CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8366|Reply: 91

RENUNGKAN - Kalau Bercinta dengan SUAMI ORANG

[Copy link]
Post time 26-5-2008 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... khususnya wanita. Saya dapati sekarang ramai anak gadis terjerumus mencintai suami orang. Didalam cari.com.my sendiri, saya tengok ada yang terjerumus mencintai suami orang. Semoga dengan artikel, topik ini dapat memberi panduan dan ilmu dalam berfikir.


1. DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

1001 Tip dari www.istimewa2u.blogspot.com


Peluang memenangi Pakej Percutian Ke SWITZERLAND dari DiGi. 4 Pemenang setiap Minggu dan setiap pemenang boleh mengundang 11 orang untuk ke Switzerland. Rebut peluang sekarang, Untuk Maklumat lanjut  KLIK DISINI

[ Last edited by  MUZRI at 2-6-2008 06:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 10:45 PM | Show all posts

Reply #1 MUZRI's post

betol tue... memang tepat sekali... kepada sesiapa yang terasa harap berubah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 11:07 PM | Show all posts
mmg la betul smue 2.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 02:47 AM | Show all posts
tuh la kan ramai lagi anak teruna.. saya pun teruna lagi ni.. duk cari suami org buat apa.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by MUZRI at 27-5-2008 02:47 AM
tuh la kan ramai lagi anak teruna.. saya pun teruna lagi ni.. duk cari suami org buat apa.. hehehe


Takde maknanya... ko masih teruna sbb tu berani buat statement ni...

Tunggu la sampai umur ko dh cecah 40 nanti... ntah2 blum capai 40 pun dgn mengusha anak dara org!!

Btw lelaki2 bujang biasanya nk awek2 cun je kannn... so anak2 dara yg x brapa cun sgt yg korang rejek tu la yg lepas ke tgn suami org... suami org x memilih sgt, janji boleh berfungsi sebagai isteri dan dlm masa yg sama kita dpt membantu kurangkan bilangan andarlusia di muka bumi ni... x gitu?!

Sbb tu la saham suami org lagi tinggi drp lelaki bujang!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by panda_comel at 27-5-2008 09:00 AM


Takde maknanya... ko masih teruna sbb tu berani buat statement ni...

Tunggu la sampai umur ko dh cecah 40 nanti... ntah2 blum capai 40 pun dgn mengusha anak dara org!!

Btw lelaki2 bu ...

bersetuju dgn pendapat anda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 09:11 AM | Show all posts
ermmmm...

merampas & dirampas
sama tp berbeza..
perlu merujuk kepada situasi
sama ada kerana material semata @ krn benar2 ingin bersama

dulu pancaindera aku cuma melihat kpd betapa buruknya wanita yg merampas suami org
tp bila berdepan & terpacak diantara situasi ini didepan mata
aku menyedari bahawa tidak semua wanita yg bersama suami org itu PERAMPAS
dan tidak semua suami wanita isteri org itu DIRAMPAS

bkn jugak aku bersetuju wanita BERCINTA dgn suami org cuma TIDAK KENA bercinta dgn suami org lantas itu POLIGAMI dianjurkan dlm islam

melihat kpd satu kes seorg sahabat...
dia terjebak dlm hal ini tanpa diduga

apa yg perlu sorg ISTERI buat adalah mberi PERHATIAN kpd suami
mjd PENDORONG no. 1 buat suami saat suka & duka
dan bukan hanya tahu DUIT saat perlu
dan bukan hanya tahu melabel PERAMPAS pada wanita lain yg tahu mhargai & memahami
dan jgn keluar rumah sampai 3 hari tanpa pengetahuan suami

dan wanita single
jgn terdorong cinta slps mberi nasihat
jgn terdorong simpati krn SUAMI ORG tu SUNYI

apa pun
setiap apa yg berlaku
baik @ buruk pasti AKAN KEMBALI pada kita juga akhirnya

jadi WANITA ISTERI ORG & WANITA PERAMPAS DGN NIAT & WANITA YG TERJEBAK TANPA NIAT.. FIKIR2KAN



**aku dlm dilema lak sb kawan aku nih       

[ Last edited by  sexyzangel at 27-5-2008 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:55 AM | Show all posts

Reply #1 MUZRI's post

erm..btoi2..hm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 01:35 PM | Show all posts
kita manusia sering melihat negativiti tp bila dihidangkan realiti disebalik negativiti semua terkunci ..... last2 NO KOMEN....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by muhd009 at 27-5-2008 09:55 AM
erm..btoi2..hm..


heheh.. mohd bujang la ke.. muhd ada ni.. banyak pilihan lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 01:53 PM | Show all posts
lazimnya masyarakat menuding jari pada wanita yg involved dgn laki org ...
tp xde yg akan mskodeng kesilapan ISTERI ORG yg DIKATAKAN DIRAMPAS kasih syg dek pompuan lain...



aku terkadang tertanya...
apakah kerna mrk bertitle isteri maka mrk KEBAL dr dituding kesalahan
maka WANITA PERAMPAS menanggung beban kesilapan ISTERI YG KUHNUN MITHALI?




(cian kat dia org)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by panda_comel at 27-5-2008 09:00 AM


Takde maknanya... ko masih teruna sbb tu berani buat statement ni...

Tunggu la sampai umur ko dh cecah 40 nanti... ntah2 blum capai 40 pun dgn mengusha anak dara org!!

Btw lelaki2 bu ...


ekekeke.... sudah semakin bijak nampaknya incik panda comel nih....
keep it up

x sesia ahkak suruh berfikiran kritis td....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:00 PM | Show all posts
btoi tu...xda stu pon slh...so beware sume...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by Dialicious83 at 27-5-2008 02:00 PM
btoi tu...xda stu pon slh...so beware sume...


hehe.. betul2.. yang laki ingat tanggungjawab, jujur dgn isteri dan yang perempuan buatla penilaian yang sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:42 PM | Show all posts
meletakkan hukuman tanpa timbang tara adalah satu dosa besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by panda_comel at 27-5-2008 09:00 AM


Takde maknanya... ko masih teruna sbb tu berani buat statement ni...

Tunggu la sampai umur ko dh cecah 40 nanti... ntah2 blum capai 40 pun dgn mengusha anak dara org!!

Btw lelaki2 bu ...


Awek check ada pelbagai penyakit.. harungi bersama. nak melahirkan anak boleh, tapi risiko 95% terlalu tinggi. tidak kira comel atau tidak, atau perempuan yang ada masalah tau tidak.. sebagai seorang lelaki kita yang membimbing mereka, memberi semangat dan saling memberi kekuatan dalam membina hubungan. atas penilaian masing2, setiap orang ada keinginan ada minat yang berlainan. Jodoh pertemuan mmg Allah dah tetapkan, kita hanya boleh merancang, menilai, memilih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2008 06:11 AM | Show all posts
up sikittt
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 07:54 AM | Show all posts

Reply #5 panda_comel's post

kalau camtu, aku simpulkan mentaliti dan kekuatan dalaman seorang lelaki bila dah berkahwin bukan saja rendah malah lemah, boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by artgeex at 29-5-2008 07:54 AM
kalau camtu, aku simpulkan mentaliti dan kekuatan dalaman seorang lelaki bila dah berkahwin bukan saja rendah malah lemah, boleh?



simpulan ko je kata gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #19 hardeyboyz's post

aku bercakap berdasarkan apa yang encik panda cakap dalam thread ni dan thread lepas

dia cakap kat atas, kalau dah kawen, macam benda biasa nak usha anak dara orang, macam benda biasa ada hati nak kawin lagi, so tak ke lemah dan mentaliti rendah kalau camtu? tak boleh kawal nasfu = lemah. asyik ingat nak usha anak dara orang = mentaliti rendah. Ni dah umo 40 bawak bawak la tobat, kumpul duit gi haji, bagi anak semua berjaya masuk universiti terbaik sedunia, bukan sibuk usha budak yang sebaya anak

but then again, i wouldnt be surprised if you agree on him
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.206479 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list