|
keterangan
Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). Tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga. Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin. Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya. Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina. Selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain). |
|
|
|
|
|
|
|
kegunaan
Untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari.
sumber: www.melur.com
[ Last edited by mizahanan at 29-5-2007 08:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mizahanan's post
Salam Miza,
Nak tanya, utk rawatan kencing manis, nak buat mcm mana? Sebab ibuk mertua saya pun ada kencing manis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mizahanan's post
hi alfi
ni utk alfi |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok jantan mempunyai bentuk daun yang bujur dengan hujung daun yang rucing. Sebaliknya mss cotek betina mempunyai bentuk daun yang lebih membulat dengan hujung daun yang bulat
~ymusa98 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mizahanan at 29-5-2007 08:57 AM
hi alfi
ni utk alfi
Ampun Miza..tak nampak apa pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
mas cotek ni bleh buat ulam ke ?
sorry tanya, tak tahu betul ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Botani
Ficus deltoidea
Nama Lain
Serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah), tabat barito (Indonesia), Mistletoe fig (Inggeris)
Famili
Moraceae
Pengenalan
Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.
Khasiat dan Kegunaan
Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita. Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana nak beli nih? Mcm baguss jer & byk sgt khasiat dier.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 alifinara's post
kat nursery kgku(sg behrang) ade, rm18 kalo x silap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 alifinara's post
maksudku kt post #3 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 alifinara's post
alfi,
kalo berminat leh saya belikan, nnt kite tuka suka same suka la, ok ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 alifinara's post
tq 4 the info |
|
|
|
|
|
|
|
慶hemical content
a) Flavonoid
b) Tannins
c) Triterpenoids
d) Proanthocyanins
e) Phenols
sumber: www.delto.com.my
[ Last edited by mizahanan at 29-5-2007 01:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan
Cara-cara merebus dan mengamalkannya:
1. Herba Emas Cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
2. Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan Emas Cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan Emas Cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
3. Amalkan meminum air rebusan Emas Cotek sekurang-kurangnya 5 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 mizahanan's post
Bagusnya info nih..terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|