CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30087|Reply: 101

Bukan Terlarang -Nur Hazma ( Tintarona Publication)

[Copy link]
Post time 6-11-2007 11:33 AM | Show all posts |Read mode



TAJUK BUKU : BUKAN TERLARANG
PENULIS : NUR HAZMA
TERBITAN : TINTARONA PUBLICATION
HARGA : RM35.00
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*** 絒/font]

Bukan Terlarang menyingkap kisah Imran Hadi yang terpaksa mengahwini Maisara, rakan sekampung juga rakan sekolah sejak kecil akibat satu insiden yg tidak disengajakan. Imran & Maisara adalah rakan sepejabat dan di pejabat, Imran berstatus ketua kepada Maisara.Teman wanita Imran, Tina adalah rakan serumah Maisara. Tanpa pengetahuan Imran juga Tina, Maisara sebenarnya telah lama meminati Imran tetapi dia tidak pernah memperlihatkannya di hadapan Imran kerana menyedari Imran tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya dan hanya menganggap dirinya sebagai teman biasa.

Peristiwa perkahwinan TERpaksa antara mereka dirahsiakan Maisara dr pengetahuan rakan2 sepejabat atas arahan Imran demi menjaga hati Tina malahan Imran bercadang utk menceraikan Maisara dalam tempoh terdekat. Walaupun amat terluka dgn cara Imran, Maisara akur kerna tahu Imran tidak akan sekali2 berpaling & menerima dirinya sebagai isteri. Akibat ikatan tersebut juga Maisara terpaksa tinggal di rumah Imran, malahan mereka terpaksa berlagak mesra seperti suami-isteri demi mengaburi pandangan kedua ibubapa mereka terutama ibu Imran yg amat menyayangi Maisara walaupun dibantah oleh Tina yang secara tidak sengaja mengetahui isihati sebenar Maisara terhadap Imran. Kesan dari peristiwa tersebut hubungan Tina dan Maisara renggang walaupun Maisara cuba menyakinkan Tina bahawa dia tidak akan sesekali merampas Imran darinya. Malah hubungan Tina dgn Imran juga begitu malahan Tina dapat merasakan Imran mula menyukai Maisara.

Walau tinggal di bilik yg berasingan ia tidak menghalang Maisara dari lebih mengenali diri Imran. Dalam melaksanakan tugas sebagai isteri, Maisara telah menjalankan tanggungjawab dgn baik dan Imran merasakan hidupnya lebih baik dari dahulu namun dia cuba menafikan perasaannya terhadap Maisara, malahan cuba pula menyakitkan hati Maisara dgn menjalin hubungan mesra dgn Zeta, rakan sepejabatnya di hadapan Maisara. Imran akhirnya mengetahui isihati sebenar Maisara terhadapnya apabila dimaklumkan oleh rakan sekampung mereka yg juga teman rapat Maisara sewaktu mereka berdua mengunjungi kedua ibubapa di kampung. Kesannya, Imran menuduh Maisara sengaja memerangkapnya yg menyebabkan mereka terpaksa berkahwin. Lebih teruk bila Tina memutuskan hubungannya dgn Imran dan menerima calon pilihan keluarganya sebagai suami. Imran merasakan Maisara adalah punca segala2nya. Sedih dan terluka dgn tuduhan Imran, Maisara bertindak keluar dari rumah.

Tanpa Maisara di sisi, Imran mula mengakui perasaan sebenarnya terhadap Maisara. Kehadiran ibubapanya secara tiba2 membingungkan Imran malahan amat gusar jika ibunya dpt mengesan hubungan sebenar dirinya dan Maisara. Kepulangan Maisara yg pada asalnya ingin mengambil semua barang2 miliknya menyelamatkan Imran dan demi rasa hormat pada kedua mertuanya, Maisara terpaksa berlagak melayan Imran dgn mesra.

Imran yg menyedari perasaan sebenarnya terhadap Maisara, mula melayan Maisara dgn baik, meminta maaf atas ketelanjuran kata dan tingkahlakunya yg terdahulu terhadap Maisara malahan memohon supaya dia diberi peluang kedua utk menjadi suami dlm ertikata yg sebenarnya. Walaupun Maisara menolak hasrat Imran kerana terlalu terluka dgn perbuatan Imran, tetapi rasa kasih yg amat dalam pada Imran mencairkan segala kedukaan yg dicipta Imran utknya. Mereka berdua akhirnya sepakat menjalani kehidupan berumahtangga dlm ertikata yg sebenarnya. Namun begitu, hubungan mereka berdua masih menjadi rahsia di kalangan teman sepejabat.

Dugaan dalam kehidupan berumahtangga mmg lumrah, hanya mereka yg cekal dan saling percaya mempercayai mampu mengatasi badai yg melanda. Disaat menikmati kemanisan hidup, Imran yg ditukarkan bekerja di Seremban terjebak dlm insiden khalwat dgn Zeta yg juga pembantunya di sana. Maisara merasa cukup terpukul dgn kejadian tersebut dan insiden tersebut secara tidak membongkar rahsia hubungan Maisara dan Imran di kalangan teman sepejabat mereka. Maisara yg sebelum ini sering mendengar desas-desus hubungan mesra Imran-Zeta yg heboh diperkatakan teman sepejabat merasa ditipu Imran yg sering menafikan hubungan mesranya dgn Zeta yg hanya dianggap teman baik apabila ditimbulkan oleh Maisara. Kecewa dgn peristiwa itu, Maisara sekali lagi bertindak keluar dari rumah dan kehilangannya gagal dikesan oleh Imran. Kedatangan kedua2 ibubapa dan mertuanya menyulitkan lagi situasi Imran. Dapatkah Imran mencari Maisara???....well geng, baca sendiri laa ye....hehehehe........

apa2pun, cite nie hepi ending

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #1 aprilsnow's post

kelmarin baru je habis membaca sutera biru - kes kawin paksa. ni pun satu lagi kawin terpaksa
acun & jujun mesti suka ni

soalan yg last tu cing -> dapatkah imran mencari maisara? jawapannya mesti 'ya'.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 11:54 AM | Show all posts

Reply #1 aprilsnow's post

selahaunya server (betul tak krufan? )

double posting


[ Last edited by  silencez at 6-11-2007 11:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 12:04 PM | Show all posts

Reply #2 silencez's post

dah hepi ending sil mesti laa jumpa beb....tapi cara dia jumpa tu yg cutee sgt...hehehe

yup....jun mmg gerenti 200% suka ini celite....acun haku x tau sbb tebai giler buku nie sil...xsilap haku 887m/surat....silap2 acun ikut teori dia, baca depan tengah ngan belakang jerr.........ahaaks, jgn marah cun
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 12:20 PM | Show all posts
buku nii  x silap haku font dia besak..tu fasal 887 m/s.
Penerbit buku tu sajer nk cekik duit...

aku x nk beli..mahal.
beli buku lain after discout dh dpt 2 bijik
pinjam baca org nya bole la.
ada sapa2 nk kasi aku  pinjam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #4 aprilsnow's post

cute? hmy3:  kasi la hint wei. camana yg cute tu  
cing mesti geleng kepala dah ha ha ha

acun, kalau korang kata best, mesti dia beli gak tu  bab depan tengah belakang tu.. rasanya mmg dia akan buat mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2007 01:19 PM | Show all posts
sis & kuc...

korang ni tersedak2 aku kat opis ni

bila ku baca sinopsisnya aduh2 meronta hati kecik ku untuk memilikinya   

abis biru merah urat2 membaca aku kena racun si kuc

harga bukannya halangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #2 silencez's post

sis ni buku nor rafishah tu kan....kita dh beli sekrg ni tgh balut, buku ni kita beli harga dia RM9.oo je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 01:55 PM | Show all posts

Reply #8 jujun's post

a'a.. buku rafishah. tu beli waktu pesta buku selangor kalau tak salah. main ambik je mana2 yg rasa nak baca dulu. padahal beli yg sebelum tu lagi ada tak terbaca lagi.

see.. laju je dia kalau bab2 happy ending   

air mata kasih tu kita dah belikan dah. tinggal sebuah je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 01:58 PM | Show all posts

Reply #5 dyea's post

font besar ek dyea. tu lah kan.. kadang2 membantutkan selera kita nak membaca je
kalau dah minat, harga belakang kira maa.. asal cerita tu best.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 02:26 PM | Show all posts

Reply #9 silencez's post

wah laju je, dpt kat mana 'airmata kasih' tu, kat markas ek....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 02:34 PM | Show all posts

Reply #7 jujun's post

otroman kena racun haku ye....mesti lampu kat dada ko dah berkelip2 warna merah tanda amaran kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 02:44 PM | Show all posts

Reply #9 silencez's & #11 jujun's post

yg part 2 tu ke?....haku tgh baca yg part 2 sekarang....unsangkarable sungguh...Qimi hidup lagi sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by aprilsnow at 6-11-2007 11:33 AM
http://i210.photobucket.com/albums/bb135/pandan_0791/Slide2-1.jpg?t=1194319065
http://i210.photobucket.com/albums/bb135/pandan_0791/Slide1-1.jpg?t=1194319884

TAJUK BUKU : BUKAN TERLARANG
PEN ...




perghh...mahalnya...berbaloi tak beli april....?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #12 aprilsnow's post

hik hik memang bekelip2 kaler merah tut tut tut je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 03:12 PM | Show all posts

Reply #12 aprilsnow's post

hik hik memang bekelip2 kaler merah tut tut tut je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 03:13 PM | Show all posts

Reply #13 aprilsnow's post

buku yg pertama kuc....tak seronok la langkah bendul hik hik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 03:29 PM | Show all posts

Reply #14 khaly's post

berbaloi khaly ....mmg mula2 tgk harga dulu, silau gak bijik mata haku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 03:41 PM | Show all posts
saya pun kadang2 harga letak blakang kira gak.
saya pun penah beli 2 bijik sequel pride & prejudice (rm118).

tp ..saya alergic ngan font besar.
klu mahal tu makin bertambah2 alergic

tp klu buku pinjam saya baca jer ( itu pun smbil merungut2:@ )
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 03:49 PM | Show all posts

Reply #11 jujun's post

tak.. kat kedai lain. tak larat nak ke kedai bf nick
ada la diskaun. tapi tak sebanyak kat markas nun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.312922 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list