa dijahit sebanyak 11 jahitan. Gara-gara mencari helikopter mainannnya yang berada di tingkat bawah, dia tidak tersedar kakinya melompat turun dengan laju lalu terjelepok jatuh dan bergolek jatuh ke bawah. Padan muka aku kena jahit tanpa dibius sebab luka itu dikepala, jadi doktor tidak dapat menyuntik biusnya di situ, Seri berkata dalam hatinya. Dia teringat darah dikepalanya keluar dengan sangat banyak dan semasa kepalanya dijahit dia meronta-ronta supaya dilepaskan. Dalam sakitpun, aku masih degil juga rupanya, kata Seri lagi. Sofea Nafisah,tidak senakal aku sewaktu kecil, Seri menilai perangai anak perempuannya.
[ Last edited by serihartatie at 21-6-2006 10:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang perjalanan balik Seri bersendirian, kerana merasa sunyi tanpa halwa telinga beliau memasang radio di dalam keretanya. Kebetulan sewaktu dia memasang itu lagu Suatu Masa dendangan M. Nasir berkumandang. Itu lagu kesukaannya. Pada pendapat Seri, lagu tersebut antara masterpiece karya M.Nasir. Sewaktu lagu itu popular dia masih terlalu kecil lagi untuk mengingatinya tetapi dia mula mengetahui tentang lagu itu apabila pertama kali mendengarnya di radio. Memang aku suka dengar lagu lama, malah aku pernah diketawakan oleh kawan-kawan kerana selalu membeli kaset lagu-lagu lama terutama lagu-lagu Inggeris, getus hati Seri. Yazidpun suka dengar lagu lama juga, Seri terkenangkan Yazid. Dia kata dia suka sekali dengar lagu Frank Sinatra, lagu My Way.
Ermm, Yazid sekarang berada di Malaysia, tetapi walaupun tidak jauh dari tempat aku tinggal, tak pula terjumpa dia dimana-mana, fikir Seri. Agak-agak kalau aku terjumpa Yazid, apa aku ndak buat yer? Berani ke aku menegur dia?, Seri bertanya pada hatinya sendiri.
Teringat Seri cerita Yazid mengenai kesunyian hatinya sewaktu berada keseorangan di luar negara sewaktu melanjutkan pelajaran di situ dahulu. Di universiti itu, dia tinggal di apartment yang disediakan oleh universiti tempat beliau belajar tersebut. Ia memudahkan beliau berulangalik dari tempat tinggalnya ke fakulti. Lagipun jika menyewa diluar, harga sewa sangat tinggi memandangkan universiti tempat dia belajar itu bertempat disebuah bandar yang besar dan moden.
Boleh dikatakan tiap-tiap petang Yazid akan pergi ke sebuah kolam yang mengadap sungai yang mengalir di bandar metropolitan berhampiran dengan universiti tempat dia belajar itu, bersendirian dan mengelamun. Yazid pernah menghantar kepada Seri gambar pemandangan tempat tersebut. Menurut Yazid, kalau waktu senja pemandangan dari atas bukit yang ada keretapi itu sungguh cantik kerana boleh melihat keseluruhan bandar tempat dia tinggal itu. Memang cantik tempat itu seakan ingin Seri turut serta menemani Yazid di sana waktu itu tetapi apakan daya jarak memisahkan mereka begitu jauh. Ermm, walau jauh, walau dekat sekalipun, aku tak mungkin dapat menemani Yazid, bisik hati Seri.
Teringat Seri mengenai sajak yang pernah dihantarkannya kepada Yazid sewaktu diperantauan dahulu. Sajak itu masih dalam simpanannya malah segala emel yang dihantarnya kepada Yazid sepanjang masa dua tahun itu tetap disimpan di dalam folder emelnya.
Aku tahu teman,
Ada kolam hati yang terusik rasa
Tatkala mengimbau kenangan lama
Terasa masih berputik kuntuman kasih
Yang tercicir di perjalanan yg melelahkan ini
Namun teman,
Usah diimbau memori itu
Sendunya amat melesukan
Mengintai keresahan yang tidak berpenghujung
Harapan yang tidak bersempadan
Hidup ini teman,
Kita yang melayarkan bahteranya
Jika kita kalah di dalam mengemudikannya
Tersalah haluan menongkah arus
Lantaran
Kerikil-kerikil kenangan lama
Menjadi penghalangnya
Pastilah..
Kita ibarat pelayar yang tidak layak digelar pelayar
Bahtera hidup harus diteruskan
Biar badai dan kerikil menjadi penghalang di
perlayaran ini
Kelak di sana
Di atas sebuah kekuatan hati
Kita bisa melihat
Betapa indahnya dataran hijau yang sudah lama
ditinggalkan
Betapa awan juga tetap biru di dataran itu
Dan di saat itu,
Tika pelayar melabuhkan bahteranya
Ia akan tersenyum
Kerana ia tahu
Redha itulah penawar kepada kelelahannya
Di sepanjang pelayaran itu
Seri sendiri sekarang tidak mengerti apakah sajak itu untuk Yazid atau dirinya ketika ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung minggu itu Seri diminta pertolongan oleh kawannya Mawar untuk menjadi pengacara majlis di sebuah pelancaran buku Ustaz Ashaari Muhammad yang terbaru. Sebuah buku yang mengkhususkan mengenai ilmu tasawuf. Sambutan yang diterima oleh masyarakat luar sungguh menggalakkan. Mungkin kerana tempat majlis perlancaran tersebut strategik dan bersempena dengan Ekspo Buku yang menjadi kegemaran masyarakat yang cintakan ilmu.
Di dalam membentangkan ilmu berkaitan dengan tasawuf in, Ustaz Ashaari Muhammad telah menjelaskannya dengan bahasa yang mudah dan tidak menyusahkan pembaca memahaminya. Selalunya buku-buku yang berkaitan dengan ilmu tasawuf ini agak berat untuk dibaca dan difahami tetapi lain pendekatannya dengan kaedah penyampaian yang dibawa oleh Ustaz Ashaari Muhammad. Seri teringat kata-kata Profesor penyelia PhDnya bahwa semakin tinggi dan mantap serta mendalam ilmu seseorang itu mengenai sesuatu bidang maka kita akan dapati seseorang itu akan berupaya dan mampu menerangkannya dalam bentuk yang mudah dan senang difahami. Seri berpendapat Ustaz Ashaari Muhammad termasuk dalam golongan yang disebut oleh Professornya itu.
Majlis berjalan dengan lancar dengan ahli panel yang membicarakan mengenai buku tersebut kesemuanya terdiri daripada ahli-ahli akademik yang datang dari pelbagai bidang. Seorang daripadanya adalah pensyarah usuluddin di Fakulti Dakwah salah sebuah universiti di Indonesia.Seri tertarik dengan kajian tesis Doktor Falsafah beliau yang menyelami dan mengkaji Dakwah dan Kaedah Perjuangan Ustaz Ashaari Muhammad. Dengan tesis kajian tersebut beliau berjaya memperolehi PhDnya. Tentu kajian yang dilakukan oleh beliau sangat mendalam, kalau tidak masakan boleh diterima di peringkat PhD, getus hati Seri.
Begitulah adat manusia ini, satu figur yang sangat dikenali dan dihormati di luar negara kerana dakwah dan perjuangannya mengembalikan maruah Islam tetapi terasing dan diasingkan di negara sendiri, memang licik musuh Islam memainkan peranannya ibarat dalang yang bermain dibelakang tabir dan yang berperanan untuk menjadi pemain watak-watak bikinan musuh islam itu adalah orang Islam sendiri, bisik hati Seri.
Entah-entah Yazidpun ada datang menghadiri ekspo tersebut kerana ia dijalankan di KL, Seri terkenangkan Yazid. Yazidpun suka membaca tentu kalau dia ada kelapangan, pasti dia akan hadir ke ekspo tersebut. Entahlah kalau dia hadirpun, tentu aku tidak perasan, sebab sibuk memastikan majlis perlancaran berjalan dengan lancar. Bukan senang menjadi pengacara majlis kerana ia bukan ikut skrip yang tetap, ada sahaja perubahan-perubahan yang berlaku di saat-saat akhir dan tugas pengacara majlislah untuk mengawal agar majlis berjalan dengan lancar, getus hati Seri.
Ermm, entah-entah Yazid sudah tidak ada di Malaysia lagi, Seri membuat andaiannya sendiri. Sejak Yazid mengikut fahaman Syiah itu, dia pernah menyatakan kepada Seri akan rasa terasingnya dia di negara sendiri. Yazid lebih suka berada di luar negara bersama-sama dengan mereka yang sefahaman dengannya kerana di Malaysia ini Syiah terikat dan terkongkong dalam banyak hal. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat Seri mengenai perbualannya dengan Yazid suatu ketika semasa mereka sama-sama balik dari fakulti ke kampus. Yazid bertanya kepadanya, Seri, mengapa kau suka dipanggil Seri, nama kau kan Seri Aliahani, mengapa tak mahu dipanggil Hani ke, Alia ke, Yazid menyoalnya.
Seri teringat jawapannya terhadap soalan Yazid. Seri suka dipanggil Seri kerana Seri suka menyerikan hati orang lain, jawabnya sambil tergelak. Mengapa Yazid tak suka panggil Seri, sebagai Seri ke? sambungnya lagi.
Kalau panggil Hani ke, kan best tu, honey tu kan panggilan manja, orang putihpun selalu guna nama tu, jawab Yazid kepadanya. Cam tu carilah girlfriend atau isteri Yazid nanti nama Hani ke, atau ada anak nanti beri nama Hani, kalau suka sangat nama Hani tu, jawab Seri lagi.
Eh, kalau Seri ada anak, Seri nak beri nama apa, tanya Yazid pula kepadanya. Seri suka nama Nafisah, ambil sempena nama Saidah Nafisah seorang ahli sufi perempuan yang sezaman dengan Saidatina Fatimah, Saidah Nafisah ini keturunan ahlulbait juga, jawab Seri. Memang betul rupanya angan-anganku itu, bila anakku lahir, aku dan Aiman memberikan namanya sebagai Sofea Nafisah, Seri memikirkan semula akan angan-angannya yang telah menjadi kenyataan.
Mungkin Yazidpun sudah mempunyai anak sekarang, adakah dia juga mendapat anak perempuan seperti aku? Seri terfikir akan kemungkinan itu. Kalaulah dia teringat kisah-kisah lama dulu, mungkin dia juga akan berikan nama anaknya sebagai Hani atau Alia juga, ermm..tak mustahil, getus hati Seri.
Yazid sebenarnya seorang yang pendiam, sukar untuk orang yang baru mengenali dirinya untuk mengenali peribadinya yang tersembunyi disebalik sikapnya yang pendiam itu. Dia akan menjadi seorang teman yang sangat menceriakan apabila dia merasa selesa dengan seseorang itu, kalau tidak mungkin seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam mentafsirkan sikap Yazid yang kadang-kadang kelihatan dingin itu dan bersikap seperti tidak ambil kisah. Tetapi sebenarnya dalam diamnya, Yazid suka mengusik dan kadang-kadang nakal dan suka menyakat.
Yazid sebenarnya begitu perihatin cuma kadang-kadang bermasalah untuk menunjukkan keperihatinannya itu. Kalau yang tidak begitu kenal dengan sikapnya itu, tentu akan berkecil hati dengannya. Seri harap isteri Yazid akan memahami sikap Yazid itu dan tidak menganggap sikap Yazid yang tidak pandai menunjukkan perasaan itu sebagai sikapnya yang sebenar.
Teringat Seri mengenai cerita Yazid semasa zaman persekolahannya dahulu. Tentang minatnya melukis dan menulis sajak. Nakal juga si Yazid ni rupanya, dalam macam tu, boleh tahan juga dia mengorat masa sekolah dulu, teringat Seri cerita Yazid tentang beberapa kawan sekolah perempuan yang meminatinya diri Yazid. Lain dengan sikap aku, aku ni memang ceria dan suka bercakap juga, tetapi aku mungkin lebih naif dari dia masa sekolah dulu, getus hati Seri. Bagaimanapun, naif-naif akupun, ramai juga yang meminati aku, hehehe, Seri tergelak mengenangkan kisah-kisah semasa dia bersekolah dahulu.
Tetapi dengan aku dulu mengapa Yazid begitu naif, sehingga aku cuma tahu dia meminati aku setelah kami sudah tidak bersama lagi. Seri bertanya pada dirinya. Mungkin sebab sikap aku yang tidak menunjukkan sebarang respon pada perhubungan kami agaknya, Yazid jadi malu untuk berterusterang. Kalau tidak mungkin, aku dah ikut Yazid melanjutkan pelajaran ke luar negara juga, dan masih tetap bersama sehingga sekarang, Seri cuba membuat andaian.
Itulah yang dikatakan jodoh, memang aku tidak ada jodoh dengannya, walaupun sama-sama meminati antara satu sama lain, tetapi takdir telah menentukan kami tidak akan bersama, maka sedemikianlah jadinya ketentuan Tuhan, getus hati Seri, cuba memberi jawapan kepada persoalan yang dia sendiri yang mewujudkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Petang itu Seri berada di ofis yang disediakan untuknya oleh fakulti tempat dia mengajar. Walaupun dia belajar di universiti yang berlainan tetapi universiti di mana dia bekerja memberikan ruang untuk tetap menggunakan kemudahan di tempat beliau bekerja dengan menyediakan bilik yang khusus. Bagaimanapun, dia diminta untuk berkongsi bilik tersebut dengan seorang lagi rakan sekerjanya.
Kebetulan pada petang itu, kawan sebiliknya ada bersama. Sudah lama Seri tidak berkesempatan untuk berada bersama-samanya pada waktu yang sama. Masing-masing sibuk dengan aktiviti yang berbeza dan kesempatan untuk terserempak dalam masa yang sama agak tipis.
Kawan sebiliknya pada hari itu kelihatan ceria. Mereka bercerita dengan riangnya perkembangan diri masing-masing, tentang keluarga, tentang anak, tentang kerjaya, dan hal ehwal semasa. Kawannya memberitahu kedua ibu bapanya akan datang ke rumahnya pada musim cuti sekolah nanti. Beliau sudah membelikan tiket untuk kedua ibu bapanya datang melawat cucunya. Nur Alia Abdullah adalah nama kawan sebiliknya. Beliau berbangsa Tionghua tetapi telah memeluk agama Islam semenjak belum berkahwin lagi iaitu ketika masih belajar di universiti lagi. Kedua ibu bapanya masih beragama Buddha, hanya kawannya seorang di dalam keluarganya yang telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu islam.
Pada mulanya keluarga kawannya itu memberi penentangan tetapi lama-kelamaan dengan kesabaran yang tinggi dia mampu mengembalikan keharmonian perhubungan dirinya dengan keluarga walaupun masih berlainan agama. Betapa indahnya kasih sayang yang diwujudkan dalam hati manusia oleh Allah SWT.
Cinta dan kasih sayang itu adalah fitrah dan ia melangkaui sempadan fahaman dan bangsa. Betapa dengan cinta dan kasih sayang itu jika sekiranya ia melata mengikut fitrah manusia itu diciptakan oleh Allah SWT maka tidaklah ada lagi peperangan dan permusuhan di muka bumi ini. Semua manusia tanpa mengira fahaman, bangsa dan agama akan hidup bersama aman damai. Ia tidak mustahil getus hati Seri. Lihat sahaja kawannya walaupun berlainan agama tetapi cinta dan kasih sayang itu tidak pernah pudar kepada kedua ibu bapa dan keluarganya. Begitu juga kedua ibu bapanya menyayangi dirinya seperti dahulu juga.
Seri teringat kepada Yazid. Ya, aku masih tetap menyimpan perasaan yang sama kepada Yazid walaupun aku dan dia berlainan fahaman. Aku harap Yazid tetap Yazid yang sama, yang tetap mampu menyayangi sesama insan tanpa mengira fahaman dan bangsa.
Seri terkenang sebuah forum yang dilayarinya di dalam internet, mengenai perdebatan antara yang berfahaman Syiah dengan berfahaman ASWJ. Dia terkejut apabila membaca salah satu posting yang dihantar oleh forumner yang berfahaman Syiah dengan menyatakan orang Islam yang berfahaman selain dari Syiah adalah busuk dan menjijikkan (stink) malah ada hadis Syiah yang dibacanya menyatakan halal darah orang selain dari Syiah untuk dikorbankan. Mengapa begitu sekali mereka berkata?, Seri merasa cukup sedih dengan situasi tersebut. Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk menegakkan agama Islam dengan senjata dan permusuhan.
Aku harap Yazid masih tetap Yazid yang dulu, yang sangat penyayang dan begitu menghormati orang lain walaupun dia kini berfahaman Syiah. Seri tidak dapat membayangkan sekiranya Yazid yang berkata sedemikian. Jika sudah begitu, tentu Yazid juga menganggap aku sedemikian rupa, aku berfahaman ASWJ, busuk dan kotor dalam pandangan Syiah, sudah tentu kini dia bukan lagi Yazid yang aku pernah kenal suatu ketika dulu, tidak mengapalah kalau aku yang dianggap begitu kerana aku tidak ada ikatan dengannya tetapi bagaimana dengan keluarga beliau yang masih berfahaman ASWJ, adakah busuk dan kotor jugakah mereka dalam pandangan Yazid sebagai seorang Syiah, ibu nya yang sudah meninggal, bapanya yang sudah tua dan adik beradiknya itu adakah hina juga pada pandangan dia?, Seri sedih memikirkan kemungkinan itu.
Kalau benarlah sedemikian, apakah yang telah berlaku ke atas dirinya, bukankah sesuatu fahaman yang diikut itu jika benar berada di jalan Allah dan RasulNya akan melahirkan individu yang berakhlak dan berkasih sayang sesama makhluk Allah?, Seri bertanya kepada hatinya. Jelas sekali dalam hadis rasulullah SAW mengenai hal ini, yang bermaksud :
[quote]
Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika mengkaji sejarah perjuangan baginda, Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk berkasih sayang malah Islam itu agama yang selamat dan menyelamatkan. Tidak pernah Rasulullah SAW membunuh seorang manusiapun walaupun di dalam peperangan kerana menurut baginda, Jika kubunuh mereka, mana tahu nanti anak cucu mereka akan menganut Islam, halus sekali akhlak baginda terhadap sesama insan lantaran kasihnya baginda kepada umat manusia di dunia ini.
Peristiwa di mana baginda dibaling batu hingga berdarah oleh masyarakat Taif menjadi satu contoh di atas kehalusan akhlak baginda. Biarpun Jibrail menawarkan untuk menghancurkan masyarakat Taif kerana begitu berakhlak buruk dengan Rasulullah SAW tetapi baginda sebaliknya mendoakan semoga keturunan masyarakat Taif ketika itu akan masuk islam juga suatu ketika nanti, dan doa baginda itu dimakbulkan Allah SWT.
Begitu murni dan hebatnya Rasulullah memberi panduan kepada umatnya. Tetapi sayangnya umat Islam kini berpecah dan tidak bersatu padu malah turut berperang sesama sendiri. Kemunduran umat Islam bukan salah Islam itu atau salah musuh Islam, tetapi kerana kelemahan umat Islam sendiri. Seri begitu sedih mengenangkan fenomena itu.
Mengalir air matanya mengenangkan betapalah kasihnya Rasulullah SAW kepada umatnya tetapi di saat ini umat Islam ramai yang melupakan panduan yang telah Rasulullah tinggalkan. Mereka hanya mengikut syariat sahaja tanpa mengambil roh amalan itu sendiri. Sedangkan yang menghidupkan amalan adalah rohnya iaitu inti patinya atau isinya atau hakikatnya sedangkan syariat atau fikahnya itu adalah amalan lahir.
Dalam ASWJ, syariat (fikah) dan hakikat (tasawuf) itu penting. Ia melengkapi ketauhidan (akidah). Syariat dan hakikat adalah cabang dari akidah. Atau selengkapnya lagi menurut ASWJ, tertib untuk mengamalkan ajaran islam disusun bermula dari syariat, tareqat, hakikat dan makrifat. Ertinya dimulakan dengan syariat, kemudian bertarekat, seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat. Semuanya saling berhubungan. Jika dibincangkan dalam bahasa bandingan. Mula-mula kita semai sebiji benih. Kemudian ia tumbuh menjadi sebatang pokok. Pokok itu akhirnya berbuah dan buah itu apabila masak memberikan kita kesedapan rasanya, yang tidak dapat kita ceritakan pada orang yang tidak memakannya. Maka biji benih itu umpama syariat, menanam pokok itu umpama tarekat, buah itu umpama hakikat dan rasa buah itu umpama makrifat. Semuanya saling melengkapi, perlu memerlukan, sandar menyandar dan mesti berjalan seiring. Jika dipisah-pisahkan maka cacatlah amalan seseorang itu. Imam Malik rhm pernah berkata, maksudnya
Barangsiapa berfekah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat) maka ia jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa fikah (syariat) maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar). |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|