CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17756|Reply: 92

Kematian Saddam Hussein - analisis hubungan syiah-sunnah

[Copy link]
Post time 2-1-2007 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Akhirnya Sadam Hussein menemui ajalnya di tali gantung setelah sekian lama ia berkuasa dan meninggalkan banyak peristiwa2 yang menjadikan beliau sebagai seorang yang disanjung dan juga dilaknat dari berbagai-bagai golongan yang menyukainya dan juga membencinya.

Kematiannya yang tiba-tiba menjelang aidiladha menjadikan satu  berita sensasi yang mendapat maklumbalas pro dan kontra dari seluruh dunia. Saddam Hussein secara mendadak menjadi hero Sunni walhal semasa hayatnya ia telah membunuh beribu-ribu orang termasuk Sunni Kurdish dan ulama-ulama serta pengikut ikhwan-muslimin Iraq yang berfahaman sunni. Saddam Hussein dilihat semasa dalam tahanan dan perbicaraan sentiasa memegang al-quran seolah-olah al-quran tersebut menjadi panduan dalam kehidupannya, pada hal beliau adalah seorang yang menganut fahaman Sosialis yang pekat berorientasikan kefanatikan parti Baathist bangsa Arab.

- Siapakah Saddam Hussein.
- Perjuangan Saddam Hussein.
- Bangsa dan fahaman masyarakat Iraq.
- Penentangan terhadap Saddam Hussein oleh gerakan Islam Sunni dan Syiah serta Kurdish.
- Selepas Saddam Hussein.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2007 01:37 PM | Show all posts
pepatah arab ada mengatakan:

HIDUP 60 TAHUN DI BAWAH SEORANG PEMIMPIN YANG ZALIM ITU LEBIH BAIK DARI HIDUP SEHARI TANPA PEMIMPIN... ..

dan lihat apa yang berlaku di Iraq sekarang............!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 1-1-2007 08:37 PM
pepatah arab ada mengatakan:

HIDUP 60 TAHUN DI BAWAH SEORANG PEMIMPIN YANG ZALIM ITU LEBIH BAIK DARI HIDUP SEHARI TANPA PEMIMPIN... ..

dan lihat apa yang berlaku di Iraq sekarang............!

patutlah arab dok menderita je....tak mau keluar dari kekejaman sebab itu adalah lebih baik....apa raaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 09:21 PM | Show all posts
Menakjubkan...hero yang di lahirkan secara tetiba sebaik saja kematiannya.

[ Last edited by  antiQue at 2-1-2007 09:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by Oranggunung at 2-1-2007 09:21 PM
Menakjubkan...hero yang di lahirkan secara tetiba sebaik saja kematiannya.


HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG
   MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA...!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 10:28 AM | Show all posts
adakah Saddam pernah jadi proksi amerika? bagus thread ni, agak2 bila pakcik nak start bercerita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2007 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 3-1-2007 10:28 AM
adakah Saddam pernah jadi proksi amerika? bagus thread ni, agak2 bila pakcik nak start bercerita


masa perang teluk dulu

Jet pejuang Iraq tertembak KAPAL PERANG AMERIKA....... lebih 30 orang askar amerika mampus...
Amerika relax jer... tak ambil tindakan apa-apa pun...!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 10:48 AM | Show all posts
Sebelum perang teluk.....:
1. perang apa lagi yang Iraq ikut?
2. adakah Amerika menjadi sekutu kuat kepada Iraq dalam perang tersebut?
3. Mengikut data, berapa $USD juta Amerika bantu kepada Iraq?
4. Selain Amerika, negara apakah lagi yang menjadi pembantu kepada Iraq dalam menjayakan perang sebelum perang Teluk?
5. Siapakah yang begitu yakin berkata "Kami akan berjaya dalam masa 3 hari"?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 3-1-2007 04:24 PM | Show all posts
Analisis hubungan SYIAH SUNNAH.

Saya berpendapat apa yg akan berlaku di Iraq tidak akan mencapai jalan perdamaian antara Sunnah dan Syiah, malah semakin akan berkecamuk sehingga salah satu golongan akan dikalahkan dalam episod perlawanan KALAH MATI.

Kelihatan saya pesimis dengan mereka, tetapi menilai dari pelbagai sudut dan situasi semasa, saya merasakan pendapat saya itu banyak ketepatannya. Malah saya juga membaca sebuah  atsar/hadis tentang apa yang akan berlaku ini sebagai salahsatu peristiwa yang akan berlaku di saat kemunculan Imam Mahdi.

Cuma ia tidak memihak kepada Syiah kerana di dalam atsar/hadis (maaf saya kurang pasti, nanti saya cari buku itu), Syiah akan dibantu oleh Amerika di dalam memerangi pihak Sunnah seperti yang berlaku pada masa sekarang ini di mana proksi di sebalik pemerintahan Iraq sekarang adalah Amerika.

Cuma semasa saya membaca atsar/hadis itu tatkala itu Syiah belum memegang tampuk pemerintahan jadi saya ingatkan ia hanya merujuk kepada IRAN sahaja sedangkan sekrg bukti nyata akan kebenaran atsar/hadis itu kian terserlah.

Sekadar satu analisis ilmiah. harap yang membaca berlapang hati.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 3-1-2007 04:24 PM
Analisis hubungan SYIAH SUNNAH.

Saya berpendapat apa yg akan berlaku di Iraq tidak akan mencapai jalan perdamaian antara Sunnah dan Syiah, malah semakin akan berkecamuk sehingga salah satu golon ...

Semoga pipi berpeluang melihat atsar yg dikatakan itu. Mohon kerjasama untuk berkongsi. Diharap benar ini adalah sebuah analisis ilmiah.

--------

Amirul Mukminin Ali a.s. berkata "Nantikan kelapangan selepas 3 perkara ini. Pertikaian antara parti di Syria (Syria, palestin, lubnan, Jordan), Masuknya bendera hitam ke Syria, dan suara yang menggerunkan di bulan Ramadhan". Ibid & Biharul Anwar

Pertikaian tidak akan selesai, dan hanya Yang Mulia al-Qaim Ibn Hassan ajf yang dapat meredakan mereka.


cuma pendapat seposen pipi setelah baca buku

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 05:11 PM | Show all posts
saya juga berharap dapat membaca atsar tersebut

walaupun masih pesimis menunggu penyatuan sebenar masyarakat sunni-syiah di Iraq, tapi saya tetap yakin satu hari nanti semuanya akan berada satu dalam agamaNya

Surah Tauba, Verse 33 (9:33)
"He it is who hath sent His messenger with the guidance and the Religion of Truth,  that He may cause it to prevail over all religion, however much the idolaters may be averse."
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 05:26 PM | Show all posts
Kekuasaan bani fulan, dan fulan fulan yang seterusnya kesemuanya tidak kekal. Kesemuanya dilihatkan kepada seluruh umat manusia agar menilai sendiri pemerintah sonsang.

Dan pemerintahan AhlulBait Rasulullah yg suci, kini semakin hampir. Sepertimana janji Presiden Republik Islam Iran, Ahmadi Nejad "Pemerintahan saya ini, pemerintahan menuju kezuhuran Baqiyatullah ajf".

Terkini, ucapannya yang memberikan beberapa tanda penting, antaranya:
"kita bakal meraikan kemenangan pada awal tahun(merujuk kepada awal tahun Iran)"

"kemunculan semula Nabi Isa a.s terlalu hampir" - ucapan Hari Krismas.


Wassalam.

[ Last edited by  pipi at 3-1-2007 05:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 05:54 PM | Show all posts
Satu keadilan Ilahi yang mana kuasa yang jahat dihapuskan oleh penjahat...

:pray: Semoga kita ditambahkan ilmu pengetahuan dan memperkuatkan serta  mempertingkatkan keimanan.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-1-2007 11:42 PM | Show all posts
Kepada Pipi dari Hafizi

Nampaknya buku tersebut sudah saya temui alhamdulillah.
tetapi saya akan mengambil masa yang agak lama juga rasanya untuk memaparkan di sini kerana hadis2 dan atsar2 yg menceritakan hal tersebut ada beberapa juga dan saling berkait, saya perlu melihat kesinambungan yg tepat supaya tdk berlaku kekeliruan tatkala membacanya.

saya mulakan dengan satu sabda RSAW.

Dari Anas RA;

Ketika nabi SAW sedang tidur di rumah Ummu Salamah RA, baginda bangun lalu bersabda, Tiada daya dan upayaku melainkan dari Allah. Ummu Salamah bertanya, Kenapa RSAW menyebutkan demikian?. Baginda menjawab,
Satu pasukan tentera datang dari Iraq untuk memerangi lelaki dari Madinah yang dilindungi Allah. Apabila mereka tiba di apadang pasir dekat Zul Hulaifah, merekapun ditelan bumi. Yang diatasnya tidak sampai kebawahnya dan yang dibawahnya tidak sampai ke atasnya sampailah ke hari pengadilan. Tujuan mereka adalah berbeza-beza.
Ummu Salamah RA bertanya, Wahai RSAW, bagaimanakah mereka boleh ditelan bumi sedangkan niat mereka berbeza-beza?. Baginda RSAW menajawab, Sebab ada di antara mereka yang dipaksa mengikuti.
(Ibnu Majah, Al Busiri, Al Bazar)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2007 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 3-1-2007 11:42 PM
Kepada Pipi dari Hafizi

Nampaknya buku tersebut sudah saya temui alhamdulillah.
tetapi saya akan mengambil masa yang agak lama juga rasanya untuk memaparkan di sini kerana hadis2 dan atsar2 yg  ...


:hatdown:Selamat kembali Serihartatie. Anak dan suami sihat ker?

[ Last edited by  Gravedigger at 3-1-2007 11:48 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2007 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 3-1-2007 10:28 AM
adakah Saddam pernah jadi proksi amerika? bagus thread ni, agak2 bila pakcik nak start bercerita


Timakasih nak...biarlah dulu depa bertukar-tukar citer sebelum pakcik masuk campur. Banyak yang hendak diceritakan nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 3-1-2007 23:44


:hatdown:Selamat kembali Serihartatie. Anak dan suami sihat ker?


owh pecinta abuya rupenya .... hehehe pembela ASWJ versi minda abuaya dah kembali...
apa pun selamat kembali lah juge setelah penat bersembunyi di kejar pihak berkuasa ye tak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 3-1-2007 11:42 PM
Kepada Pipi dari Hafizi

Nampaknya buku tersebut sudah saya temui alhamdulillah.
tetapi saya akan mengambil masa yang agak lama juga rasanya untuk memaparkan di sini kerana hadis2 dan atsar2 yg  ...

Baiklah, terima kasih. Jika ada lagi, sila kemukakan.

pipi minat akan hal diquote bawah:

Cuma ia tidak memihak kepada Syiah kerana di dalam atsar/hadis (maaf saya kurang pasti, nanti saya cari buku itu), Syiah akan dibantu oleh Amerika di dalam memerangi pihak Sunnah seperti yang berlaku pada masa sekarang ini di mana proksi di sebalik pemerintahan Iraq sekarang adalah Amerika.

Cuma semasa saya membaca atsar/hadis itu tatkala itu Syiah belum memegang tampuk pemerintahan jadi saya ingatkan ia hanya merujuk kepada IRAN sahaja sedangkan sekrg bukti nyata akan kebenaran atsar/hadis itu kian terserlah.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 4-1-2007 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 4-1-2007 09:58 AM

Baiklah, terima kasih. Jika ada lagi, sila kemukakan.

pipi minat akan hal diquote bawah:



Saya khuatir juga kerana saya kira paparan saya ini akan mengundang polemik antara kita semua.
Tetapi itulah mahar utk kita semua di dalam mencari KEBENARAN.

Jika terus dengan berlapang hati, insyaAllah Tuhan akan turunkan hidayahNya kepada kita semua.

Cuma, saya merasakan proses berlapanghati ini agak mudah jika masih di alam teori tetapi apabila ia berlaku di dalam realiti, ia mungkin akan berlaku seburuk apa yg telah berlaku di Iran dan di Iraq.

Saya melihat apabila tibanya masanya nanti, Imam Mahdi & PBT Syiah dan Imam Mahdi & PBT Sunnah akan bertembung dan akan berlakunya sesuatu yg saya sendiri tidak mampu utk memikirkannya.

Dalam konteks ini, dua golongan yg lain akan jadi saksinya.
Golongan yg tidak mempercayai Imam Mahdi dan PBT wujud.
Golongan yg menyatakan kepercayaan kepada Imam Mahdi itu adalah termasuk dalam keimanan, ini diwakili oleh majoriti alhulbait.

Saya harap pertentangan yg akan berlaku nanti walaupun mengikut hadis/atsar merupakan peperangan tetapi biarlah ia berakhir dengan yg terbaik utk semua di hari pengadilan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 4-1-2007 10:28 AM


Saya khuatir juga kerana saya kira paparan saya ini akan mengundang polemik antara kita semua.
Tetapi itulah mahar utk kita semua di dalam mencari KEBENARAN.

Jika terus dengan berlapang ha ...

Pipi cuma mahukan atsar yg menceritakan tentang perihal di bawah:
Cuma ia tidak memihak kepada Syiah kerana di dalam atsar/hadis (maaf saya kurang pasti, nanti saya cari buku itu), Syiah akan dibantu oleh Amerika di dalam memerangi pihak Sunnah seperti yang berlaku pada masa sekarang ini di mana proksi di sebalik pemerintahan Iraq sekarang adalah Amerika.

Cuma semasa saya membaca atsar/hadis itu tatkala itu Syiah belum memegang tampuk pemerintahan jadi saya ingatkan ia hanya merujuk kepada IRAN sahaja sedangkan sekrg bukti nyata akan kebenaran atsar/hadis itu kian terserlah.


Kerana persoalan timbul, adakah atsar berkenaan menceritakan SYIAH secara total, ataupun berbentuk kiasan. Lalu, kiasan ini DITAFSIRKAN kepada Syiah.

Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071230 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list