CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8985|Reply: 25

bila MPV diubahsuai!!!

[Copy link]
Post time 1-11-2008 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Bila MPV diubahsuai

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR







TOKYO Auto Salon merupakan pentas penting bagi pengeluar peralatan aftermarket Jepun memperagakan kenderaan dan produk terbaru mereka.
Pameran ini merupakan platform unik yang diadakan setiap tahun yang menarik ratusan ribu pengunjung setiap kali ia berlangsung.

Ironinya memang begitu. Selain industri automotif yang cukup gagah, Jepun disokong oleh industri hiliran produk automotif yang turut menyuntik berbilion dolar setiap tahun. Kini, produk-produk aftermarket Jepun sama popularnya dengan kereta-kereta mereka. Malah banyak pengeluar kenderaan sudah mula berkongsi 'kapal' dengan jenama aftermaket untuk memasarkan kenderaan mereka dengan lebih berkesan.




WAJAH asal sebuah Honda Odyssey.


Bagi kita di Malaysia, adalah pelik untuk melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) diubahsuai, memandangkan orang ramai menganggap MPV ialah kenderaan kegunaan keluarga yang tidak patut diubahsuai.

MPV sepatutnya menjadi kenderaan mengangkut anak isteri untuk balik kampung atau ke pusat beli-belah. Namun begitu, tahap kreativiti manusia tidak boleh dikekang dan terbukti di Jepun, modifikasi MPV dan juga SUV ialah satu industri yang cukup besar.

Honda Odyssey RA6 ini merupakan kereta demo Cockpit Tatebayashi bagi memperagakan hasil kerja ekstrem mereka kepada umum. Tidak hairanlah MPV ini dilengkapi dengan aksesori-aksesori yang cukup eksotik dan mahal.




PERALATAN audio jenama Alpine yang memenuhi ruang tempat duduk baris ketiga.


Enjin F23A 2300cc SOHC VTEC MPV ini telah dipertingkatkan dengan kit turbo dari HKS. Kit turbo yang menggunakan turbin Garret AR42 ini merupakan kit turbo bertekanan rendah (low pressure turbo) yang tidak memerlukan penyejuk dalaman.

Kit ini didatangkan lengkap dengan ECU yang ditala semula, hos dan penapis udara HKS Super Power Flow. Walaupun tidak dinyatakan jumlah kuasa kuda daripada enjin ini, namun peningkatan sebanyak 30ps dari enjin asal boleh dijangkakan.

Lain-lain ubahsuai yang melibatkan enjin tidak dilakukan, cuma sistem ekzosnya telah dipertingkatkan dengan menggunakan ekzos rekaan Cockpit Tatebayashi sendiri.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kereta ini boleh dipandu di atas jalan raya jika ia terlalu rendah? Jawapannya mudah.



RIM berdiameter 19 inci ini menambah tarikan modul
binaan Cockpit Tatebayashi.


Gunakan suspensi udara (hidraulik) bagi mendapatkan tahap kerendahan seperti ini jika kenderaan tidak bergerak dan tinggi seperti asal jika bergerak. Trend menggunakan suspensi udara telah bertapak agak lama di Jepun dan untuk Odyssey ini, ia menggunakan sistem dari pengeluar ACC.

Rim-rim daripada model SSR D5R berdiameter 19 inci digunakan bagi menggantikan rim asal Odyssey ini. Rim-rim gaya VIP tersebut telah digandingkan dengan tayar Bridgestone Potenza RE-01R yang masing-masing bersaiz 245/45/19.

Pihak Cockpit Tatebayashi telah memilih set brek paling besar yang pernah dipadankan kepada sebuah Odyssey, iaitu brek enam piston Endless. Keterlaluan? Mungkin. Tetapi jika anda seorang tuner yang berjaya di Jepun, duit tidak menjadi masalah.

Paling radikal ialah bodykit yang dihasilkan sendiri oleh pihak Cockpit Tatebayashi. Segala-galanya telah dibesarkan atau dipanjangkan daripada asal. Paling ketara ialah bahagian bumper hadapan yang telah direka semula dengan menampilkan splitter yang hampir mencecah aspal.

Sepasang kit pintu jenis scissor menambahkan lagi gaya radikal Odyssey ini. Lakaran airbrush berlatar belakangkan warna merah hati mengikut gaya kereta Honda S2000 milik Suki dalam filem 2 Fast 2 Furious pula dilakukan kepada 'sepupu' Honda berkenaan, iaitu Odyssey ini. Ia satu kelainan yang ketara berbanding warna hitam atau putih yang sering mewarnai kereta-kereta gaya VIP.

Bahagian dalaman Odyssey ini turut dikategorikan sebagai radikal dengan tempat duduk bucket dan stereng Sparco dipadankan di bahagian hadapan (satu perkara yang mungkin tidak dapat dilihat pada MPV tempatan). Bahagian-bahagian lain dalaman kereta turut disalut semula dengan kemasan kulit berwarna coklat muda dan sesetengahnya diwarnakan mengikut warna luar kenderaan.




RUANG kargo yang dilengkapi dengan tempat duduk
dan stering Sparco.


Meter-meter dari Defi turut dipadankan bagi memberi bacaan boost dan suhu ekzos manakala bagi sistem hiburan dalam kenderaan, Odyssey ini secara eksklusif menggunakan peralatan audio dari Alpine.

Sepasang sub woofer 15" dan sebuah amplifier telah mengambil alih tempat di mana tempat duduk barisan ketiga Odyssey ini sepatutnya berada, sekali gus menjadikan Odyssey ini sebuah kenderaan wagon lima tempat duduk sahaja.

Bahagian tempat menyimpan tayar simpanannya pula telah dirombak semula dengan menempatkan balang gas udara mampat untuk sistem gantungan MPV ini.

Segala-galanya dibuat dengan begitu teliti dan kelihatan seolah-oleh peralatan OEM. Jepun telah terbukti berjaya mengeksport teknologi dan budaya ke seluruh dunia. MPV dengan roda sebesar jentolak bukanlah sesuatu yang baru di Jepun. Sokongan pengguna mencetuskan budaya yang kini mula menjangkiti negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, mahupun benua Eropah.






baru ni aku nampak mpv mana ekkk.... ubah suai letak ekzos kan main bagak lagi... pastu tayar bukan main besaq mcm tayaq lori treler.. siyesly....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 07:19 AM | Show all posts

aku tak paham arr.. dahlah beli keta tu mahal2..

pastu gi modified lagi pulak..


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:26 AM | Show all posts
pinky keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 08:05 AM | Show all posts

Reply #2 freekey's post

depa dok ubahsuai...  sbb kira macam  mixed marriage ler gak  prik!!!.....  product mixed marriage nih kan comey ensem mcm sos tu....       sbb tu  depa buat tu kat odyssey..   biaq nampak macam LEXUS R4..  LMFAO...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:43 AM | Show all posts
ni odyssey lama, rupa tak menarik, wajib ler dimodifikasikan

model baru dah cun, takyah modified macam tu dah, lebih lagi yg pakai skirting modulo

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:59 AM | Show all posts

Reply #5 sixfullbar's post

modified bagi lawa ok....tapi jadi tak lawa memeng hampeh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 1-11-2008 08:05 AM
depa dok ubahsuai...  sbb kira macam  mixed marriage ler gak  prik!!!.....  product mixed marriage nih kan comey ensem mcm sos tu....       sbb tu  depa buat tu kat odyssey..   biaq nampak macam  ...

yelah..

tp logik ke pegi ganti kos material keta tu dgn material baru?? :re:

kalau dah minat kan..

aku kalau minat pun.. max RM1000 je aku sanggup..



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 05:39 PM | Show all posts

Balas #7 freekey\ catat

asal x logik plak...tuka jer la.mcm aku da busan dgn rupe Jazz aku ni, ingt nak masuk Type-S...tp da tanya Takbir, kalau ori kena rm5500..mahalnyer...

seribu priki??nak convert Passo bole tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 06:24 PM | Show all posts

Balas #5 sixfullbar\ catat

Odessey baru memang cun,harga pun cun,tapi memang puas hati la kalau dapat pakai
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 06:48 PM | Show all posts

Reply #8 Kezman's post

sama gak yg pakai jazz kat mesia ni gatal tangan nak pasang logo Fit tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 06:49 PM | Show all posts

Reply #9 gelugugu's post



tapi memang mahal   300k macam tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:22 PM | Show all posts

Balas #11 sixfullbar\ catat

Honda Odessey          236,800.00...tp yang lama la, yang baru dlm area tu gakla kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 1-11-2008 06:48 PM
sama gak yg pakai jazz kat mesia ni gatal tangan nak pasang logo Fit tu


Honda Fit cume nama untuk pasaran europe jer...tp mash exactly same car, kalau tuka pun bodikit jer skit lain dari pasaran Jepun dan Malaysia..

lainla Perodua Myvi yg nak jadi Passo...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 1-11-2008 06:48 PM
sama gak yg pakai jazz kat mesia ni gatal tangan nak pasang logo Fit tu

ler.. aku mati2 ingatkan mmg wujud Honda Fitz tu kat malaysia ni??

sbb ada member aku pakai keta tuh.. warna pink-purple.. patutlah rupa dia mcm jazz..



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:33 PM | Show all posts

Reply #12 Kezman's post

mahal sangatler..tapi memang puas hati

ini bakal jadi keta family ker kezman keta dating jazz, keta bawa anak2 odeyssey
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:34 PM | Show all posts
mmg la rupa mcm Jazz, mmg Jazz pun..tp maybe die beli mmg btul2 Fit kot, sbb Fit ade gak kelainan dier....aku nak cite x bape sure sangat ape beza dier...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 07:34 PM | Show all posts
Originally posted by Kezman at 1-11-2008 07:24 PM


Honda Fit cume nama untuk pasaran europe jer...tp mash exactly same car, kalau tuka pun bodikit jer skit lain dari pasaran Jepun dan Malaysia..

lainla Perodua Myvi yg nak jadi Passo...:lol ...


salah tu kez, honda fit nama untuk pasaran jepun, luar dari jepun kena panggil honda jazz
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:35 PM | Show all posts

Reply #14 freekey's post

priki ni, apa pon tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:35 PM | Show all posts
The Honda Fit, also called Honda Jazz, is a five-door hatchback subcompact produced by Honda of Japan, that was first introduced in June 2001. The vehicle is known as the Fit in Japan, China, and in both North and South America. It is called the Jazz in Europe, some parts of Asia, Australia, Oceania, the Middle East, and Africa.

tadi salah fakta, sowie...hehehe...

[ Last edited by  Kezman at 1-11-2008 07:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 1-11-2008 07:35 PM
priki ni, apa pon tak tau

:cf:  :cry: :cry: :cry:



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069774 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list