View: 8108|Reply: 30
|
--- DR FAZLEY YAACOB ----
[Copy link]
|
|
saya nak letak satu article about FAZLEY kat sini -- dan ini bukan pasal phd palsu or apa..
ini ialah pencapaian dia --- dalam bidang pendidikan di samping bidang seni juga...
kalau dah ada cerita mengenai FAZLEY - mod boleh mergekan - tapi kalau tak ada lagi -
kita boleh letak posting mengenai FAZLEY kat thread ni...
thanks guys..
[ Last edited by dexa at 11-3-2007 01:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
FIC bukti kesungguhan Fazley
Wahida Asrani
Nampaknya semangat untuk mendidik masyarakat semakin berkobar-kobar di dalam diri penyanyi yang popular dengan lagu Kerna Asmara
Berbekalkan pencapaian akademik yang diperolehinya, Dr Ahmad Fadzli, atau lebih dikenali dengan nama Fazley sudah mula berjinak-jinak dengan bidang motivasi sebagai penceramah buat pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti sejak lima tahun lepas.
"Sebenarnya, FIC ditubuhkan hasil pengambilalihan sebuah
kolej. Saya rasakan lebih baik mengambil-alih dari memulakan
semuanya semula dari awal" Fazley mengenai kolejnya
(Foto: Utusan)
Namun, bagi jejaka yang menjadi salah seorang tunggak utama kejayaan konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall London tahun lepas, mendidik dengan memberikan motivasi semata-mata tidak cukup memberikan kepuasan kepada dirinya.
Lantas, hasil usaha dan azamnya itu, disamping sokongan padu dari keluarga, lahirlah Fazley International College (FIC) atau Kolej Antarabangsa Fazley bertempat di Semua House, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
"Sebenarnya, FIC ditubuhkan hasil pengambilalihan sebuah kolej. Saya rasakan lebih baik mengambilalih dari memulakan semuanya semula dari awal.
"Kemudian kami lakukan penjenamaan semula kepada Fazley International College sebaik mendapat kelulusan dari pihak Kementerian. Setakat ini, baru lancarkan nama kolej saja, pelancaran sebenar kolej ini nanti akan dilakukan sebaik selesai kami jalankan program-program lain dulu.
"Dan insyaallah, selepas ini Fazley akan dijadikan sebuah jenama pendidikan yang berkemungkinan bakal mengeluarkan barangan-barangan seperti alat tulis dan beg sekolah," ujar Fazley yang bertindak selaku Pengarah Eksekutif kolej tersebut.
Menurutnya, semua itu mungkin akan dijalankan dalam jangka masa enam bulan lagi sebaik proses permohonan bagi pengstrukturan semula kolej itu selesai.
Lebih menarik, penyanyi yang berusia 28 tahun ini juga turut mencipta tagline sendiri untuk jenama Fazley iaitu Fostering A Zeal for Lifelong Education through You yang bermaksud "memupuk semangat pendidikan sepanjang hayat melalui anda".
"Ok tak tagline tu? Saya ambil masa lebih kurang seminggu untuk cipta. Boleh faham kan?," tanyanya kepada penulis, yang nyata masih kekal dengan sikap rendah dirinya itu.
Bercerita mengenai impian untuk menubuhkan kolej sendiri, Fazley memberitahu semuanya tercetus sejak dia tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lagi.
"Sebaik dapat keputusan yang baik waktu SPM dulu, terus terpacul idea untuk mengajar orang untuk cipta kejayaan.
"Memanglah, orang mungkin akan kata macam-macam. Orang yang nak pergi ke bulan dulu pun dikatakan gila, tapi akhirnya dia berjaya juga. Sebenarnya, semua perkara bergantung kepada impian kita sendiri dan bagaimana kita mahu merealisasikan impian itu," tambahnya .
Menurut Fazley lagi, apa yang dilakukannya ini bukanlah untuk mendapatkan populariti, tetapi adalah kerana niat untuk memupuk semangat cintakan pendidikan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda.
"Dengan status sebagai artis, saya rasa ini memberi peluang kepada saya untuk tarik anak-anak muda kepada pendidikan, sebab kita sedia maklum artis sering dijadikan idola.
"Saya mahu tunjuk kepada mereka, jika saya boleh jadi artis dan masih boleh teruskan belajar, kenapa mereka tidak? Dan saya sebenarnya kagum juga dengan Mawi yang menjadi idola anak-anak Felda.
"Saya bangga kerana Mawi gunakan statusnya sebagai idola masyarakat dengan memberi ceramah dan cuba yakinkan mereka tentang bahayanya dadah.
Namun, walaupun sibuk dengan bidang ini, Fazley menafikan sudah tidak mahu meneruskan dengan kerjaya nyanyiannya.
"Insyaallah dalam masa 10 tahun lagi, saya harap saya akan dapat wujudkan sebuah yayasan yang boleh bantu pelajar-pelajar yang ingin buat business sendiri satu hari nanti
"Dan kalau boleh, saya juga mahu kolej ini nanti dapat naik taraf kepada kolej universiti," kata Fazley penuh bersemangat.
[ Last edited by dexa at 19-8-2006 05:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
DR FAZLEY --
Pencapaian
Memegang Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan dari European Business School UK dan kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang di University of London. Beliau merupakan Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Putra World Trade Centre, Pengarah Eksekutif Fazley International College dan Pengarah Urusan Seri Anjangsari Production Sdn. Bhd. Beliau melaksanakan kerja-kerja motivasi beliau di seluruh negara untuk pelajar sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti dari tahun 1997 hingga sekarang. Kini beliau mempunyai kolum motivasi bersama Dr.Fazley di dalam majalah E-Baca dan Mangga serta dalam proses menyiapkan sebuah buku motivasi remaja.
Dalam bidang hiburan, beliau telah menghasilkan 3 buah album dan telah berlakon dalam 3 buah filem. Turut menjadi tunggak kepada kejayaan Siti Nurhaliza In Concert at the Royal Albert Hall London, sebuah konsert bersejarah buat industri muzik Malaysia. Beliau juga telah dianugerahkan gelaran Belia Cemerlang Negara pada tahun 2004.
--------------------------------------------------------
saya rasa - patut ramai lagi murid2 sekolah - or
artis2 muda yang cuba ikut jejak langkah dia berjaya
di dalam akademik -- macam ni -- well kalau tak
setinggi tu -- tapi still -- setakat tinggi yang mampu..
ke peringkat university... |
|
|
|
|
|
|
|
gamba fazley kat rumah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Fazley bawa diri ke London?
SEPANJANG seminggu ini, kotak e-mel Zubir penuh dengan cerita mengenai perkahwinan Datin Siti dan Datuk K. Rata-rata banyak yang memuji, selain memberikan ucapan tahniah. Ada juga e-mel yang berbau negatif, biasalah nak buat macam mana. Namanya pun manusia.
Namun, dalam banyak-banyak kiriman e-mel itu, Zubir tertarik dengan e-mel yang menceritakan perihal Dr Fazley Datuk Yaakob, penyanyi, pengacara dan bekas pakar motivasi Akademi Fantasia 4 (AF4). Kiriman berkenaan datangnya daripada rakyat Malaysia yang kini menetap di London.
揨ubir, pada 20 Ogos lalu, saya ternampak Dr Fazley di Oxford Street, London. Sedang bersiar-siar bersama seorang teman. Tapi, temannya macam bukan artis, orang biasa.
Esoknya, 21 Ogos, hari pernikahan Siti dengan Datuk K. Jangan-jangan Fazley merajuk tak Zubir, tak mampu menahan sebak tengok Siti kahwin? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
pencapaian fazley dalam bidang seni? rasanya takde kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 27-8-2006 06:19 PM
pencapaian fazley dalam bidang seni? rasanya takde kot.
u niiii ---- oopps :nyorok:
mungkin saya silap tu --
saya tak bermaksud macam pencapaian bagus dalam bidang seni
tapi mungkin contribution dia??
bila dia ada knowledge -- belajar tinggi2...
sampaikan apa yang dia belajar tu ke bidang seni..
silap saya -- kalau saya kata dia ada capai apa2 di bidang seni...
*nampak saje - budak sebijik ni... :jeling: |
|
|
|
|
|
|
|
Bila April Dr Fazley dibongkar peminat
Oleh Zubir Mohd Yunus
ISU merajuk penyanyi, pengacara dan bekas pakar motivasi Akademi Fantasia 4 (AF4), Dr Fazley Datuk Yaakob kerana pernikahan Datin Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid, baru-baru ini, nampaknya belum lagi reda apabila Zubir terus menerima kiriman e-mel daripada seorang warga negara Malaysia yang kini menetap di London.
Menurut cerita sumber berkenaan, Fazley dilihat bersiar-siar di Oxford Street, London pada 20 Ogos lalu bukan kerana dia merajuk apabila Siti bernikah dengan orang lain pada keesokan harinya (21 Ogos), sebaliknya dia berada di London ketika itu atas urusan kolejnya, sekali gus menemui buah hatinya yang dikatakan menetap di London juga. Tapi, bukan Minah Salleh tapi gadis Melayu berusia lewat 20-an.
Tambah sumber itu, Fazley dan kekasihnya sudah genap setahun empat bulan berkenalan dan kini mereka masih di peringkat mengenali hati budi masing-masing, sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.
Baguslah, Fazley pun sudah masuk 28 tahun, ada kelulusan tinggi, pangkat besar, ada personaliti menarik, baik budi bahasa, kalau semua cun, eloklah dipercepatkan perkara yang elok.
"Fazley khabarnya melamar kekasihnya itu pada 1 April tahun lalu. Jadi lagu Bila April itu ditujukan khas buat kekasihnya itu. Kebanyakan lagu dalam album baru Fazley memang ditujukan kepada kekasihnya," kata sumber itu lagi.
Zubir cuba menghubungi Fazley untuk mendapatkan pengesahan, namun sehingga cerita ini ditulis, nada dering telefon bimbitnya seperti Fazley sedang berada di luar negara, SMS pun belum dibalasnya lagi.
Pun begitu, Zubir sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fazley, mudah-mudahan cinta Fazley kali ini berakhir di jinjang pelamin, insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya x berapa suka nyanyiannya...tapi it's good kalau artis boleh versatile lagi macam dia. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la dijadikan ikon.........
.....tapikan lagu2 dia..huwawawa...syahdu2 je...tak tahan den |
|
|
|
|
|
|
|
Fazley juga buat buku
Lama tidak mendengar berita penyanyi lagu Asmara Ini, Fazley Yaacob. Ada dalam kalangan wartawan yang berteka-teki mungkin penyanyi itu membawa diri semasa majlis perkahwinan Siti Nurhaliza baru-baru ini?
Pada masa itu sukar untuk menghubungi Fazley bagi mendapatkan komennya. Maklumlah penyanyi itu pernah dikaitkan dengan Siti sebelum ini.
Sebenarnya kata Fazley, dia bukan membawa diri tetapi bersama keluarganya pergi ke Australia untuk menguruskan pengajian adiknya di negara kanggaru itu.
Lagipun mereka sudah tempah tiket penerbangan lebih awal iaitu sebelum mendapat tarikh majlis itu hendak diadakan lagi.
Semasa menghubungi Fazley minggu lalu, kata jejaka yang masih solo ini dia baru selesai menghasilkan sebuah buku. Selepas Ina, Fazley pula buat buku. Paparkan kisah cinta sendiri juga ke ni?
Kata Fazley, buku itu yang bertajuk 態ila April... Cerita Paji |
|
|
|
|
|
|
|
die soft spoken kan...sopan jer.....bertuah sapa dpt die.....anak2 die esok mesti tahap genius juga cam die |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 budakbaru's post
dia cakap memang soft ---
macam beradap dan sopan --
orang2 yang educated mostly cam gitu
not all but most of them -- |
|
|
|
|
|
|
|
Fazley nie kire antare artis yg berpendidikan la kt malaysia nie.. Bagus..bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tamat alam solo
DALAM pada sibuk melayan tetamu, CAK menerima perkhabaran gembira, penyanyi, pelakon dan juga usahawan Dr Fazley akan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat ini.
Amboi.... senyap-senyap ye Dr Fazley. Jika benar bagai dikata, pasti keluarga Dr Fazley kini sibuk melakukan persiapan terakhir untuk hari berbahagia itu.
Setahu CAK, gadis pilihan Fazley bukan calang-calang. Cantik dan terpelajar orangnya. Kalau tidak silap CAK, bakal isterinya kini bertugas sebagai peguam di luar negara. Memang sepadan!
Sehingga artikel ini ditulis, CAK masih belum menerima kad undangan daripada bakal pengantin lelaki.
Namun CAK percaya Fazley tidak akan lupa mengundang rakan wartawan untuk sama-sama memeriahkan hari paling bersejarah dalam hidupnya. Betul tak Fazley?
Apa yang CAK pasti ramailah nanti peminat wanita yang mengkagumi personaliti Dr Fazley selama ini akan makan hati. Bagi CAK harap mereka bersabar sama-sama doakan kebahagiaan Dr Fazley dengan gadis pilihannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 dexa's post
Tuh pasal dak Mawi ckp mcm mat rempit..hohoho.. |
|
|
|
|
|
|
|
SUKA NENGOK FAZLEY SEMALAM MASA KAT PROGRAM MUZIA@RIA SEMPENA ARI RAYA....BERCINTA NGAN YASMIN HANI......ENSEM NYER FAZLEY |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lupa suasana di desa
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
ANDAI dulu, di pagi raya mereka sekeluarga akan pulang ke rumah nenek di sebelah ibu Fazley di Rantau, Negeri Sembilan. Bagaimanapun, kekangan tugas bapa dan penyanyi itu sendiri yang menjawat jawatan penting di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyebabkan rutin selama ini menjadi amalan keluarganya berubah.
Selesai solat sunat Aidilfitri, Fazley dan bapanya bergegas ke PWTC kerana tugas sudah sedia menanti. Setiap tahun menjadi acara wajib kepada PWTC menganjurkan majlis rumah terbuka Perdana Menteri. Tugas Fazley ialah melayani tetamu yang hadir terutama di kalangan pembesar negara dan orang penting.
Bagaimanapun, kampung halaman masih tetap di hati. Sebaik selesai tugas, Fazley sekeluarga pulang ke kampung untuk meraikan hari raya bersama neneknya. Namun, sebelum itu mereka menziarahi kubur saudara mara yang sudah meninggal dunia. Ia menjadi acara wajib setiap kali apabila tibanya Syawal.
Bagi Fazley sekeluarga, kedudukan dan populariti tidak pernah membezakan mereka. Siapa saja yang datang bertandang pasti akan dilayan dan tidak hairan setiap tahun pasti rumah nenek Fazley meriah dengan tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi penyanyi pujaan mereka.
Pasti juga ada sesuatu yang menanti peminat, tapi bukan duit raya. Kata Fazley, dia akan menggantikan duit raya dengan coklat dan sebagainya kerana tidak mahu peminat datang kerana tujuan tertentu.
Bercerita mengenai juadah raya pula, anak sulung empat beradik ini suka rendang daging masakan ibunya, Datin Umi Kalsum dan nenek. Selain rendang, juadah lain setiap kali Syawal tiba seperti nasi beriani, lontong dan ayam masak merah. Paling penting juadah itu disediakan bagi memenuhi selera anak dan suami.
Selepas pulang ke Negeri Sembilan, keluarga Fazley ke Kedah pula menziarah kaum keluarga di sebelah bapanya. Sudah rutinnya begitu, tidak timbul soal berbalah untuk pulang ke kampung siapa dulu.
揂malan orang tua saya akan dijadikan contoh. Kami sudah biasa begini, raya di Negeri Sembilan kemudian Kedah, |
|
|
|
|
|
|
|
Fazley, langkah ke hadapan
Oleh Ellyna Ali
[email protected]
Fazley hasil buku motivasi
ATAS desakan peminat dari kalangan remaja dan kanak-kanak yang pernah mengikuti kursus motivasi yang dikendalikannya sebelum ini, Fazley baru saja menyudahkan buku motivasi yang ditulis dan dihasilkan dalam bentuk santai.
Buku yang dinamakan Bila April...Cerita Paji ini bukan saja menyingkap mengenai motivasi kendiri tetapi juga bagaimana menjadi pelajar cemerlang berserta dengan beberapa tips untuk belajar dengan cara lebih berkesan.
揂pa yang menarik, buku motivasi ini juga ada memuatkan beberapa gambar saya waktu berusia empat hingga sembilan tahun bersama cerita saya waktu zaman kanak-kanak dulu.
揗ungkin ada di antara peminat yang tidak tahu bahawa waktu zaman kanak-kanak dulu saya seorang yang gagap dan susah untuk bercakap.
揇engan memuatkan cerita mengenai pengalaman saya dari kanak-kanak gagap hinggalah kepada apa yang ada sekarang, diharap ia akan dapat membantu meningkatkan lagi semangat mereka yang pernah berhadapan dengan situasi seperti saya, |
|
|
|
|
|
|
| |
|