|
Australia: Wanita lebih ramai daripada lelaki
SYDNEY 4 Sept. - Australia kini berhadapan dengan masalah 'kemarau lelaki' apabila jumlah penduduk wanita semakin meningkat dan sukar mencari lelaki yang baik.
Menurut kajian terbaru oleh seorang tokoh demografi, sejak negara ini dijajah oleh Britain kira-kira 200 tahun lalu, Australia mempunyai tradisi mengalami ketidakseimbangan jantina, apabila pada waktu itu jumlah lelaki adalah lebih ramai daripada wanita.
Menurut penulis, Bernard Salt, apabila penawaran berlebihan terhadap testosteran pada 1990-an, keadaan mula berubah menyebabkan wanita-wanita bujang berusia dalam lingkungan 30-an hairan kemana perginya lelaki-lelaki yang ramai itu.
" Pada tahun 1976, lelaki berusia 30-an di Australia mengatasi wanita sebanyak 54,000 orang.
"Namun, sejak tahun 1990-an, jumlah itu berubah apabila wanita berusia 30-an melebihi lelaki sebanyak 9,000 orang.
Salt yang menyediakan statistik rasmi dan menjalankan penyelidikan sendiri untuk menerbitkan buku bertajuk Man Drought And Other Social Issues Of The New Century (Kemarau lelaki dan isu-isu sosiol lain dalam abad baru) berkata, kaum lelaki berkurangan kerana ramai yang berhijrah menjadi buruh di negara luar.
" Pemuda-pemuda kita, harapan negara dan mereka yang bercita-cita tinggi kini lebih tertarik untuk berhijrah ke negara luar," katanya.
Jelas Salt, kira-kira lima peratus iaitu antara 750,000 hingga satu juta penduduk Australia telah meninggalkan negara ini untuk merantau ke negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Hong Kong dan Emiriah Arab Bersatu.
kalu aku tinggal kat ostolia.... musti best... dapat takel ramai aweks kat sana... tee hee |
|