CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2795|Reply: 20

ESDCO

[Copy link]
Post time 25-4-2007 11:04 AM | Show all posts |Read mode
ESDCO ingin sambung legasi KRU
25-04-2007 10:31:31 AM
Oleh RADIN SRI GHAZALI

Adam mahu ESDCO mewarnai industri muzik tempatan
(Foto The Star oleh Art Chen)
KALAU artis lepasan Akademi Fantasia sibuk ingin menjadi artis solo, lain pula halnya dengan Adam atau Mohd Aizam Mat Saman.
Walaupun mengecapi sukses yang amat memberangsangkan, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke dua ini mengambil keputusan untuk meneruskan kerjayanya sebagai sebuah trio bernama ESDCO.

"ESDCO telah ditubuhkan sejak 1998 bersama-sama teman-teman saya Boy dan Ijan. Kami sudah pun membuat persembahan di Sabah.
"Saya sudah memulakan kerjaya saya di bidang hiburan ini sebagai ahli sebuah kumpulan dan bukannya penyanyi solo," ujar pemuda berusia 24 tahun ini.

Hajat mereka adalah untuk merakamkan album, sayangnya hampir tiga kali rancangan ESDCO itu tertunda disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

"KRU sudahpun melamar ESDCO untuk merakamkan sebuah album selepas Akademi Fantasia.

"Memandangkan Ijan dan Boy sibuk dengan komitmen masing-masing ketika itu, Abang Edry (KRU) menawarkan kepada saya peluang untuk menjadi artis solo," ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengapa dia mengambil keputusan untuk muncul bersama EDSCO sedangkan dia sudahpun mencipta nama sebagai penyanyi lelaki popular di Malaysia, Adam menjawab, "Saya percaya dengan penampilan ESDCO, kami akan muncul lebih gah lagi.

"Sebagai kumpulan trio, kami juga dapat menjanjikan satu kelainan dengan koloborasi ketiga-tiga kekuatan kami."

Namun Adam menafikan sekeras-kerasnya bahawa trio tersebut bakal menumpang populariti dirinya sahaja walaupun kenyataan itu sedikit sebanyak akan menjadi tanggapan orang ramai.

"Saya akan tampil dengan personaliti dan gaya yang baru untuk album ini," ujar pelakon utama Main-main Cinta itu lagi.

Malah, Adam turut akan menukarkan namanya sejajar dengan konsep band tersebut.

"Dari dahulu lagi kami sudah mempunyai nama samaran ini. Ijan dikenali sebagai Zeco dan Boy pula sebagai Byco.

"Manakala, saya pula dipanggil Aiko," ujar Adam tentang kelainan ESDCO.

Malah, konsep yang bakal dibawa oleh kumpulan tersebut badalah berkonsepkan genre ala gangster.

"Apa saya maksudkan adalah jenis muzik yang telah dibawakan oleh KRU pada lewat 90an di mana rentaknya rancak serta isi lagunya lebih kepada menasihati pendengar," ujar Adam yang turut bercadang untuk memuatkan lagu single keduanya Hai yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Selain daripada itu, Adam turut berharap agar ESDCO bakal membawa kesinambungan kepada legasi KRU yang pada suatu ketika dahulu menjadi kegilaan ramai.

"Tidak salahnya untuk meyambungkan apa yang dimulakan oleh KRU. Mereka telah memulakan sesuatu yang dianggap baru pada waktu itu dan usaha mereka ternyata berjaya.

"Kami ingin menjadi legasi mereka," ujar Adam.


Adam a.k.a Aiko
(Foto The Star )
Lancarkan album di Kedah

Walaupun sibuk dengan perancangan untuk EDSCO, Adam yang bakal menerajui filem Diva ini telah pun melancarkan album keduanya yang berjudul Adam 2 di Kedah baru-baru ini.

"Saya sengaja melancarkan album saya di sana kerana saya mahu memecah norma di mana ramai artis melakukannya di tempat-tempat seperti Planet Hollywood ataupun tempat-tempat popular di sekitar Kuala Lumpur.

"Malah, saya turut mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan peminat-peminat saya," ujarnya lagi.
Seramai 100 orang peminat bertuah telah dibawa ke Cinta Sayang Golf & Country Resort di Sungai Petani, Kedah pada hari Jumaat yang lalu untuk menemani penyanyi kesayangan mereka melancarkan albumnya.

"Kami telah melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama-sama dan pelancaran dilakukan pada malam Sabtu," ujarnya yang turut melakukan satu mini showcase untuk memperkenalkan lagu-lagu barunya.

Album yang mendapat sentuhan emas Edry KRU itu mengandungi sepuluh buah lagu termasuk Joget Lambak, Hai, Tak Tahu Antara Dua dan Gila Bayang.

Namun, sesi rakaman lagu Joget Lambak antara yang paling lama pernah dilakukannya.
"Saya mengambil kira-kira 20 rakaman dalam masa lebih daripada tiga hari untuk lagu tersebut kerana saya kurang mencapai feel untuk lagu tersebut.

"Maklumlah lagu tersebut berkonsepkan joget dan saya memerlukan masa yang lebih lama untuk menghayati lagu tersebut," ujarnya yang turut mendengar lagu-lagu dendangan Datuk Ahmad Jais untuk mendapatkan inspirasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 02:53 PM | Show all posts
suka dgn BOY... pernah jumpa kat depan HSBC Bank, Bukit Bintang kul 2 pagi tahun lepas.... ensem, body tough.. tapi apa dia buat kat tepi jalan sensorang time tu.. kat BB lak tu.. musykil.... :hmm:
Reply

Use magic Report

julyjulai This user has been deleted
Post time 25-4-2007 02:57 PM | Show all posts
EDSCO

x komersial laa nama, susah je nak nyebut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 04:50 PM | Show all posts
esdco la yang
bukan edsco
:lol


ko sebut aje camni.. esdiko
kan senang aje
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 04:52 PM | Show all posts
tapi artikel nih gambo adam aje ada
mana bebudak lain nye
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 02:32 AM | Show all posts
E-effective
S-sound
D-dimension
C-cherrios
O-orgy

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2007 08:56 AM | Show all posts
macam name tesco je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #7 sayang_mulut's post

haha tula aku nak taip smalam.. tasampai ati plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Neo-Artz This user has been deleted
Post time 27-4-2007 05:19 AM | Show all posts
tak taula pulak bila tengok gambar dia nie..mcm bukan artis saja...make up, pose semua mcm budak yg ambik gambar syok sendiri jer n then letak dlm myspace...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:28 AM | Show all posts
takde pic 2 member lain tu lagi ke?
Reply

Use magic Report

anti_kadut This user has been deleted
Post time 27-4-2007 07:13 AM | Show all posts
tumpang lalu yer!!! saje nak baca2. tgh bosan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 01:52 PM | Show all posts
Esdco dihidup semula

Oleh FIRDAUS SAHAT
[email protected]

Adam realisasi impian

POPULARITI penyanyi ini semakin meningkat. Kehadiran album kedua, Adam 2, meneruskan lagi kekukuhan jenamanya di persada seni negara. Pun begitu, banyak lagi diatur untuk betul-betul selesa dan mantap sebagai artis serba boleh.


Selepas memperkenalkan diri secara solo, tiba masanya untuk Mohd Aizam Mat Saman atau Adam melaksanakan hasrat yang dipendamnya selama ini. Cita-citanya ingin mewujudkan kumpulan nyanyian kian kelihatan.

Berbekalkan janji kepada dua rakan karibnya yang kini menjadi penari untuk setiap persembahannya, mereka akan bergabung tenaga menghidupkan kembali nama Esdco yang ditubuhkan ketika sama-sama membesar di Sabah dulu.

揝udah lama kami menyimpan azam untuk mewujudkan satu kumpulan muzik, namun niat itu terpaksa dihentikan seketika memandangkan rezeki saya sampai dulu untuk menyertai program realiti.

揔ini selepas bergelar penyanyi, impian yang kami tanam sejak dulu akan menjadi kenyataan. Pun begitu, saya akan pastikan album kedua ini ada lebih lama di pasaran dan selepas itu baru idea mewujudkan kumpulan itu dilaksanakan,
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 02:02 PM | Show all posts
lagu AZZA - boleh jalan  tu stok nak tiru lagu Agnes Monica... masalahnya AZZA can't sing...cokal dia out...kesian. lagu palk nampak sangat recycle lagu lama KRU...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 01:12 AM | Show all posts
hurm... kalau semua nak tgk member adam yg ijan tu dia ada myspace.. www.myspace.com/ejarnesdco
tp boy aku x jumpe lg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 01:31 AM | Show all posts
nama grup pun...merepek...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 04:20 PM | Show all posts
EDSCO?TESCO?DISCO?COCO?......:gila: pastu senyap berkubur begitu saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2007 04:26 PM | Show all posts
tak cukup ke ngan adam sorang jer?yg lain2 tu wat nyemak jer!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 10:46 PM | Show all posts
confirm aku tak beli album diorang nanti...
hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 10:57 PM | Show all posts

Member lain tu setakat jadi penari latar Adam je
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 08:41 AM | Show all posts
suara adam bukan sedap sgt pon
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.228879 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list