View: 2585|Reply: 22
|
hikayat asal kejadian adam - part one
[Copy link]
|
|
Tanah-Tanah Yang dikumpul untuk menciptakan Adam A.S.
Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan kepada Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam. Tapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan jasad Adam, hingga bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan jasad Adam. Kerana ia khuatir kelak Adam melakukan maksiat atau engkar pada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah, beliau tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengarkan sumpahnya bumi.
Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Mikail pula untuk turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan perasaan hampa.
Kemudian Allah menyuruh Israfil pula untuk turun ke bumi atas perintah yang sama. Tetapi Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpahnya bumi. Ia juga kembali semula ke hadrat Allah dengan kegagalan.
Yang terakhir Allah menyuruh Malaikat Izra抜l untuk turun ke bumi bagi menjalankan perintah Allah untuk mengambil tanah bagi mencipta jasad Adam. Kata Allah:擧ai Izrai抣, sampailah giliran engkau kini yang aku tugaskan bagi tugasan yang sangat penting ini. Meskipun bumi akan bersumpah bagaimana pun kau hendak lah bertegas dan tidak akan mengalah. Katakan bahawa kau lakukan perintah ini kerana Allah & atas perintah Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
suka baca sejarah nabi2.
Thanks for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu bab seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 anakomar's post
Ni buat tak sabar |
|
|
|
|
|
|
|
i penah dengar salah satu tanah yg di ambil tu ada gak dari indonesia , betul ke ..... kalau tak silap i la coz masa student dulu ustaz i penah bagi tau .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 anak_pejuang's post
maaf nak bertanya.......sahih ker hikayat nih......mana nak dapat buku nyer......sonok gak baca sirah2 Nabi nih....... |
|
|
|
|
|
|
|
hikayat ni dari kitab kuning. mana ada sahih ceritanya... tak pa la... bagi peluang nak berhikayat.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana pengarang kitab2 kuning nih dapat sumber utk citer2 hikayat mcm nih........sekadar bertanya ajerk..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Kerengge's post
turun temurun dari tok guru tareqat |
|
|
|
|
|
|
|
kisah-kisah nabi ni byk saduran dari kisah israilliyyat.. tp tak kisah lah.. tajuk thread pun Hikayat Asal Kejadian Adam.. hikayat jela, bkn kebenaran yg perlu diyakini..
p/s anak_pejuang jgn lupa jawap soalan aku ttg sirah nabawi, mikraj Rasulullah SAW ke langit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 12-1-2008 01:23 PM
kisah-kisah nabi ni byk saduran dari kisah israilliyyat.. tp tak kisah lah.. tajuk thread pun Hikayat Asal Kejadian Adam.. hikayat jela, bkn kebenaran yg perlu diyakini..
p/s anak_peju ...
israiliyyat?? macam nak tau unsur2 israilyyat?? atau ada pihak cuba hapuskan kisah nabi2 ini daripada generasi Islam akan ddatang... dengan digantikan cerita dongeng yahudi dan barat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 goldraja's post
tersenyum bila terbaca ni
7. Tanah Paris.
(tak sangka Paris pun masuk senarai.
pastu...
11. Tanah Syurga.
rupa-rupanya kat syurga ada tanah !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli kasyaf yang dah terbuka hijab ni dia tau semua cerita ghaib yang orang awam tak tau, malaikat berbincang dengan dia dulu sebelum melaksanakan perintah Tuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 13-1-2008 11:48 AM
Ahli kasyaf yang dah terbuka hijab ni dia tau semua cerita ghaib yang orang awam tak tau, malaikat berbincang dengan dia dulu sebelum melaksanakan perintah Tuhan...
orang2 kasyaf byk hikayatnya. Abuya ada berjela2 cerita hikayat waktu beryakazah & masa beliau sembang2 dgn malaikat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 ibnur's post
nak senyum, nak ketawa, geleng-geleng kepala.. semua ade.. ini sekadar hikayat.. tiada asas kebenarannya. malah telah menjadikan kisah nabi-nabi yg mulia sebagai bahan ketawa golongan kuffar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 tobby's post
Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmannirrahim...
Kalau ada yang pandai scan-scan Jin, boleh lar scan Abuya tu. Rasanya ada berapa ekor Jin besar yang dok menenggek kat Abuya ni?. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 13-1-2008 05:57 PM
Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmannirrahim...
Kalau ada yang pandai scan-scan Jin, boleh lar scan Abuya tu. Rasanya ada berapa ekor Jin besar yang dok menenggek kat Abuya ni?.
Tengok jawapan ALBUAYA yg spt berikut....
Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya
DIALOG
Penulis: Abuya menawarkan hidup yang miskin sedangkan Abuya kaya.
Abuya: Saya kaya setelah saya miskinkan diri saya dan siapa pun yang sanggup jual beli dengan Tuhan dia akan perolehi keuntungan yang besar kemudiannya.
Penulis: Kenapa Abuya sakit teruk? Macam mana nak jadi pemimpin yang baik?
Abuya: Kalau saya tak sakit, ada yang bimbang kalau-kalau saya akan buat lagi. Maka Allah yang Maha Adil, buatkan saya sakit, namun jemaah saya tetap berkembang. Saya yakin sakit ini akan sembuh oleh kuasa Allah.
Penulis: Abuya ada memasukkan dalam perjuangan ini unsur-unsur yang menimbulkan keraguan seperti hal-hal ghaib mengenai malaikat maut, air janggut, tawasul dan khadam.
Abuya: a. Malaikat maut
Sebenarnya Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam apa masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa si polan bin si polan dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. Padahal kuasa menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allah-lah yang merupakan kuasa mutlak untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi Allah itu meluaskan agama-Nya dengan mengizinkan hamba-hamba-Nya untuk berurusan dengan `pegawai-pegawai tadbir'-Nya dalam kerajaan Allah seperti malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir. Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah.
b. Air janggut
Dalam perubatan dan perawatan terutama masalah-masalah rohaniah, kejiwaan, sakit mental dan lain-lain yang bukan fizikal, para tabib atau doktor-doktor rohani ini akan menggunakan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Air doa dengan mencampurkan apa-apa yang baik dari seorang mursyid yang dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat di sisi Allah dan Rasul. Bukan doanya sahaja, janggutnya pun boleh diterima Allah sebagai sumber doa dan berkat.
Sejarah Sayidina Khalid ibnu Walid membawa janggut Rasulullah ke setiap medan perang dan menang adalah bukti bahawa pada Rasulullah itu bukan doanya sahaja, tapi janggutnya pun boleh membuat Allah kabulkan hajat Khalid. Seorang mursyid pewaris Rasul boleh juga diperlakukan oleh murid-murid di zamannya sebagai batang tubuh Rasulullah. Kalau anda ragu dengan semua ini, cubalah istikharah, bertanya Allah dan Rasul akan jawapannya.
c. Tawasul
Mari kita jangan bergaduh tentang masalah ini, tapi kita manfaatkan krisis ini untuk membangunkan Islam. Siapa yang yakin tawasul itu dibenarkan oleh Allah dan Rasul, silakan bertawasul sampai terhasilnya Islam di tengah masyarakat Islam. Siapa yang tidak yakin dengan tawasul itu pun boleh, silakanlah berjuang dengannya hingga umat Islam menjadi cukup kuat dan berwibawa dengan pembangunan insaniah dan material yang cukup hebat. Mudah-mudahan Allah memberi taufik kepada kita semua.
d. Khadam
Ilmu ini dianggap karut oleh sesetengah golongan umat Islam, tapi dengan izin Allah dan Rasul, jin memang ada pernah beriman dan berjuang dengan Rasulullah. Allah Maha Berkuasa mampu untuk ciptakan itu semua. Jin yang taat kepada pemimpin Islam memang boleh diberi arahan tertentu untuk bantu perjuangan. Ingatlah musuh-musuh Islam sanggup menggunakan sihir dengan segala bala tentera jin untuk menghancurkan Islam, maka tentulah dengan keadilan Allah, umat Islam boleh melakukannya secara yang halal dan dibenarkan agama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|